R41NY_SkaChild REGULAR
Countries/State : Age : 43 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 07865 Points : 11689 Reputation : 4 Number of posts : 439
| Subject: Pelawak Ahmad Busu Kena Serangan Strok, Kini di PPUM 15/9/2009, 2:18 pm | |
| Pelawak Ahmad Busu kena serangan strok, kini di PPUM
Oleh ZIEMAN
Ahmad Busu terkenal dengan watak Mat Deris dalam sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu. -foto UTUSAN
PELAKON dan pelawak terkenal Ahmad Busu kini terlantar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) setelah mengalami serangan strok dua hari lepas. Ahmad Busu yang terkenal dengan watak Mat Deris dalam sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu tidak sangka keghairahannya memakan buah durian menyebabkan dirinya kini terlantar di hospital.
Ahmad Busu mula mengadu yang dia tidak boleh berjalan pada hari Jumaat apabila dia tidak boleh berjalan dan mengimbangi badannya.
Menurut anak keduanya, Mohd Afiq Ahmad, ayahnya sudah dua bulan mengadu sakit kepala setelah makan durian dengan kuantiti yang banyak.
Ahmad Busu yang mengidap sakit kencing manis, bagaimanapun enggan ke hospital kerana menganggap keadaan kesihatannya tidak serius.
Namun pada Jumaat lepas, Ahmad Busu langsung tidak boleh berjalan dan sakit kepalanya juga bertambah teruk. Akhirnya setelah puas dipujuk keluarga, barulah dia mahu ke hospital.
"Setelah melihat keadaan ayah yang tidak boleh berjalan dan terpaksa dipapah, akhirnya dia bersetuju untuk ke hospital. Jadi pagi semalam, saya dan ibu membawa ayah ke PPUM," kata Afiq.
Ahmad Busu dimasukkan ke Wad Neurosains, Tingkat 5. Ramai rakan artis termasuk rakan-rakan 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' sudah pun menziarahi Ahmad Busu.
Kata Afiq lagi, menurut doktor yang merawat ayahnya apa yang dialami oleh Ahmad Busu ialah 'strok tidak boleh timbang atau kawal badan.'
"Setelah melakukan CT scan ke atas ayah, doktor memberitahu ayah mendapat serangan strok. Mata ayah juga kabur dan kakinya masih kebas-kebas hingga sekarang.
"Ayah kini mendapat rawatan insulin untuk mengawal kencing manis dari lebih melarat," kata Afiq.
Ahmad Busu, 56 tahun, cukup sinonim dengan watak Mat Deris yang dibawanya dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang disiarkan di TV3. Sitkom ini merupakan terbitan dan arahan Hatta Azad Khan yang menceritakan mengenai kehidupan harian penduduk di Flat Seri Wangi.
Kisah ini juga telah dipentaskan sebagai pementasan muzikal pada tahun 2006 serta dijadikan siri komik strip mingguan di dalam akhbar Berita Minggu.
Ahmad Busu telah menderita penyakit kencing manis sejak 13 tahun lamanya. Menurut isterinya, Seri Binti Mohamad, biarpun kurang sihat beliau tetap gagahkan diri meneruskan kariernya dalam bidang lakonan bagi menyara empat orang anaknya - bapa kepada Nur Hamizah, 24, Mohd. Afiq, 23, Muhammad Luqman, 16, dan Nur Hanis, 5,
Akibat penyakit yang dialaminya, sedikit sebanyak telah menjejaskan perjalanan kerjayanya sebagai pelakon dan pelawak sepenuh masa.
Berat badan Ahmad Busu juga telah susut teruk lebih dari daripada 10 kilogram. Kalau dulu saiz pinggang seluarnya 40 inci tetapi sekarang ia telah susut kepada 36 inci.
Malah, ayah penyayang ini paling risau apabila mengenangkan nasib anak bongsu saya iaitu Nur Hanis yang baru berusia lima tahun.
"Dia selalu risau tentang anak-anaknya terutama Hanis. Anak-anak lain dia kurang risau kerana mereka sudah besar," jelas Seri yang setia menemani suaminya di hospital. |
|
razali_pb59047 SUPERIOR
Countries/State : Age : 36 location : sabah Tag ID: : SFC 06878 Points : 13404 Reputation : 10 Number of posts : 2090
| Subject: Re: Pelawak Ahmad Busu Kena Serangan Strok, Kini di PPUM 15/9/2009, 2:31 pm | |
| sama2 kta mendoakan untuk kebaikan kesihatan beliau...moga berkat doa dari kita suma dapat memulihkan penyakit beliau |
|
napster MODERATOR
Countries/State : Age : 40 location : KLIA (hometown papar) Tag ID: : SFC 03920 Points : 17616 Reputation : 116 Number of posts : 6364
| Subject: Re: Pelawak Ahmad Busu Kena Serangan Strok, Kini di PPUM 15/9/2009, 2:36 pm | |
| oh.. betul ka ni...
semoga beliau sihat kembali... |
|
Sponsored content
| Subject: Re: Pelawak Ahmad Busu Kena Serangan Strok, Kini di PPUM | |
| |
|