mari kenali gen-2 lebih dekat.. apa ada kat gen-2.....aku nak ceta skit tentang gen-2 ni...
Sekali pandang, bentuk luarnya mengingatkan aku kepada Ford Lynx hatchback dan Mazda Lantis. It is a sporty car. But bila first time masuk, ruang dalamnya mengecewakan dari segi saiz. Ianya lebih sempit dari Wira. Sebelum Gen-2 went to public, ramai yg kata, model nie akan sebesar Waja. But noppp!!! it is even smaller than Wira esp the rear headroom. Utk org tinggi, lupakan model ini. It is not for you. Bagi yang berketinggian 6 kaki ke atas, kepala mungkin boleh mencecah bumbung belakang. The front seats are nice. It resembles one of those bucket seats. Warna dalaman pun cantik. Dashboard nampak ok TAPI takde glovebox!!!. What the heck. Mana nak letak barang? Mungkin proton tak mahu kisah glovebox waja dan Iswara yg terbuka sendiri apabila tayar melanggar lubang, berulang kembali...
Sports rimnya memang cantik. Dengan rim 15 inci, it is even more handsome. Disc brake digunakan utk keempat-empat tayar,
Front grille is nice. Macam Mazda Premacy. Ada sikit macam wau. Belakang nampak lebih cute. Lebih cute dari belakang Kia Spectra. Belakang Gen-2 pernah dibandingkan dengan Kia Spectra.
However it is a big let-down since there are no airbag and ABS. Tanyalah org yg ada pengalaman membawa kereta yg ada ABS. Betapa confident dan securenya meluncur di dalam hujan lebat. Di Eropah dan US, airbag dan ABS diwajibkan sebagai standard lebih 5 tahun dulu.
Last but not least - the engine is not variable valve timing as it was much-hyped before. Two thumbs down!!! CAMPRO adalah ancronym dari Cam Profile Switching tapi sebenarnya Gen-2 tak mengunakan Cam profile switching. The public have been misled. It is just a normal DOHC engine. Ianya hanya boleh diupgrade kepada Cam Profile Switching. Mungkin model yg highest end sahaja yg ada cam profile switching. Cam profile switching and variable valve timing adalah benda yang sama secara
dasar dan konsepnya. Ketika Honda begitu gah dengan i- VTEC, Toyota dgn VVT-i, Nissan dengan VTC, BMW dgnya Vanosnya, Gen-2 masih menggunakan fixed valve timing. No wonder the horsepower is lower that Wira 1.6. Engine wira 1.6 mengeluarkan 112 horsepower. Gen-2 -110 horsepower. Cuma gen-2 mempunyai torque 10NM lebih tinggi dari Wira 1.6. Tapi perlu diingat, Wira 1.6 hanya menggunakan engine SOHC (single overhead cam). Dengan berat hanya 10kg lebih ringan dari Waja, Gen-2 is a heavy car. Bayangkan jika engine 1.3 biasa iletakan di dalamnya. Boleh ker panjat bukit? No wonder version 1.3 takde. BTW, dgn berat sebegitu, badannya tentu solid.
Next 6 months to one year is important to tell its reliability. Masalah power window, masalah temp gauge tunjuk maximun, masalah fuel gauge turun naik, masalah engine tiba-tiba mati ketika meluncur laju atau ketika idle, masalah dashboard bergegar dan mengeluarkan seribu satu macam bunyi adalah biasa bagi model proton sebelumnya. Can Gen-2 put all these to history? Sama-sama kita tunggu. Nasihat aku, kepada yg tak perlukan kereta ketika ini, takyah beli dulu. Let the first or second batch do the experiment.
At 52,888 (manual) dan 55,888(auto) and no ABS, airbag, variable valve timing engine, it failed to impress me and I believe many people. It does not live up to my expectation and most people's expectation. Berapa harga yg akan diletakkan oleh Proton jikalau kita mahukan ABS, airbag dan variable valve timing engine? 70 ribu? 80 ribu? With these prices, I'll go for Japanesse models.