|
|
Author | Message |
---|
andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12537 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Bapa tegur aksi Faizal 21/11/2007, 4:24 pm | |
| Oleh Norhadiani Baharom
Ketika dua lagu dendangannya, Kasih Tercipta dan Mahakarya Cinta diumumkan layak ke Peringkat Akhir kategori Balada Anugerah Juara Lagu ke-22, Ahad lalu, seronoknya Faizal bukan kepalang.
Sehinggakan, aksi meluncur (slide) dianggap keterlaluan kerana lebih sudu dari kuah berbanding komposer dan penulis lirik.
"Mengapa orang suka salah faham? Salahkah saya mewakili kegembiraan pencipta lagu walaupun saya bukanlah komposer atau penulis lirik lagu itu. Yang pasti aksi meluncur (slide) berlaku secara spontan bukan disengajakan untuk meraih perhatian ramai.
"Ketika itu saya amat terkejut hinggakan memberi ucapan pun saya tidak mampu. Malah saya berani bersumpah ketika pengacara ingin mengumumkan lagu terakhir layak ke final balada, hanya dua lagu terlintas di fikiran saya.
"Kalau tidak lagu Bisakah dari Datuk Siti Nurhaliza mungkin Hilang dari Diddy. Namun apabila pengacara menyebut Mahakarya Cinta akan ke final, saya terkejut. Tidak pula saya menafikan kehebatan lagu ciptaan Audi Mok ini.
"Namun memikirkan Siti satu nama besar sementara Diddy mempunyai lagu yang hebat membuatkan saya tidak meletakkan sebarang harapan tinggi terhadap Mahakarya Cinta," katanya.
Selain, Mahakarya Cinta hasil ciptaan Audi Mok dan lirik oleh Mohd Shariza Shamsiri sebuah lagu dendangan naib juara OIAM ini yang layak ke final balada adalah Kasih Tercipta nukilan Ajai dan pengarah terkenal Shuhaimi Baba selaku penulis liriknya.
Katanya lagi, aksi meluncur itu sudah menjadi 'trademark' nya dan dia sering lakukan dalam setiap persembahan sebelum ini. Ia juga sebagai satu cara menunjukkan penghormatan kepada penonton yang memberi sokongan padu.
Berhubung kelakuannya yang dikatakan 'over', Faizal memberitahu, orang pertama yang menegurnya bapanya sendiri Dr Mohd Tahir.
"Kiriman SMS yang berbunyi 'well done, but next time be more cool'. Saya tidak sangka bapa saya boleh berkata begitu walaupun dia sebenarnya tahu saya memang macam ini.
"Namun saya faham mungkin dia berkata begitu kerana bimbang orang luar tidak dapat menerimanya kerana mereka tidak kenal sikap saya sebenarnya.
"Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf secara terbuka, ikhlas dari hati kepada semua yang tersinggung dengan perbuatan saya. Saya tidak berniat dan tidak terfikir mendapat perhatian ramai," katanya. |
|
| |
budaknakal66 REGULAR
Age : 40 location : Kajang Points : 12597 Reputation : 0 Number of posts : 429
| Subject: Re: Bapa tegur aksi Faizal 22/11/2007, 2:52 pm | |
| ala...ter'xcited' la tu...xpe lar..da mintak maf pn....jgn wat lg da la....huhuhuhu |
|
| |
haibara SUPERIOR
Countries/State : Age : 39 location : Klang Website : http://maemorrie.ads4blog.net Tag ID: : SFC 00444 Points : 12629 Reputation : -1 Number of posts : 2048
| Subject: Re: Bapa tegur aksi Faizal 22/11/2007, 8:36 pm | |
| biase la kalau da excited... mcm2 leh jd.. lum lagi mng AJL... haha |
|
| |
andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12537 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Re: Bapa tegur aksi Faizal 22/11/2007, 9:36 pm | |
| mmg ari tu dia ni nmpk eksen melebeh2 n temberang pun.. baik2 ada peminat, byk suda x suka.. sya pun mmg x minat n suka dia ni sejak dr dlu lg.. |
|
| |
Satria Neo84 SENIOR
Age : 40 location : Labuan Points : 12650 Reputation : 0 Number of posts : 834
