|
| Kepercayaan mengenai hantu roh atau semangat | |
| Author | Message |
---|
Neill FRESHIE
Countries/State : Age : 45 location : RANAU Points : 11756 Reputation : 0 Number of posts : 20
| Subject: Kepercayaan mengenai hantu roh atau semangat 23/10/2008, 10:15 am | |
| Hantu seringkali digambarkan sebagai bersaiz dan berbentuk manusia (walaupun sesetengah gambaran menyebut hantu haiwan), tetapi biasanya digambarkan sebagai "berkilauan", "berbayang", "lutsinar", "seperti kabus", atau seumpamanya. Hantu tidak mempunyai tubuh kasar seperti manusia, hanya bayangan badan (astral body). Kadang kala ia tidak nampak dilihat tetapi dalam fenomena lain seperti pergerakan objek, lampu terpasang atau tertutup dengan sendiri, bunyi, dll, yang tidak mempunyai penjelasan logik.
Di Barat mereka yang mempercayai hantu kadang-kala menganggap mereka sebagai roh yang tidak aman selepas mati, dan dengan itu berkeliaran di Bumi. Ketidakupayaan mendapat keamanan dijelaskan sebagai ada pekerjaan yang belum selesai, seperti mangsa yang mencari keadilan atau dendam selepas mati. Penjenayah, kadang-kala berlegar untuk mengelak Purgotari atau Neraka. Kadang-kala hantu dikatakan berada diawang awangan, tempat, menurut nonorthodox doktarin Khatolik, antara Syurga dan Neraka di mana roh bayi yang tidak dibaptise tinggal. Penting bagi mengetahui bahawa walaupun Protestan dan Kristian Evangelikal aliran utama percaya kewujudan hantu secara prinsip (principalities), mereka tidak mempercayai hantu (sebagai semangat orang mati) dan meletakkan hantu ganas, seperti poltergeist, kepada tindakan jembalang, sama seperti Islam. Dalam Khatolok dan Kristian Anglikan (danChristian Spritualism), percayakan hantu adalah diterima dan boleh dibincang dengan paderi (clergy).
Dalam kebudayaan Asia (seperti di China), ramai orang mempercayai kepada kelahiran semula(reincarnation). Hantu merupakan roh yang enggan "dikitar semula" kerana mereka mempunyai perkara yang belum selesai, sama seperti di Barat. Exorcist boleh membantu menghalau atau mengitar semula hantu (reincarnated). Dalam tradisi Cina, selain dilahirkan semula, hantu boleh menjadi kekal (immortal) dan menjadi separa dewa(demigod), atau ia boleh pergi ke neraka dan menderita kekal selamanya, atau ia boleh mati sekali lagi dan menjadi "hantu kepada hantu". Orang Cina juga percaya bahawa sesetengah hantu, terutamanya mereka yang mati lemas, membunuh manusia bagi menghalang mereka hak dilahirkan semula. Mangsa "pembunuh" paranormal dikenali sebagai ti4si2gui3 (替死鬼), iaitu bagi Cina sama seperti kambing hitam.
Dalam ugama Hindu, maklumat terperinci mengenai hantu terdapat dalam Garuda,Purana skripture dari Vedic tradisi (Hindu).
Kedua-dua Timur dan Barah berkongsi asas yang sama mengenai hantu. Mereka merayau-rayau sekitar tempat mereka sering pergi semasa hidup atau tempat mereka meninggal. Tempat sedemikian dikenali sebagai "rumah berhantu"; kitaran yang mereka lakukan dikenali sebagai "menghantui". Mereka seringkali mengenakan pakaian yang mana mereka sering pakai semasa hidup.
Samsara Buddhist memasukkan konsep alam hantu lapar. Sentient being dalam alam tersebut dirujuk sebagai Hantu Lapar kerana ikatan mereka kepada dunia ini. Asura juga dirujuk sebagai "hantu bergaduh". |
| | | Neill FRESHIE
Countries/State : Age : 45 location : RANAU Points : 11756 Reputation : 0 Number of posts : 20
| Subject: Re: Kepercayaan mengenai hantu roh atau semangat 23/10/2008, 10:33 am | |
| Sementara sesetengah orang menerima hantu sebagai realiti, ramai yang lain mempersoalkan kewujudan hantu.
