ini sebagai tips bgi sapa2 yg mau kahwin suda tu:-
# Anggaran tempoh 12 bulan hingga enam bulan sebelum majlis perkahwinan
# Keluarga pihak lelaki bertandang ke rumah pihak perempuan untuk menyatakan hasrat dan meminang.
# Tetapkan tarikh majlis pernikahan di masjid kariah pihak perempuan.
# Ikuti kursus perkahwinan dan dapatkan sijil.
# Mendaftar di pejabat kadi.
# Teliti bajet perbelanjaan dan nilai keseluruhan kos.
# Kurangkan belanja harian, usah boros dan mula menabung.
# Kurangkan aktiviti sosial.
Anggaran tempoh 5 bulan sebelum majlis perkahwinan.# Pastikan carta kewangan dan aliran keluar serta masuk wang pada landasan betul.
# Mula menempah jurugambar, juru audio, meneliti pusat andaman terbaik dan memilih lokasi persandingan.
# Jangan lupa mulakan program kesihatan dan diet seimbang.
# Mula membeli barangan hantaran satu persatu.
Anggaran tempoh 4 bulan sebelum majlis perkahwinan.# Sudah menempah mak andam.
# Sudah bersedia menempah kad undangan.
# Sudah memilih lokasi persandingan.
# Merancang belanja berhemah mengikut sumber kewangan yang ada.
# Menyenaraikan tetamu undangan.
# Menyemak senarai harga katering.
Anggaran tempoh 3 bulan sebelum majlis perkahwinan.# Semak kad undangan perkahwinan dan pastikan tiada maklumat salah.
# Sudah memilih konsep untuk pelamin, gubahan hantaran perkahwinan.
# Memilih cincin dan persalinan persandingan.
# Menempah pakaian untuk acara akad nikah dan persandingan termasuk persalinan pengapit dan ahli keluarga.
# Menempah kumpulan kompang, audio visual dan katering.
Anggaran 2 bulan sebelum majlis perkahwinan.# Semak dengan semua pihak yang akan terbabit dengan majlis perkahwinan.
# Susun semula kedudukan kewangan pada saat akhir.
# Lakukan diet atau senaman untuk tampil sihat dan segak pada hari bersejarah.
# Ambil kad jemputan perkahwinan yang sudah ditempah.
# Semak destinasi bulan madu pilihan.
Sekurang-kurangnya sebulan sebelum majlis perkahwinan.
# Hantar kad undangan perkahwinan kepada tetamu jemputan, lebih awal lebih baik.
# Lakukan urutan dan siapa untuk menaikkan seri pengantin.
# Buat persiapan terakhir untuk semua kelengkapan.
# Semak urusan dengan jabatan agama, jurunikah, saksi dan pihak yang terbabit dengan majlis akad nikah. Ini penting!
Menjelang detik majlis perkahwinan.# Pastikan semua perkara yang dirancang lancar.
# Lantik seorang ahli keluarga terdekat untuk meneliti kelancaran acara.
# Pastikan kad undangan sudah dihantar kepada tetamu.
# Kumpulkan hantaran dan buat periksa tempahan pakaian - jangan nanti
mak andam tersalah tarikh atau memilih parsalinan berbeza.
p/s: Renung2kan & Selamat Beramal.....