Pada dasarnya setiap manusia mempunyai tenaga dalam, akan
tetapi mereka tidak mengetahui bagaimanakah cara untuk membangkitkan atau
mengembangkannya. Tenaga dalam itu itu sebenarnya sudah ada sejak manusia
dilahirkan. Tetapi tenaga dalam itu masih pasif dan akan di bangkitkan apabila
kita berada dalam keadaan tertentu seperti apabila berada di dalam keadaan
panik, di hipnosis ataupun apabila mengalami ketakutan yang amat sangat.
Mereka yang takut kepada anjing akan memiliki kemampuan
yang luar biasa apabila boleh berlari dengan pantas bagi mengelakkan dari di
gigit anjing. Dalam keadaan terdesak, kita mampu melompati tembok setinggi 2 m
dengan sekali lompat. Pernah satu kejadian berlaku di Amerika di mana seorang
wanita mampu mengangkat kereta untuk menyelamatkan anaknya yang berada dibawah
kereta selepas di langgar secara tidak sengaja. Rasa takut yang amat sangat
dapat membangkitkan tenaga dalam yang sedang ‘tidur’ buat seketika.
Pernafasan tenaga dalam adalah salah satu teknik pernafasan
yang efektif di mana ia membolehkan kita menyerap tenaga dari udara dengan
lebih optima. Ia juga adalah satu latihan yang di ajarkan di Perguruan tenaga
dalam dan dengan menjalani latihan pernafasan yang tertentu membolehkan kita
melakukan perkara yang luarbiasa. Amalkan pernafasan tenaga dalam ni supaya
tubuh fizikal dan mental berfungsi dengan lebih baik. Antara manfaat-manfaat
pernafasan tenaga dalam ialah:
1) menenangkan minda dan mengurangkan stress
2) menguatkan sistem imunisasi tubuh dengan meningkatkan penghasilan antibodi
dan seterusnya meningkatkan tahap kesihatan tubuh.
3) meningkatkan kadar metabolisme tubuh (membantu pengurangan berat
badan)
4) menyerap oksigen dengan lebih berkesan
5) meningkatkan konsentrasi minda
6) membolehkan kita bertindakbalas dalam apa jua keadaan dengan lebih tenang
dan rasional
7) membuka jaluran tenaga tubuh eterik dan seterusnya mengaktifkan
chakra dan mengembangkan lapisan aura
Mereka yang bernafas dengan baik biasanya mempunyai tahap
kesihatan yang baik dan juga lebih bertenaga. Apabila kita berada di dalam
keadaan tenang pernafasan kita lebih lembut dan teratur berbanding dengan keadaan
kita jika sedang marah ataupun berada di dalam ketakutan yang selalunya nafas
tidak menentu atau teratur. Ini menunjukkan yang keadaan pernafasan kita ada
berhubung kait dengan keadaan fizikal dan emosi kita.
Terdapat pelbagai jenis teknik pernafasan tenaga dalam dan
teknik pernafasan yang akan saya tunjukkan di kenali sebagai teknik pernafasan
4 arah. Teknik pernafasan ini juga boleh di lakukan di mana-mana dan pada
bila-bila masa. Sebaik-baiknya apabila berada di dalam keaadaan yang tenang dan
jangan melakukannya selepas makan (tunggu dalam 1 jam) dan pastikan udara
berada di dalam keadaan yang bersih.
Mula-mula tarik nafas dalam kiraan 7 saat, tahan kat
perut/pusat 7 saat, lepaskan perlahan-lahan 7 saat dan tahan 7 saat sebelum
menarik nafas balik (bernafas melalui hidung). Kiraan saat bergantung pada
anda, kalau tak boleh 7 saat buat 5 saat. Tapi kalau boleh buat lebih lagi
bagus. Yang pentingnya kiraannya hendaklah sama dan buatlah dalam 10 pusingan.
Jadikan teknik pernafasan ini sebagai amalan supaya minda dan tubuh selalu
berada dalam keadaan sihat.