| koleksi cerita lawak ku... | |
|
|
Author | Message |
---|
Krullizme REGULAR
Age : 34 location : kuching Tag ID: : SFC 03037 Points : 12260 Reputation : 0 Number of posts : 406
| Subject: koleksi cerita lawak ku... 19/7/2009, 11:32 pm | |
| Alkisahnya..... situasi berlaku di dlm kelas.. *cikgu masuk kelas...
Murid : Selamat pagi, Cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?
Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh
orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh
bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua
masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera Cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.
Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan
berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya,
kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi
perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, Cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan. Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar Cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Kami dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
Ahahah........ ada2 je diorg ni...... |
|
| |
Krullizme REGULAR
Age : 34 location : kuching Tag ID: : SFC 03037 Points : 12260 Reputation : 0 Number of posts : 406
| Subject: Re: koleksi cerita lawak ku... 19/7/2009, 11:34 pm | |
| Bapak Yang Baik Tapi Hampeh...
Pada suatu hari ada seorang bapak yang kaya raya melawat sebuah kampung yang terpencil, ketika ia sedang memandu keretanya tiba2 melihat seorang ibu tua yang sedang memakan rumput, lalu bapak itu pun turun dari keretanya dan menghampiri ibu itu, lalu ia bertanya...
Bapak: Bu, kenapa ibu makan rumput..?
Ibu: Saya sangat miskin pak sehingga saya tidak mampu untuk membeli nasi...
Bapak: Kalau begitu mari ikut kerumah saya bu!
Ibu: Tapi saya ada 7 orang anak pak...
Bapak: Tidak apa, ibu bawalah anak2 ibu sekali..!
Lalu si ibu dan anak-anaknya naik kedalam kereta menuju ke rumah bapak itu, dan kerana musykil si ibu bertanya lagi...
Ibu: Kenapa bapak baik sekali kepada kami..?
Bapak: Tiada ada apa-apa bu, kebetulan saja rumput di rumah saya sudah panjang-panjang...
Ibu: #$%@*&^$... |
|
| |
General PG CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 39 location : Cowboi Town mariiiii... Tag ID: : SFC 05958 Points : 12429 Reputation : 6 Number of posts : 1024
| Subject: Re: koleksi cerita lawak ku... 21/7/2009, 2:10 am | |
| 2nd story tu boleh tahann.. buatkan aku "stuck" kejap ne... |
|
| |
Krullizme REGULAR
Age : 34 location : kuching Tag ID: : SFC 03037 Points : 12260 Reputation : 0 Number of posts : 406
| Subject: Re: koleksi cerita lawak ku... 21/7/2009, 4:56 pm | |
| he3... ada lg bro... he3...
|
|
| |
Krullizme REGULAR
Age : 34 location : kuching Tag ID: : SFC 03037 Points : 12260 Reputation : 0 Number of posts : 406
| Subject: Re: koleksi cerita lawak ku... 21/7/2009, 4:59 pm | |
| Orang Gila
Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.
Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"
Orang gila 2 : "Tahu apa?"
Orang gila 1 : "Aku ni matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"
Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa... "
Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:
Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."
Doktor : "Kenapa?"
Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."
Doktor : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."
Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."
Doktor : "???" |
|
| |
Krullizme REGULAR
Age : 34 location : kuching Tag ID: : SFC 03037 Points : 12260 Reputation : 0 Number of posts : 406
| Subject: Re: koleksi cerita lawak ku... 21/7/2009, 5:01 pm | |
| Suatu kisah di sudut KL
HADIAH HARIJADI
Hasan Jendul nak belikan hadiah harijadi untuk kekasih barunya, Mek Ayu. So si Hasan ni pun ajaklah adik perempuan sepupunya untuk temankan dia shopping kat Sogo. Oleh kerana Hasan Jendul dan Mek Ayu baru dua bulan berkawan jadi si Hasan Jendul membuat keputusan untuk membelikan Mek Ayu satu topi kain fesyen baru saje, supaya taklah nampak dia beriya-iya sangat. Adik sepupu Hasan pulak pegi beli satu seluar dalam hitam berbunga-bunga baru, sebab ada sale hari tu. Masa membayar, dengan tak sengaja cashier dah tertukar kotak topi kain hitam tu dengan seluar dalam hitam adik Hasan Jendul!& gt; Selepas membayar, Hasan Jendul pun terus pergi kaunter hadiah dan suruh diorang bungkus tanpa check dulu. Kemudian dia balik ke rumah dan tulis surat untuk Mek Ayu serta mengeposkannya bersama hadiah yang dah tersilap tu (Dan surat yang dia tulis tu berbunyi cam ni);
> > Istimewa untuk kekasihku Mek Ayu, San pilih > > hadiah ni > > kerana Ayu tak pernah pakai bila kita keluar > > jalan-jalan dan selalu mengadu sebab panas. Kalau > > bukan sebab pasal adik sepupu San, San dah nak beli > > yang lagi jarang supaya kalau berpeluh tak lembap sangat. > > Tapi San tengok adik sepupu San pakai yang ada > > bunga tu nampak cantik pulak.San pilih warna hitam > > tu supaya tak nampak kotor. Promoter yang jual tu > > tunjuk dia punya dah seminggu tak basuh. Nampak elok > > saje. San suruh dia try Ayu punya sebab saiz promoter tu lebih kurang Ayu je.
