| TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) | |
|
Author | Message |
---|
vip_user SUPERIOR
Age : 42 location : kota kinabalu Points : 12528 Reputation : 0 Number of posts : 2311
| Subject: TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) 23/5/2008, 5:57 pm | |
| L/belakang Syed Mokhtar
- Umur - 53 tahun
- Pendidikan - SPM
- Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
- Kekayaan -RM1,425 juta
- Ke 7 terkaya di Malaysia
- Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
- Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
- Kereta - Proton Perdana
- Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.
- Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok.... Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik. |
|
| |
hYNdrAkrAziE REGULAR
Countries/State : Age : 42 location : Beaufort ke Lahad Datu Points : 12108 Reputation : 0 Number of posts : 390
| Subject: Re: TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) 23/5/2008, 6:18 pm | |
| Org ni memang rendah diri..ceritanya nie aku uda pernah dgr lama suda..walaupun dia dikira jutawan smua hartanya dia gunakan utk kebajikan..fuiyooo bukan ramai org kitani macam dia..jutawan pakai perdana ja..kalau kita nie kali hummer suda di beli wahaha!!! lubang idung pun kuyak..hari² eksen...eheheh!!! marilah kita mencontohi org nie...bahagia dunia akhirat hehe!!! Piss!! |
|
| |
aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15096 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) 24/5/2008, 12:25 am | |
| aku respect betul dengan dia ni... humble.. tapi berisi.. cerita dia ni sedikit sebanyak mampu membantu kita yg masih baru menceburi bidang perniagaan ini. vip_user ambil tauladan cerita beliau ni... |
|
| |
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12364 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) 24/5/2008, 1:19 am | |
| |
|
| |
shalina7981 SUPERIOR
Age : 45 location : papar-putatan-tg aru-asia city kk Points : 12357 Reputation : 0 Number of posts : 2041
| Subject: Re: TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) 26/5/2008, 3:59 pm | |
| pendidikan spm jah tapi kaya..gam jadi mentua aku ni |
|
| |
darrengt CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 43 location : kota kinabalu Points : 12207 Reputation : 0 Number of posts : 1246
| Subject: Re: TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) 26/5/2008, 5:16 pm | |
| memang semua info vip lah rangking....kan |
|
| |
Fadzliey MODERATOR
Age : 45 location : Beaufort Points : 12578 Reputation : 0 Number of posts : 1268
| Subject: Re: TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) 29/5/2008, 8:55 am | |
| kesimpulan yg kita dpt dr informasi ini adalah.. semua org mampu utk brjaya asalkn kita rajin brusaha, yakin dengan diri sendiri n slalu mendekati yg Maha Kuasa.. |
|
| |
HayyTheCool FRESHIE
Countries/State : Age : 33 location : Sarawak,Malaysia Points : 11013 Reputation : 1 Number of posts : 1
| Subject: Re: TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) 18/10/2009, 9:06 pm | |
| ehm.. hati die yg pemurah krn dtg dr keluarga yg "miskin" kunci kejayaan dan sifat rendah diri beliau dan sentiasa nak berkhidmat kpd masyarakat.. harap ramai lg umat Islam terutama di mly mencontohi teladan beliau ~rezeki 2 Allah akan bg lpd sesiapa yg berusaha mencari nya ~wasalam~ |
|
| |
Fadzliey MODERATOR
Age : 45 location : Beaufort Points : 12578 Reputation : 0 Number of posts : 1268
| Subject: Re: TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) 20/10/2009, 11:20 am | |
| aku dah print out kisah psl beliau ni.. slalu aku baca utk memotivasikn diri ini mana tau satu hari boleh jd macam dia? renung2kn n slamat bramal |
|
| |
DonJuanDeMarco REGULAR
Countries/State : Age : 47 location : SHAH ALAM Points : 11991 Reputation : 9 Number of posts : 269
| Subject: Re: TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) 20/10/2009, 11:32 am | |
| untuk pengatahuan..
10 org terkaya didunia sekolah tak abis pon....
terbaru TSSM beli saham lebih 60% untuk selamatkan peniaga Padi di kedah dari di kuasai sepenuhnya jutaan dari china... ..
semoga Allah memberkati niat baik beliau ..amin |
|
| |
vijay91hebat SENIOR
Countries/State : Age : 33 location : Labuan Points : 12782 Reputation : 0 Number of posts : 649
| Subject: Re: TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) 26/10/2009, 8:56 pm | |
| |
|
| |
ah chong CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 41 location : melbourne,australia Website : www.angle-d5.com/ahchong sioloon Tag ID: : SFC 06241 Points : 12685 Reputation : 10 Number of posts : 1288
| Subject: Re: TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) 29/10/2009, 6:53 pm | |
| tuelha bila kita udah senang bantu2 org yang dalam kesusahan..bukan pi berjoli sakan sampai lupa diri... |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) | |
| |
|
| |
| TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY(siapa dia) | |
|