SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Apahal kamu diam? Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Apahal kamu diam? Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Apahal kamu diam?

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 44
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16978
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Apahal kamu diam? Empty
PostSubject: Apahal kamu diam?   Apahal kamu diam? Icon_minitime29/8/2009, 9:12 am

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu beragama Islam, tetapi
cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri
yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam‘, kerap kali pihak
berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis
perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di
premis berkenaan menutup aurat.

Saya tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati
melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi
kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi
garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini,
seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa
tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah,
kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang
mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,
seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di
Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup
aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh
pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari
insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ini bukan semata-mata
peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah
Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintah-Nya, pasti Dia akan
membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi
perintah-Nya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di
neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan
diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak
“Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh
sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari
tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la
hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung...

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak
akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:”Dik,
kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat
gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup
senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga… Mungkin
awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak
lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua
jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia
terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “perkara
macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik
dan orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik?
Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab
semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang
dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di
syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang
terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita
nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.

“Ah…mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:”Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih
sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil..
Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hamba-Nya yang
derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa
awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad
kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk
berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan oleh-Nya,
sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati
segala perintah-Nya, untuk kebaikan
Back to top Go down
usman
ELITE
ELITE
usman

Male
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : labuan n kb
Tag ID: : SFC 05218
Points : 14625
Reputation : 7
Number of posts : 3056

Apahal kamu diam? Empty
PostSubject: Re: Apahal kamu diam?   Apahal kamu diam? Icon_minitime29/8/2009, 11:53 am

insaf si gadis tu terus eh...
Back to top Go down
De_Scarlet
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : B'One..
Tag ID: : SFC06536
Points : 12537
Reputation : 1
Number of posts : 1165

Apahal kamu diam? Empty
PostSubject: Re: Apahal kamu diam?   Apahal kamu diam? Icon_minitime13/10/2009, 5:35 am

chek mate ba tu..smpai tidak trkata apa2..
Back to top Go down
Sponsored content




Apahal kamu diam? Empty
PostSubject: Re: Apahal kamu diam?   Apahal kamu diam? Icon_minitime

Back to top Go down
 

Apahal kamu diam?

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: KECOH KECOH SITU SANA SINI :: Story-
Jump to: