| Tidur boleh, seks jangan! | |
|
|
Author | Message |
---|
andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12535 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Tidur boleh, seks jangan! 21/11/2007, 4:16 pm | |
| Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Lagak seperti perempuan jalang, namun mereka digelar ‘Minah ringan-ringan’ kerana hanya menawarkan perkhidmatan seperti menemani pelanggan bersuka ria dan menonton wayang.
Mereka juga boleh diajak tidur di hotel tapi dilarang melakukan hubungan seks.
Hubungan mesra bersyarat itu dikesan dilakukan segelintir pelajar kolej yang bersedia menjadi teman sosial kepada lelaki baru dikenali sama ada melalui rakan atau laman sembang.
Bagaimanapun, lelaki yang mahu melanggani mereka hanya dibenarkan melakukan tiga perkara iaitu memegang tangan, memeluk atau melakukan ciuman ringan tanpa membabitkan hubungan ranjang, termasuk seks oral.
Wartawan Harian Metro yang berjaya menjejaki seorang gadis terbabit, Fara, 22, mendakwa mula aktif sebagai teman sosial selepas secara tidak sengaja menemankan seorang rakan yang menceburi bidang itu sejak beberapa bulan lalu.
Usaha mendekati Fara mulanya menghadapi kesukaran berikutan dia curiga bagaimana penulis memperoleh nombor telefon bimbitnya dan banyak bertanya berkaitan latar belakangnya.
Dia yang dipujuk berulang kali akhirnya bersetuju dibawa keluar dengan menetapkan beberapa syarat, antaranya hanya boleh membawanya keluar antara jam 8 malam hingga 8 pagi esoknya.
Selain itu, penulis perlu memastikan hotel yang diduduki selamat dan bukan hotel murahan atau rumah tumpangan kerana bimbang dicekup pihak berkuasa.
Fara menetapkan perkhidmatannya RM100 selain memberi amaran jangan cuba-cuba melakukan hubungan seks kecuali adegan ringan-ringan.
Ditanya kenapa dia sanggup keluar atau tidur dengan lelaki tetapi tidak membenarkan hubungan seks, Fara sekadar memberi jawapan dia belum bersedia untuk ‘itu’ dan hanya mahu menjadi teman berbual kepada lelaki yang kesunyian.
Fara bersetuju berjumpa di sebuah lobi hotel di Jalan Sultan Ismail sebelum diajak menjamu selera sebelum dibawa masuk ke bilik hotel.
Dia yang berseluar jeans dan kemeja-T dengan potongan badan menarik mudah diajak berbual tanpa rasa kekok walaupun kali pertama berjumpa.
“Saya bukan bohsia atau pelacur! Saya cuma tawarkan khidmat menemankan lelaki kebosanan dan inginkan rakan berbual,” katanya sambil menyedut rokok.
Menurutnya, dia boleh berlagak seperti kekasih, malah ada antara pelanggan hanya menggunakan khidmatnya untuk ‘menunjuk-nunjuk’ di hadapan rakan sekerja kononnya mereka mempunyai teman wanita cantik.
“Ada yang kata saya sama seperti perempuan pengiring tapi saya bukan pelacur. Biasanya pelanggan cuma mahukan teman berbual kerana kesunyian.
“Duit yang mereka beri jarang dianggap macam duit perkhidmatan, sebaliknya lebih kepada duit makan atau tambang teksi pulang saja,” katanya sambil membancuh kopi yang disediakan di bilik hotel.
Penulis seterusnya bertanya sama ada dia pernah melakukan hubungan seks dengan pelanggan di hotel, namun Fara segera menepis andaian itu.
“Saya masih suci. Setakat kiss (cium) biasa atau peluk saya tak kisah...tapi tak boleh buat ‘love bite’ (gigitan cinta)...takut nanti family (keluarga) tahu...nahas!”
Disoal sama ada dia bimbang jika ada lelaki yang ditemani tidur bertindak ganas atau cuba memperkosanya, Fara memberitahu, dia tidak teragak-agak melawan atau menjerit.
“Pernah satu ketika saya menendang seorang lelaki yang mahu membuka zip jeans saya sebelum saya terus berlari keluar dari bilik hotel. Saya sudah biasa dengan pujuk rayu lelaki dan ‘kebal’ dengan godaan.
“Malah, kebanyakan lelaki akan berhenti selepas saya mengugut untuk membuat laporan polis dirogol jika ada yang mahu meneruskan niat terbabit,” katanya sambil tidak henti-henti menghisap rokok.
Dia turut menolak jika diminta membuat onani atau seks oral walaupun ditawarkan bayaran lumayan.
“Saya tak mahu jadi perempuan simpanan...cukup keluar suka-suka. No commitment! Saya sudah ada pelanggan tetap yang boleh dipercayai,” katanya yang menganggap lelaki sekarang mempunyai banyak pilihan dan cita rasa.
Dakwanya, pelanggannya bukan mengejar seks tetapi cuma mahu teman wanita berbual dan keluar bersantai.
Lebih menarik sepanjang perbualan itu, Fara nampak jauh lebih matang berbanding usianya dan mampu memberi pendapat bernas dalam pelbagai isu sama ada membabitkan dunia hiburan, kerjaya, sukan hingga kepada model kereta terkini di pasaran.
Ini terbukti apabila dia mendakwa amat meminati lakonan Jessica Biel dalam filem I Now Pronounce You Chuck and Larry yang dianggapnya mempunyai daya tarikan seksual kepada lelaki selain Simon Cowell juri American Idol’s.
Dia tidak kekok bercakap mengenai kereta kegemarannya seperti Honda Civic Hybrid yang boleh menggunakan petrol atau bekalan elektrik selain bercerita mengenai kereta mewah model Audi Q7 atau BMW X5 yang berharga lebih setengah juta ringgit.
Selepas berbual lebih dua jam, penulis yakin kepetahan serta pengetahuan dimiliki gadis seperti Fara menjadi kelebihan serta daya tarikan utama kepada lelaki untuk mendampingi mereka.
Seorang lagi rakan Fara dikenali sebagai Sofea, 20-an yang dihubungi mengaku ada antara lelaki dikenali lebih gemar mengisi masa lapang atau berbual di bilik hotel sambil menonton televisyen.
Menurutnya, lelaki seperti itu hanya mahukan pelukan manja sepanjang malam selain mencurahkan isi hati serta masalah dihadapi.
“Untuk itu, kami tidak hanya perlu mempunyai penampilan menarik, malah bijak membelai jiwa lelaki seperti memicit bahu atau kepala mereka untuk ketenangan,” katanya.
Untuk kelihatan menarik, dia mengutamakan penampilan diri dengan memilih kosmetik berjenama seperti Clinique atau Lancome selain wangian Christian Dior. |
|
| |
nicky REGULAR
Age : 38 location : Kota Kinabalu Points : 12438 Reputation : 0 Number of posts : 256
| Subject: Re: Tidur boleh, seks jangan! 21/11/2007, 5:24 pm | |
| bodoh nyer pompuan.. ni mesti gara2 mau cari duit ni... tp bukan cam tu lah... |
|
| |
budaknakal66 REGULAR
Age : 40 location : Kajang Points : 12595 Reputation : 0 Number of posts : 429
| Subject: Re: Tidur boleh, seks jangan! 22/11/2007, 2:35 pm | |
| ala...dier nak ilangkan geli2 jer tu cik nicky...hehehehe |
|
| |
Satria Neo84 SENIOR
Age : 40 location : Labuan Points : 12648 Reputation : 0 Number of posts : 834
| Subject: Re: Tidur boleh, seks jangan! 25/11/2007, 9:56 pm | |
| Mcm 2 ke...... hehehehe..... |
|
| |
budaknakal66 REGULAR
Age : 40 location : Kajang Points : 12595 Reputation : 0 Number of posts : 429
| Subject: Re: Tidur boleh, seks jangan! 26/11/2007, 9:54 am | |
| da tu..nak wat camne lg...camtu la nak elak dr dpt risiko..btol x??? |
|
| |
bez_boy06 REGULAR
Age : 33 location : Labuan Points : 12410 Reputation : 0 Number of posts : 253
| Subject: Re: Tidur boleh, seks jangan! 26/11/2007, 10:08 am | |
| |
|
| |
Intan Nuraini SENIOR
Age : 33 location : labuan Points : 12430 Reputation : 0 Number of posts : 592
| Subject: Re: Tidur boleh, seks jangan! 28/11/2007, 10:44 am | |
| yela bez boy.. mestilah tak boleh... dosa tau... tak takut tu han ker???? |
|
| |
bez_boy06 REGULAR
Age : 33 location : Labuan Points : 12410 Reputation : 0 Number of posts : 253
| Subject: Re: Tidur boleh, seks jangan! 28/11/2007, 12:28 pm | |
| |
|
| |
andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12535 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Re: Tidur boleh, seks jangan! 3/12/2007, 3:07 am | |
| orait.. gud boi.. |
|
| |
vijay91hebat SENIOR
Countries/State : Age : 33 location : Labuan Points : 12782 Reputation : 0 Number of posts : 649
| Subject: Re: Tidur boleh, seks jangan! 3/12/2007, 9:58 am | |
| - bez_boy06 wrote:
- takut.............
hehehe...tau pn tkt... |
|
| |
SkYLinE bOY94 JUNIOR
Age : 34 location : labuan Points : 12404 Reputation : 0 Number of posts : 193
| Subject: Re: Tidur boleh, seks jangan! 4/12/2007, 9:55 pm | |
| - bez_boy06 wrote:
- takut.............
