Selama
beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu
banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa
ianya berlaku (the real reason) :
Aku keletihan kerana
terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan
kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan
bukan rekaan aku :
Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.
1.7 juta darinya sudah bersara.
Jadi tinggal 21.3 juta orang.
1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.
Jadi tinggal 20 juta orang.
Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.
Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat dll.) pasal
diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan.
Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja... .
Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja
surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university
student,kena buang kerja dll).
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan Kini
berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital
swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja... .
Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...
Dan 2 orang itu adalah ENGKAU DAN AKU...
Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer,
main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan
tak buat kerja langsung...
jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie... MANA AKU TAK LETIH!!