m_hafiz CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 42 location : Borneo Paradise,)mcm d kK,) Tag ID: : SFC 05031 Points : 12556 Reputation : 7 Number of posts : 1146
| Subject: Sombong pusaka iblis!!!. 23/11/2009, 12:45 pm | |
| Sombong merupakan satu sifat keji yang dibenci Allah dan rasul malah oleh seluruh isi alam ini. Mengekalkan sifat sombong ertinya mengekalkan diri dalam kutukan Allah. Abu Laits Al Samarqandi meriwayatkan ; daripada Ka'bul Ahbar :
Orang yang sombong itu akan datang pada Hari Qiamat berupa orang sekecil semut, diliputi oleh kehinaan dan diberi minum "Thinatul Khabaal" yakni darah bercampur nanah daripada ahli neraka.
Sifat sombong atau ego ini hampir semua orang memilikinya , cuma sesiapa yang kuat mujahadah dan takutkan Allah sahaja berjaya mengikis sifat keji ini. Antara ciri-ciri seseorang itu ada penyakit sombong ialah:
1. Suka memperkecilkan orang lain lebih-lebih lagi orang yang dipandang hina dan lebih rendah taraf darinya. 2. Susah menerima sebarang nasihat, teguran atau kritikan daripada orang lain terutama orang di bawahnya. 3. Bermegah dengan keistimewaan anugerah Allah kepadanya, seperti cantik, berjawatan tinggi, kaya, bijak, mahsyur, dipuji orang, keturunan baik dan sebagainya. 4. Suka marah-marah kepada orang atau membentak-bentak orang di khalayak ramai. 5. rasa diri hebat, sempurna, kuat hingga membelakangkan kehebatan dan kebesaran Allah samasekali. 6. Suka bergaul dengan orang yang setaraf dengannya sahaja. 7. Pendapatnya sahaja yang betul dan mesti diterima, orang lain salah dan tidak penting. 8. Susah minta maaf dan senyum pada orang lain. 9. Tidak pernah fikir kesusahan orang , ia fikir kesenangannya sahaja.
Apakah ciri-ciri di atas ada pada kita? Kalau ada ertinya kita memiliki sifat sombong, dan kita dalam kemurkaan Allah.
Sifat sombong jika dikekalkan ia akan membinasakan hidup kita di dunia dan Akhirat. Di dunia, susah payah hidup, kita tanggung sendirian. Bila mati tidak ada seorang pun yang akan mengenang. Orang yang sombong akan dibenci ke mana sahaja dia pergi. Kalau dia seorang bos pejabat, anak-anak buah akan menjauhkan diri, jika dia pemimpin , suatu hari nanti ia akan digulingkan dan jatuh sejatuhnya.
Lihatlah pada kesudahan orang-orang yang menyombongkan diri mereka. Azazil, ketua para malaikat; kerana sombongnya dia dihalau keluar dari Syurga. Firaun ditelan Laut Merah kerana kesombongannya mencabar Allah dan mengaku dirinya tuhan. Qarun ditelan bumi bersama harta yang meilmpah ruah juga kerana sombong. Kikislah sifat sombong ini dengan berkata pada diri: "Wahai diri...kalau kau sombong kau akan kehilangan kawan. ALlah dan Rasul dan seisi alam akan membenci mu. Hidup keseorangan seperti kera sumbang. Syaitan, firaun, Namrud, Qarun menjadi temanmu dalam Neraka. Sanggupkah kau menanggung azab siksa Neraka yang manusia dan batu menjadi bahan bakarannya? Kawah yang isinya logam cair menggelegak, akan dicelupkan dirimu ke dalamnya. Tahankah dengan siksaan itu??"
Sebagai penawar kepada sifat-sifat sombong ini , amalkan setiap hari: 1. Baca Surah Ad Dukhan 2. Selawat 3. Mengekalkan sifat kehambaan walau di mana berada.
InsyaAllah kita akan terselamat daripada sifat terkutuk itu. Tiada gunanya kita mempertahankan sombong. Firman Allah
"Janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembusi bumi dan tidak akan sampai setinggi langit." Oleh itu burui lah sifat tawadhuk; merendah diri dengan Allah
Last edited by m_hafiz on 24/11/2009, 8:38 am; edited 1 time in total |
|
areyang@LA SENIOR
Countries/State : Age : 38 location : KePaYaN ridGE '''' TeNoM Tag ID: : SFC 06134 Points : 12124 Reputation : 10 Number of posts : 766
| Subject: Re: Sombong pusaka iblis!!!. 23/11/2009, 10:10 pm | |
| ni lg bagus d baca,krna manusia skng ni kbykkannya mmpunyai sifat2 pnyakit sombong macam ni,nie klu dah baca ni dapatlah kita controlkan diri kita,supaya dpt mendekatkan lg diri kita pd Allah s.w.t. |
|
vijay91hebat SENIOR
Countries/State : Age : 33 location : Labuan Points : 12798 Reputation : 0 Number of posts : 649
| Subject: Re: Sombong pusaka iblis!!!. 21/12/2009, 8:41 am | |
| btl 2..ego pn bule d kategorikan sombong jg....mdh2han kita d jauhkan dri sifat2 mazmumah spt ini...amin |
|
ING SUPERIOR
Countries/State : Age : 40 location : HomE Website : https://www.facebook.com/ingsayanghizan Tag ID: : SFC 08081 Points : 13283 Reputation : 5 Number of posts : 2112
| Subject: Re: Sombong pusaka iblis!!!. 16/6/2010, 2:50 pm | |
| Ba jgn tah sombong2 hehe... klo jual mahal tu kategori sombong jua ka??? |
|
boyz06 REGULAR
Countries/State : Age : 38 location : labuan / tenom / labuan Tag ID: : sfc 13565 Points : 10950 Reputation : 1 Number of posts : 333
| Subject: Re: Sombong pusaka iblis!!!. 16/6/2010, 3:24 pm | |
| oleh yg demikian jgn la sombong2......hehehe |
|
Sponsored content
| Subject: Re: Sombong pusaka iblis!!!. | |
| |
|