| Subject: Re: Bapa tegur aksi Faizal 23/11/2007, 12:08 am | |
| Aku minat lagu dia je.....bkn org dia..... klu OTAI,xpa gak....... |
|
| |
Luis Garcia SENIOR
Age : 38 location : labuan/sandakan Tag ID: : 128 Points : 12770 Reputation : 0 Number of posts : 536
| Subject: Re: Bapa tegur aksi Faizal 24/11/2007, 12:59 am | |
| ala biar la dia........ teda manusia yg sempurna ba......kan???? |
|
| |
Satria Neo84 SENIOR
Age : 40 location : Labuan Points : 12650 Reputation : 0 Number of posts : 834
| Subject: Re: Bapa tegur aksi Faizal 24/11/2007, 1:37 am | |
| Tapi...sebelum buat... fikir2lah dulu... dah d beri akal fikiran.... x d nafikan manusia ni x sempurna..... |
|
| |
pu3aan FRESHIE
Age : 39 location : parit raja, batu pahat Points : 12508 Reputation : 0 Number of posts : 16
| Subject: Re: Bapa tegur aksi Faizal 26/11/2007, 3:42 pm | |
| xminat lgsg ngn die..tp lagu ok la.. |
|
| |
sakura CONTRIBUTOR
Age : 46 location : JB Points : 12490 Reputation : 0 Number of posts : 1109
| Subject: Re: Bapa tegur aksi Faizal 26/11/2007, 6:55 pm | |
| aku minat kat muka dia je..lagu dia kira orait jugaklah.. 8) |
|
| |
scorpions SENIOR
Countries/State : Age : 51 location : sandakan Points : 12559 Reputation : 3 Number of posts : 677
| Subject: Re: Bapa tegur aksi Faizal 26/11/2007, 7:47 pm | |
| bahayalah ko ni sakura.hahaha. cuba bayangkan datuk siti yang meluncur.ndak ke tediam satu dewean tu |
|
| |
aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15098 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: Bapa tegur aksi Faizal 26/11/2007, 8:25 pm | |
| aku dapat agak perangai dia ni, time dia kena panggilan hangit dkt siaran radio hot fm. punyalah banyak kata² dia kena sensored... macam macam makin hamun dia kuarkan... memang tak cool artis ni... cepat over! |
|
| |
MiRA_TaSHa ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 39 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 00002 Points : 13012 Reputation : 0 Number of posts : 2047
| Subject: Re: Bapa tegur aksi Faizal 26/11/2007, 11:05 pm | |
| at least bapa dia yg 1st tegur dia.... |
|
| |
bez_boy06 REGULAR
Age : 33 location : Labuan Points : 12412 Reputation : 0 Number of posts : 253
| Subject: Re: Bapa tegur aksi Faizal 27/11/2007, 7:54 am | |
| bapa siapa tegur faizal????? di mana?????? |
|
| |
andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12537 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Re: Bapa tegur aksi Faizal 27/11/2007, 11:24 am | |
| - bez_boy06 wrote:
- bapa siapa tegur faizal????? di mana??????
lain kali baca topic dlu baru buat posting.. cuba ko try test scroll p atas skali.. lps tu ko baca posting smpi abis.. |
|
| |
andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12537 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Re: Bapa tegur aksi Faizal 27/11/2007, 11:25 am | |
| Faizal Tahir kenalah berhemah sikit, jangan 'over'
[url=mailto://][/url]
MALAM hujung minggu lalu, Kak Pora sempat juga tengok Muzik Muzik separuh akhir kategori Balada, tapi bukanlah secara live, cukuplah sekadar menonton di televisyen bersama anak-anak. Meriah juga bila tengok menerusi TV. Tidak dinafikan, semua lagu yang dipertandingkan best belaka.
Setiap lagu yang didendangkan, Kak Pora cuba untuk jadikannya sebagai lagu yang tersenarai dalam pertandingan akhir nanti. Tapi tak bolehlah macam tu. Jadi, Kak Pora pun tunggu dan lihat sajalah lagu mana yang akan dipilih juri. Jangan lupa, seorang daripada jurinya ialah kawan Kak Pora, Adam Salleh.