> > Memang cantik dan menarik! Harapnya Ayu suka > > sebab San > > rasa memang sesuai dengan Ayu. Tak sabar rasanya nak > > tengok Ayu pakai depan San. San harap Ayu akan pakai > > untuk San hujung minggu ni. Salam sayang untuk > > kekasihku,Mek Ayu.
> > Yang amat menyintai dan menyayangi dirimumu, > > Hasan Jendul
P/S : Kalau Ayu nak pakai, San nampak stail terbaru ialah dengan melipat bahagian depan dan menampakkan sedikit rambut |
|
| |
Krullizme REGULAR
Age : 34 location : kuching Tag ID: : SFC 03037 Points : 12260 Reputation : 0 Number of posts : 406
| Subject: Re: koleksi cerita lawak ku... 21/7/2009, 5:05 pm | |
| Alkisah ada seorang perempuan bisu yang sudahpun berkahwin, pada suatu hari, dia telah ke supermarket untuk membeli daging, tetapi disebabkan dia bisu, dia mempunyai kesusahan untuk berkomunikasi dengan para pekerja di sana.
Disebabkan begitu, dia membuat keputusan untuk memanggil kashier masuk dalam bilik.
Pada hari yang pertama, dia nak beli dada ayam. Dia pun panggil kashier tu masuk dalam bilik sulit, pompuan tu bukak baju dia, tunjuk kat dada dia, pastu buat aksi ayam. Kashier tu pun paham, then dia pun kasi dada ayam kat dier.
Next day, dia nak beli paha ayam. Dia pun panggil kashier masuk bilik, dia angkat skirt dia, tunjuk kat paha dia, pastu buat aksi ayam. Kashier tu pun paham, kasi dia paha ayam.
The next day lagi, dia nak beli hot-dog. Dia pun bawak suami dia.
Soalannya ialah:
Apakah isteri tu akan buat?
Fikirlah....
Fikir.......
Tak tau?
Dia suruh suami dia cakapla sebab....suami dia tak bisu.. Apa yang korang fikirkan ha? |
|
| |
azroy_five REGULAR
Age : 40 location : k@y K@y Points : 13222 Reputation : 0 Number of posts : 314
| Subject: Re: koleksi cerita lawak ku... 21/7/2009, 9:20 pm | |
| byknya citer lawak ko ni...... nak lagi........ nak lagi....... nak la............. nak laaa....................... |
|
| |
Krullizme REGULAR
Age : 34 location : kuching Tag ID: : SFC 03037 Points : 12260 Reputation : 0 Number of posts : 406
| Subject: Re: koleksi cerita lawak ku... 21/7/2009, 11:05 pm | |
| - azroy_five wrote:
- byknya citer lawak ko ni......
nak lagi........ nak lagi....... nak la............. nak laaa....................... bh.. kalau kaw ada crita lwk, ko post sja sini... dpt aku baca... he3... share bh.. he3.. |
|
| |
Krullizme REGULAR
Age : 34 location : kuching Tag ID: : SFC 03037 Points : 12260 Reputation : 0 Number of posts : 406
| Subject: Re: koleksi cerita lawak ku... 21/7/2009, 11:09 pm | |
| Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,
"Apsal kau ni asyik menggigil je?"
"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.
"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.
"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.
"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.
"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."
"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park kereta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah kereta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."
"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.
"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.
Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,
"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi...." |
|
| |
Krullizme REGULAR
Age : 34 location : kuching Tag ID: : SFC 03037 Points : 12260 Reputation : 0 Number of posts : 406
| |
| |
Krullizme REGULAR
Age : 34 location : kuching Tag ID: : SFC 03037 Points : 12260 Reputation : 0 Number of posts : 406
| Subject: Re: koleksi cerita lawak ku... 21/7/2009, 11:12 pm | |
| Orang Gila
Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.
Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"
Orang gila 2 : "Tahu apa?"
Orang gila 1 : "Aku ni matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"
Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa... "
Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:
Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."
Doktor : "Kenapa?"
Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."
Doktor : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."
Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."
Doktor : "???" |
|
| |
aRyE SENIOR
Countries/State : Age : 34 location : K.k L!KAS<-->CpTaNG Tag ID: : SFC 06922 Points : 12152 Reputation : 4 Number of posts : 883
| Subject: Re: koleksi cerita lawak ku... 22/7/2009, 2:11 am | |
| hahahaa lawak gila story koe ni...kompom boleh dah masuk raja lawak wakakakaka...tapi cerita org gila tu koe dah post dah dulu...huhuhu |
|
| |
Lanz84 JUNIOR
Countries/State : Age : 39 location : Alor Setar (org papar Tag ID: : SFC 05797 Points : 11572 Reputation : 6 Number of posts : 189
| Subject: Re: koleksi cerita lawak ku... 22/7/2009, 5:14 am | |
| pjng sgt story ni buleh wat majalah lawak... |
|
| |
Krullizme REGULAR
Age : 34 location : kuching Tag ID: : SFC 03037 Points : 12260 Reputation : 0 Number of posts : 406
| Subject: Re: koleksi cerita lawak ku... 22/7/2009, 11:25 am | |
| - aRyE® wrote:
- hahahaa lawak gila story koe ni...kompom boleh dah masuk raja lawak wakakakaka...tapi cerita org gila tu koe dah post dah dulu...huhuhu
alamak... nda perasan pula sy... he3.. sory... he3.. |
|
| |
Krullizme REGULAR
Age : 34 location : kuching Tag ID: : SFC 03037 Points : 12260 Reputation : 0 Number of posts : 406
| Subject: Re: koleksi cerita lawak ku... 22/7/2009, 11:31 am | |
| Kisah ini berlaku di salah sebuah sekolah di Malaysia.. Kini pelajar paling cerdik telah ditemui sebagai pengganti pelajar cerdik Amalina kita! Tahniah..teruskan bacaan anda utk menemui jawapannya:
Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : "Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"
Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".
Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.
Pengetua: Apa 3 x 3? Abu: 9 Pengetua: Apa 6 x 6? Abu: 36
Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.
Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua? Abu: (berfikir) Kaki
Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya? Abu: Saku
Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan? Abu: Kelapa
Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?
Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.
Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)
Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?
Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.
Abu: Bersalaman
Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay? Abu: Baik Cikgu
Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.
Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.
Abu: Khemah
Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.
Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.
Abu: Cincin perkahwinan
Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.
Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.
Abu: Hidung
Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya. Abu: Anak panah
Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay? Abu: Okay
Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement? Abu: Firetruck
Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand. Abu: Fork
Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married? Abu: Surname
Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping? Abu: Heart
Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".
............................................................................
P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hehehe |
|
| |
Krullizme REGULAR
Age : 34 location : kuching Tag ID: : SFC 03037 Points : 12260 Reputation : 0 Number of posts : 406
| Subject: Re: koleksi cerita lawak ku... 22/7/2009, 11:32 am | |
| KACANG
Abu sudah bertunang ngan Siti. Siti ni gadis yang paling ngetop kat Kampung Tiang Satu. Satu hari, Abu mengidam untuk berjumpa nenek Siti.Macam orang mengandung pulak Abu ni.Abu pun menyatakan hajatnya kepada Siti. Esoknya, Siti membawa Abu berjumpa ngan neneknya.
Sambil duduk menunggu, Abu tanpa dipelawa dan dijemput mengunyah kacang sampai habis semangkuk. Nenek Siti pun keluar lalu Abu bersalaman dengan sopan dan santunnya sambil berkata,
Abu : Maaflah nek, abis semangkuk kacang tu saya makan tadi.
Nenek Siti dengan sportingnya berkata, Nenek Siti : Takpe, Siti memang suka bawakan coklat kacang. Gigi nenek dah takde jadi nenek isap je la coklatnya, kacangnya nenek tinggalkan kat mangkuk tu.
Seraya itu Abu muntah dan terus pengsan. |
|
| |
Krullizme REGULAR
Age : 34 location : kuching Tag ID: : SFC 03037 Points : 12260 Reputation : 0 Number of posts : 406
| Subject: Re: koleksi cerita lawak ku... 22/7/2009, 11:34 am | |
| Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu.. perkara itu disebabkan oleh kekerapan hubungan seks yang terlalu kerap...
