Ini guide yang sebenar:
1. Tukar engine oil SEBELUM 5000km ataupun 3 bulan. kalau pakai full synthetic yang boleh sampai 10,000, SEBELUM 5000km, tukar oil filter saja. minyak kena tambah sikit sebab kalau buka oil filter, minyak akan kurang sikit.
2. Minyak brake tukar setahun sekali, kelembapan di udara menyebabkan air bercampur dengan minyak brake, takat didih akan turun. pastikan minyak brake isi dengan betul:
DOT 3 merah
DOT 3 putih
DOT 4 putih
DOT 5 putih
jangan campur, kalau campur boleh menyebabkan kebocoran.
3. ketipisan brake pad boleh dilihat kalau brake fluid kurang, sebab brake fluid akan turun ke bawa kerana brake pad dah tipis. kalau brake fluid kurang JANGAN TAMBAH, terus pergi workshop check, kalau tipis tukar. Brake fluid akan naik semula kalau brake pad baru. kalau brake pad masih ok? check kalau ada leaking. kalau tiada, tambah brake fluid
4. Timing belt bergantun pada belt yang anda beli, ada 60,000km, 80,000km, 100,000km. kalau mahu baloi, beli satu set dengan oil seal and tensioner bearing. setakat tukar belt saja tak cukup. TUKAR sebelum yang dijadualkan, sebab kalau engine idle mileage tak gerak.
sebarang pertanyaan boleh PM saya. tq