Nak dijadikan cerita, semasa pengumuman lagu mana yang bakal berentap ke peringkat akhir, Kak Pora sudah berkira-kira lagu nyanyian Faizal Tahir, iaitu Kasih Tercipta dan Maha Karya Cinta menjadi saingan hebat kepada lagu yang dipertandingkan dapat masuk ke final. Selepas satu daripada lagu nyanyian Faizal diumumkan layak, Kak Pora sudah bertepuk tangan. Bukannya apa, Kak Pora memang minat sangat dengan lagu ciptaan Ajai dan Audi Mok itu. Lebih-lebih lagi lagu nyanyiannya, bersesuaian sangat dengan vokalnya. Pada masa sama, selepas tiga lagu dipilih, Kak Pora menunggu juga lagu nyanyian Datin Seri Siti Nurhaliza sama ada dipilih atau tidak. Tetapi nyata, keputusan juri berpihak kepada lagu kedua Faizal, Maha Karya Cinta. Gembira bukan kepalang. Tapi tiba-tiba penonton di studio dan di rumah mungkin, dikejutkan dengan aksi Faizal yang Kak Pora rasa keterlaluan dan tak sesuai. Daripada suka dengan penyertaannya, terus rasa jelik pula. Kenapa nak tunjuk aksi gembira sampai macam itu, tergedik-gedik, sampai nak buat aksi slide macam tu? Tak kena sangat kelakuan itu pada tempatnya. Itu pun baru menang separuh akhir, apa yang hebat sangat? Orang lain yang dah beberapa kali menang final biasa saja, angkat dan lambai tangan, senyum dan ucap terima kasih cukuplah.
Kami semua tahu, lagu yang awak nyanyi dua-dua masuk final. Gembira? Memang gembira tapi berpada-pada lah. Banyak cara boleh tunjukkan kegembiraan awak tu. Dalam fikiran Kak Pora, sudah boleh agak, ramai orang yang tidak suka melihat aksinya itu.
Sah! Ramai yang mencebik bibir. Rata-rata kawan Kak Pora kata, aksi itu tidak ada etika dan kurang sopan. Penggubah dan penulis lagu opun kalau menang tak perlu buat macam itu. Faizal hanya ditugaskan untuk menyanyi lagu mereka tapi dia pula yang syok terlebih. Kak Pora rasa, aksi Faizal itu sedikit sebanyak mencalar hati penyanyi, komposer lagu dan penulis lirik yang tidak berjaya ke peringkat akhir. Kalaulah Faizal hanya tergamam sambil menekup mulut, Kak Pora rasa itu akan bersopan, menyelamatkan Faizal daripada jadi bahan bualan dan cemuhan.
Kak Pora ada terbaca dalam Harian Metro mengenai Faizal yang meminta maaf secara terbuka kepada semua pihak. Baguslah tu, sekurang-kurangnya, teguran dan kritikan yang awak terima macam ini dijadikan panduan dan peringatan supaya lepas ini tidaklah ‘over acting’ lagi. Seronok boleh tapi berpada-padalah dan tengok tempat dulu.
KAK PORA: Jangan sampai ada artis kalau dah menang di final, buka baju berlari keliling padang macam pemain bola. |
|
| |
Intan Nuraini SENIOR
Age : 33 location : labuan Points : 12432 Reputation : 0 Number of posts : 592
| Subject: Re: Bapa tegur aksi Faizal 27/11/2007, 5:16 pm | |
| |
|
| |
vijay91hebat SENIOR
Countries/State : Age : 33 location : Labuan Points : 12784 Reputation : 0 Number of posts : 649
| Subject: Re: Bapa tegur aksi Faizal 27/11/2007, 7:45 pm | |
| |
|
| |
bez_boy06 REGULAR
Age : 33 location : Labuan Points : 12412 Reputation : 0 Number of posts : 253
| Subject: Re: Bapa tegur aksi Faizal 28/11/2007, 9:56 am | |
| same juga no komen lah.............. |
|
| |
Satria Neo84 SENIOR
Age : 40 location : Labuan Points : 12650 Reputation : 0 Number of posts : 834
| Subject: Re: Bapa tegur aksi Faizal 2/12/2007, 2:06 am | |
| Apalah ko ni boy.... komen lah cikit...ni x... |
|
| |
andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12537 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Re: Bapa tegur aksi Faizal 3/12/2007, 1:07 am | |