Pewaham mungkin cuba menjelaskan hantu yang kelihatan dengan menggunakan prinsip pencukur Occam (Occam's razor), yang mana menyatakan bahawa penjelasan yang mudah dan memandai bagi sebarang keadaan atau fenomena adalah yang penjelasan yang paling mungkin.
Ini bererti bahawa motif dan keikhlasan orang yang melapurkannya dipersoalkan. Sebagai contoh, hantu yang berkeliaran biasanya dikaitkan dengan dendam atau mencari keadilan. Meletakkan kuasa dan motif sedemikian kepada orang mati boleh ditafsirkan sebagai taktik menakutkan mereka yang mungkin menimbangkan untuk membunuh seseorang.
Kedua, kemungkinannya penipuan atau penipuna perlu ditimbangkan, dengan mereka yang melapurkannya dianggap sebagai mangsa. Ia berkemungkinan bahawa kadang-kala menceritakan cerita hantu mungkin satu cara bagi masyarakat terpencil bagi menghindari penceroboh. Ia juga berkemungkinan bahawa sekiranya taktik ini gagal, ia boleh diperbaiki dengan seseorang daripada masyarakat tersebut berlakun sebagai hantu.
Ketiga, penjelasan berasaskan pengetahuan mengenai psikologi manusia diberikan. Sebagai contoh, kemunculan hantu seringkali dikaitkan dengan gambaran bayang lutsinar, kelam, pudar, dan perasaan sejuk. Tetapi tindakbalas haiwan biasa kepada ketakutan adalah rambut tegak, yang boleh dikelirukan dengan rasa sejuk.
Aspek penglihatan hantu boleh dijelaskan melalui fisiologi: penglihatan sisi amat sensitif mengesan pergerakan, tetapi tidak bagi warna atau memfokos bentuk; dengan itu, tirai yang bergerak atau sebarang pergerakan diluar penglihatan fokus boleh menghasilkan ilusi bentuk.
Kewujudan infrabunyi semulajadi, di mana berlaku pada bawah frekuensi yang boleh didengari manusia (di bawah 20 herzt), mampu menjelaskan kecenderungan merasakan "kehadiran" dalam bilik, atau menjelaskan perasaan gelisah atau seram, kerana frekuensi infrasonik tertentu diketahui menghasilkan perasaan sedemikian kepada tubuh manusia.
Faktor psikologi sering kali disebut sebagai penjelasan bagi kejadian nampak hantu: mereka yang lemah semangat cenderong membesar-besarkan apa yang dilihat apabila melawat tapak kejadian sesuatu sejarah yang tidak diingini. Gambaran tertentu seperti gambar dan filem mungkin mendorong seseorang mengaitkan struktur tertentu atau kawasan sebagai berhantu kerana apa yang dilihatnya dalam filem.
Beberapa gambaran mengenai hantu pernah ditangkap secara tidak sengaja oleh masyarakat setempat. Kebanyakkan gambar yang diambil adalah di tepi jalan, kuburan,dan rumah-rumah sakit. Bayangan didalam gambar ini menunjukkan bayangan hitam, kepulan asap,rupa wajah dan juga cahaya yang terang.Tetapi kesahihannya masih belum diketahui.
Beberapa komuniti masyarakat telah mengelaskan pelbagai jenis hantu. Antaranya ialah pontianak, toyol, dan sebagainya. |
| | | Neill FRESHIE
Countries/State : Age : 45 location : RANAU Points : 11756 Reputation : 0 Number of posts : 20
| Subject: Re: Kepercayaan mengenai hantu roh atau semangat 23/10/2008, 10:54 am | |
| |
| | | Neill FRESHIE
Countries/State : Age : 45 location : RANAU Points : 11756 Reputation : 0 Number of posts : 20
| Subject: Re: Kepercayaan mengenai hantu roh atau semangat 23/10/2008, 11:01 am | |
| Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.