npa pla ko tkt ???? |
|
| |
Satria Neo84 SENIOR
Age : 40 location : Labuan Points : 12648 Reputation : 0 Number of posts : 834
| Subject: Re: Tidur boleh, seks jangan! 6/12/2007, 1:54 am | |
| Berdosa besar la klu lakukan benda2 yg xbaik....... |
|
| |
bez_boy06 REGULAR
Age : 33 location : Labuan Points : 12410 Reputation : 0 Number of posts : 253
| Subject: Re: Tidur boleh, seks jangan! 6/12/2007, 7:17 am | |
| betul cakap kau satria neo....... |
|
| |
nicky REGULAR
Age : 38 location : Kota Kinabalu Points : 12438 Reputation : 0 Number of posts : 256
| Subject: Re: Tidur boleh, seks jangan! 7/12/2007, 12:47 am | |
| |
|
| |
vijay91hebat SENIOR
Countries/State : Age : 33 location : Labuan Points : 12782 Reputation : 0 Number of posts : 649
| Subject: Re: Tidur boleh, seks jangan! 7/12/2007, 10:03 am | |
| |
|
| |
Satria Neo84 SENIOR
Age : 40 location : Labuan Points : 12648 Reputation : 0 Number of posts : 834
| Subject: Re: Tidur boleh, seks jangan! 8/12/2007, 12:36 am | |
| Jgn pandai2 nk lakukan jg......ingat 2.. |
|
| |
andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12535 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Re: Tidur boleh, seks jangan! 9/12/2007, 2:41 am | |
| |
|
| |
lentugi CONTRIBUTOR
Age : 37 location : RuNNow ~ Penampang Sabah Points : 12411 Reputation : 0 Number of posts : 1755
| Subject: Re: Tidur boleh, seks jangan! 19/12/2007, 9:45 pm | |
| wow ada jg service masam ni ka?? |
|
| |
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12364 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: Tidur boleh, seks jangan! 20/12/2007, 12:05 pm | |
| macam2 jak zaman skng nie.. |
|
| |
csilusz CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 41 location : Tambunan-lahad datu Tag ID: : SFC 03201 Points : 11998 Reputation : 0 Number of posts : 1494
| Subject: Re: Tidur boleh, seks jangan! 14/10/2008, 4:19 pm | |
| uiiinaaa???? ada ka nih d kk, mo cari nih heheheh |
|
| |
under18crew SIFU
Countries/State : Age : 33 location : Kota Belud Tag ID: : SFC 02544 Points : 13052 Reputation : 13 Number of posts : 16246
| Subject: Re: Tidur boleh, seks jangan! 14/10/2008, 5:24 pm | |
| buli thn nie ppuan..bkn pelacur nie..tebal imannya tau. |
|
| |
otai_queen MODERATOR
Countries/State : Age : 40 location : Kudat Tag ID: : SFC 03014 Points : 15190 Reputation : 25 Number of posts : 6310
| Subject: Re: Tidur boleh, seks jangan! 14/10/2008, 5:30 pm | |
| - under18crew wrote:
- buli thn nie ppuan..bkn pelacur nie..tebal imannya tau.
tu pun masih dikira ada iman ke? |
|
| |
vandalheart SENIOR
Age : 47 location : Papar, Sabah Points : 12266 Reputation : 6 Number of posts : 631
| Subject: Re: Tidur boleh, seks jangan! 14/10/2008, 5:34 pm | |
| bagus ni |
|
| |
under18crew SIFU
Countries/State : Age : 33 location : Kota Belud Tag ID: : SFC 02544 Points : 13052 Reputation : 13 Number of posts : 16246
| Subject: Re: Tidur boleh, seks jangan! 14/10/2008, 5:37 pm | |
| - otai_queen wrote:
- under18crew wrote:
- buli thn nie ppuan..bkn pelacur nie..tebal imannya tau.
tu pun masih dikira ada iman ke? iya lh..dia x jga c biar dri dia d perkosa..hihi. |
|
| |
otai_queen MODERATOR
Countries/State : Age : 40 location : Kudat Tag ID: : SFC 03014 Points : 15190 Reputation : 25 Number of posts : 6310
| Subject: Re: Tidur boleh, seks jangan! 14/10/2008, 5:38 pm | |
| - under18crew wrote:
- otai_queen wrote:
- under18crew wrote:
- buli thn nie ppuan..bkn pelacur nie..tebal imannya tau.
tu pun masih dikira ada iman ke? iya lh..dia x jga c biar dri dia d perkosa..hihi. ooo.... mcm tu ke? hehehe.... |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Tidur boleh, seks jangan! | |
| |
|
| |
| Tidur boleh, seks jangan! | |
|