| Faizal janji tak 'over' lagiOleh Rudy Imran Shamsudin | | SEKALIPUN sudah memberikan penjelasan berkaitan aksinya yang dikata 'over' di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 22 kategori balada, Faizal Tahir, 29, terus menerima kritikan pelbagai pihak. | Ekoran aksinya menjadi isu hangat menyebabkan majlis pelancaran album sulung Faizal, Aku.Muzik.Kamu (AMK) diadakan baru-baru ini seolah-olah tidak diberikan perhatian. Wakil media yang hadir mahu penyanyi berasal dari Ampang, Kuala Lumpur itu memberikan penjelasan lanjut. Ia secara tidak langsung mengheretnya ke dalam isu kurang menyenangkan. "Saya tidak marah, apatah lagi berkecil hati dengan kritikan itu. Cuma seperti yang saya tegaskan sebelum ini, apa yang saya lakukan pada malam separuh akhir itu di luar pertimbangan saya. "Sebenarnya saya mudah teruja dan sebab itu sebaik lagu Mahakarya Cinta diumum layak ke Anugerah Juara Lagu 22, sepantas kilat saya beraksi begitu. Ia memang sudah menjadi 'trademark' saya. "Kalaupun mahu dikata saya lupa diri tidak juga kerana ketika diminta beri ucapan, saya turut memperkenalkan Audi Mok selaku penciptanya dan Syah Shamsiri penulis lirik. Malah saya minta penonton beri tepukan kepada mereka sebagai penghargaan daripada saya," katanya. Peristiwa yang berlaku bagaimanapun kata Faizal banyak memberinya pengajaran. Tambahnya selepas ini apa yang penting dia harus lebih sensitif terhadap pandangan orang luar mengenai dirinya. Faizal yang bakatnya dicungkil menerusi One In A Million (OIAM) menyarankan agar kebanyakan penyanyi tidak hanya menghasilkan album untuk mendapatkan wang dan populariti saja. Sebaliknya, Faizal mengharapkan mereka serius membabitkan diri dalam pembikinan album bagi mendapatkan ilmu bagi memastikan industri rakaman tanah air masih terus bernafas. "Saranan saya ini berdasarkan pengalaman yang saya lalui sepanjang proses menghasilkan AMK. Mengambil contoh di peringkat awal saya mahu meletakkan semua lagu ciptaan sendiri dalam AMK. "Selepas dinilai kembali, saya berasakan ia agak keterlaluan dan pada waktu sama jika saya tidak bekerja dengan orang lain, saya khuatir ia akan menjadi album syok sendiri. "Sebagai penyanyi, ilmu penting dalam pembikinan lagu kerana ia akan memberikan pendedahan di samping penyanyi itu sendiri tahu apa yang dia mahukan dalam muzik dibawakan," katanya lagi. |
|
| |
Satria Neo84 SENIOR
Age : 40 location : Labuan Points : 12650 Reputation : 0 Number of posts : 834
| Subject: Re: Bapa tegur aksi Faizal 3/12/2007, 1:48 am | |
| NI lah kehidupan sbagai anak seni...ada salah je mesti jdi gosip hangat..... aku x nk lah jd anak seni.... |
|
| |
andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12537 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Re: Bapa tegur aksi Faizal 3/12/2007, 7:37 pm | |
| tu lah tu.. apa lg klu kesalahan tu sengaja dilakukan.. |
|
| |
Satria Neo84 SENIOR
Age : 40 location : Labuan Points : 12650 Reputation : 0 Number of posts : 834
| Subject: Re: Bapa tegur aksi Faizal 3/12/2007, 9:31 pm | |
| NI lah....nk jadi artis ni tiap yg berlaku mesti heboh... susalah nk cakap.... |
|
| |
andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12537 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Re: Bapa tegur aksi Faizal 4/12/2007, 12:10 am | |
| kdg2 sengaja supaya heboh.. |
|
| |
Satria Neo84 SENIOR
Age : 40 location : Labuan Points : 12650 Reputation : 0 Number of posts : 834
| Subject: Re: Bapa tegur aksi Faizal 5/12/2007, 2:16 am | |
| Mkin nk menarik perhatian org lain..... biasalah mcm2 teknik.... |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Bapa tegur aksi Faizal | |
| |
|
| |
|