Puntianak ini dikatakan mempunyai lubang dibelakang tengkuknya. Sesiapa yang berjaya hidup ketika berjumpa puntianak dalam jelmaan wanita dan memasukkan paku ke dalam lubang ini dikatakan menjadikan puntianak tersebut kekal menjadi wanita cantik. Sekiranya paku itu dikeluarkan, ia akan kembali sebagai puntianak. Bagaimanapun, anda dinasihatkan agar tidak cuba memaku mana-mana wanita yang dijumpai kerana akhirnya anda mungkin akan dituduh membunuh. |
| | | doe MODERATOR
Age : 37 location : kota kinabalu sabah bah.... Tag ID: : sfc 03138 Points : 12509 Reputation : 4 Number of posts : 1458
| Subject: Re: Kepercayaan mengenai hantu roh atau semangat 25/10/2008, 10:10 am | |
| ish berdiri bulu roma sa bca owh...mati lah bah jga law ada dekat sya nie.. |
| | | maks JUNIOR
Age : 47 location : KK Points : 11876 Reputation : 0 Number of posts : 90
| Subject: Re: Kepercayaan mengenai hantu roh atau semangat 26/10/2008, 3:56 pm | |
| real ke......atau....heheheh ....seram la.. |
| | | black maria SENIOR
Age : 37 location : keningau,sabah Tag ID: : SFC 00443 Points : 12959 Reputation : 6 Number of posts : 830
| Subject: Re: Kepercayaan mengenai hantu roh atau semangat 27/10/2008, 9:56 am | |
| - Neill wrote:
cun eh awek sebelah tuh....feewwiiiiiittttttttttt...klu la aku yg terjumpa,nda tau la pa jd...pecah kali rekod dunia 100 meter.... |
| | | froneTier ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Jesselton Tag ID: : SFC 03082 Points : 12684 Reputation : 11 Number of posts : 2208
| | | | sasukey CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 74 location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$ Tag ID: : SFC ziro Points : 12517 Reputation : -6 Number of posts : 1063
| Subject: Re: Kepercayaan mengenai hantu roh atau semangat 28/4/2009, 1:49 pm | |
| |
| | | papara7 JUNIOR
Countries/State : Age : 53 location : labuan Points : 11238 Reputation : 1 Number of posts : 82
| Subject: Re: Kepercayaan mengenai hantu roh atau semangat 27/8/2009, 9:39 pm | |
| hantu..... seperti pengalaman masing-masing, ada yang percaya dan sebaliknya. kewujudan hantu boleh terjadi apabila seseorang itu berada dalam keadaan ketakutan serta terlalu percaya akan wujudnya hantu. kadang2, bayangan seseoarang itu yang menyebabkan adanya makhluk ini walaupun sebetulnya tiada pun. kita sering disajikan dengan imej2 yg muncul dalam gambar mahu pun video clip, tetapi seperti yg anda tahu, imej2 ini ada yang benar dan terlalu banyak juga yang telah dimanupulasikan dengan menggunakan photo editor trick yang berlambak di kedai software. jadi amat susah untuk menilai kesahian imej atau vc yang wujud makhluk halus ini. tetapi..... harus juga diingat.... roh, hantu dan jin sememamngnya wujud dan manusia tidak boleh menafikan itu. kerana sebelum wuudnya manusia, jin terlebih dulu telah menghuni muka bumi ini.... bergantung kepada kepercayaan agama masing2. dan...... perlu diingat..... manusia berkongsi dengan makhluk ini tinggal di bumi Allah ini, oleh itu pandai-pandailah jaga tertib perkongsian ini. |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: Kepercayaan mengenai hantu roh atau semangat | |
| |
| | | | Kepercayaan mengenai hantu roh atau semangat | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 1 of 1 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| Main view | Apa Yang Anda Mahu?
Mahu Bincang Tentang?
Aktiviti Kelab Sioloon?
Mencari Yang Menarik?
|
|