asalamualaikum dan slmt pg,ptg/mlm kepada semua portal visitor,di sini saya ingin menyampaikan cerita yang sangat menyedihkan bermula daripada sebelum saya bergelar Drifter sehingga pada hari ini.Dulu saya pernah jatuh cinta pada seseorang dan biarlah saya rahsiakan siapa namanya,bermulanya perkenalan kami di pejabat daerah maran kami berkawan sama seperti yang orang lain lakukan,cukup 2 tahun kami berkawan saya bercadang untuk memulakan hubungan khusus dan lebih mendalam dengannya kami pun bercinta.Cukup 1thn kami bercinta saya bercadang untuk bertunang dengannya,dalam masa yang sama saya jua membuat simpanan untuk pernikahan kami,kami pun bertunang.Tinggal 2 bulan dari tarikh pernikahan kami dia bertemu dengan seseorang yang dia anggap sebagai abg angkat,semakin lama hubungan kami renggang,dari hari ke hari dia terus membenci saya entah kenapa mungkin dia terkena jampi serapah abg angkat dia ataupun sebaliknya.3 bulan berlalu dan dia terus menyepi tanpa berita.Apabila saya dapat tahu berita daripada emaknya yang dia telah lari mengikut abg angkatnya untuk berkahwin di sempadan Thailand,saya terus meminta balik bayaran yang telah saya buat untuk pertunangan kami serta separuh bayaran untuk pernikahan kami.Setelah segalanya selesai,saya bercadang untuk mengubat hati yang sakit ini dengan memulakan hidup sebagai Drifter dengan bermulanya pencarian sebuah kenderaan FR di situlah bermulanya kehidupan saya yang baru.
Sehinggalah pada hari ini lain pula ceritanya,Si Biru yang sudah 2 tahun hidup bersama saya ini akan bertukar pemilik kerana saya sudah lama ingin menjualnya kerana kos sara tayar dan alat ganti semakin tinggi.Pada pagi tadi pemilik barunya telah bersetuju untuk membeli Si Biru ini daripada saya,sebenarnya berat hati juga melepaskan si Biru ni,tapi apa boleh buat,saya juga ingin mencuba sesuatu yang baru serta membuat simpanan dan berjimat cermat untuk mengakhiri zaman bujang saya,siapa tahu saya bertemu dengan seseorang yang sudi menerima saya seadanya pada masa - masa akan datang.Dengan berkat dan doa daripada kawan - kawan Insya'Allah