"Untuk sementara waktu ini.. anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks.. sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja... Untuk memudahkan mengingat... saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf S.. iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor.
Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu... sisuami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu... mencumbu isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga...
"Hari ini hari apa Bang?" tanya si isteri.
"Sumaat." |
|
| |
putra_sky CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 38 location : kajang-bofot-keykey Tag ID: : SFC 04723 Points : 12523 Reputation : 0 Number of posts : 1210
| Subject: Re: koleksi cerita lawak ku... 28/7/2009, 12:30 pm | |
| lawak2 citer ko ne bro... hahahahahahah... pecah prut ktawa.. tp kn citer yg plng latest ko post ne macam dah ada kna post... hehehe ok bro tmbh lagik cerita... well done.. |
|
| |
Krullizme REGULAR
Age : 34 location : kuching Tag ID: : SFC 03037 Points : 12260 Reputation : 0 Number of posts : 406
| Subject: Re: koleksi cerita lawak ku... 29/7/2009, 8:12 pm | |
| Suami,isteri dan cermin
Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah. Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang mencari-cari. . tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya. Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu.. Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya.. bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya. . Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. dia ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni tak tau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya. Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya.. Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu.. Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut. Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak. .
Isteri: Apsal mak ketawa?.. Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kahwin lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu.. |
|
| |
Krullizme REGULAR
Age : 34 location : kuching Tag ID: : SFC 03037 Points : 12260 Reputation : 0 Number of posts : 406
| Subject: Re: koleksi cerita lawak ku... 29/7/2009, 8:17 pm | |
| Harta Warisan
Andi adalah seorang anak yang baru saja mendapatkan harta warisan wang tunai berjuta-juta ringgit setelah ayahnya meninggal. Tetapi ia berasa susah hati dan risau bagaimana caranya untuk menyimpan harta dan wang tersebut. Disimpan di Bank nanti takut Bank muflis. Disimpan dibawah katill nanti takut diambil pencuri. Setelah berpikir cukup lama, akhirnya Andi mendapat idea, ia bercadang hendak menanam wang itu dibelakang rumahnya, Setelah selesai menanam wang tadi Andi telah memasang papan peringatan dengan tulisan yang sangat besar "TIDAK ADA WANG DISINI!". Tanpa Diketahui Andi kawannya yang bernama Ucop telah melihat apa yang dilakukan Andi dari mula sehingga sehelai. Setelah lewat tengah malam, Ucop pun menggali tanah itu untuk mengambil wang tesebut. Setelah ia mendapatkan wang itu dan supaya tidak dicurigai, maka Ucop pun mengganti tulisan yang ditulis Andi dengan tulisan yang sangat besar "BUKAN UCOP YANG AMBIL!". huhuhuhu.... |
|
| |
BaByBlaCk SUPERIOR
Countries/State : Age : 38 location : BeAuForT>CpTuNk>LD Tag ID: : SFC 05018 Points : 13831 Reputation : 9 Number of posts : 2298
| Subject: Re: koleksi cerita lawak ku... 29/7/2009, 11:31 pm | |
| adeh...lucunya crita2 ko ni...best oo..boleh krem perut ketawa.. |
|
| |
EyCaBaBe SUPERIOR
Countries/State : Age : 38 location : LD, MeMbaCuTe, 2aRaN... Tag ID: : SFC 05013 Points : 14131 Reputation : 3 Number of posts : 2619
| Subject: Re: koleksi cerita lawak ku... 29/7/2009, 11:37 pm | |
| cita 1st 2 bezz laa...lum abis bca pn ktawa2 uda |
|
| |
Krullizme REGULAR
Age : 34 location : kuching Tag ID: : SFC 03037 Points : 12260 Reputation : 0 Number of posts : 406
| Subject: Re: koleksi cerita lawak ku... 30/7/2009, 8:01 am | |
| - BaByBlaCk wrote:
- adeh...lucunya crita2 ko ni...best oo..boleh krem perut ketawa..
hehehehehe... sbr sis.. jan smpai krem prut tu.. ada lg ygakn sy post nnti.. he3.. |
|
| |
Krullizme REGULAR
Age : 34 location : kuching Tag ID: : SFC 03037 Points : 12260 Reputation : 0 Number of posts : 406
| Subject: Re: koleksi cerita lawak ku... 30/7/2009, 8:02 am | |
| - EyCaBaBe wrote:
- cita 1st 2 bezz laa...lum abis bca pn ktawa2 uda
he3.. truskn mmbaca sis.. he3.. |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: koleksi cerita lawak ku... | |
| |
|
| |
| koleksi cerita lawak ku... | |
|