First topic message reminder :Secara hormat dan ikhlas saya ingin menasihati rakan2 yg dikasihi di sioloon.com ini. TOLONG jangan untuk percaya 100% iklan jawatan kosong di www.jobmalaysia.gov.my . kenapa? BUKAN untuk memburukkan agensi kerajaan tersebut, tetapi penipuan sepatutnya boleh dielakkan sebelum ianya terjadi kepada orang awam. isu yg saya tekankan di sini adalah tentang mailbox yg diterima dari oleh tunang saya daisydora amira , di http://www.jobmalaysia.gov.my . lihat lampiran di bawah (copy & paste dari mailbox beliau)
isi kandungan yg ada dalam mailbox tersebut seperti di bawah
MOHD ROSMAN BIN ABDULLAH
Setiausaha Persekutuan Sabah
Jabatan Perdana Menteri Malays
Tingkat 7, Rumah Persekutuan
88592
KOTA KINABALU
SABAH
No. Telefon : 0198104734
No. Fax : 088 242445
Laman Web :
Butiran Kekosongan
Nama Jawatan : Kerani Pentadbiran
Keterangan Kekosongan : Temuduga terbuka di Pejabat Tenaga Kerja
Tarikh:25-26.10.2009
Masa: 10.00 pagi - 4.00 petang
Tempat: Pengarah Buruh Sabah
Jabatan Buruh,
Tingkat 4, Blok E, Bangunan KWSP,
Status Jawatan Kosong : Tetap
Bilangan Kekosongan : 15
Tempat Kerja :
Negeri : SABAH
Daerah : KOTA KINABALU
Tarikh Tutup Permohonan : 02 Disember 2009
Pekerjaan Ini Sesuai Untuk : Lepasan Sekolah/IPT
Waktu Bekerja : Normal
Gaji Ditawarkan : RM 1500
Jantina : Lain-lain
Taraf Perkahwinan : Tidak Memilih
Kemudahan :
Pengangkutan
Penginapan
Pakaian Seragam
Subsidi
Insurans
Perubatan
Riadah / Rekreasi
Pusat Penjagaan Kanak-kanak
Pegawai untuk Dihubungi
Pegawai Untuk Dihubungi : EN AZMAN
No. Telefon 1 : 0133016281No. Telefon Bimbit 1 :
Pegawai Untuk Dihubungi :
No. Telefon 2 :
No. Telefon Bimbit 2 :
Setelah membaca email ini, siapa tidak mahu gaji yang agak lumayan dan mendapat respon status
"penempatan" , lebih2 lagi ianya dari
website kerajaan (.gov) tapi apa yg membuat kemuskilan di sini.penama tersebut meminta duit deposit sebanyak RM500.00 sebagai deposit menyewa rumah di king fisher. pada masa itu, tunang saya telah pergi ke alamat yg tertera di atas iaitu jabatan perdana menteri tingkat 7 di putra jaya sabah. sungguh menghampakan , apabila tunang saya ingin naik ke pejabat , penama yg menawarkan pekerjaan tersebut menelefon tunang saya bahawa tidak perlu naik ke office dengan alasan "bos saya marah" . bertambah lagi kekeliruan di situ. Dengan nekad , tunang saya telah naik sendiri ke pejabat jabatan perdana menteri tanpa menunggu penama tersebut. apabila sampai di jabatan perdana menteri didapati penama tersebut tiada dalam senarai kakitangan. dapat dilihat penipuan telah berlaku. dengan hampanya tunang saya menghubungi saya bahawa jawatan tersebut tidak wujud.
apabila waktu balik kerja saya berjumpa dengan tunang saya dan rasa tidak puas hati membuatkan saya bertindak sendiri untuk cuba menghubungi no telefon yg diberi (
013-3016281 < azman>) . sebelum itu, saya menyuruh tunang saya untuk membuat satu msg bagi meminta no acc yg perlu untuk transition deposit . (memancing supaya beliau memberi no acc agar dapat mengesan nama penuh dan no acc ) tidak sampai 5 minit, telefon tunang saya berdering , melihat screen no hp "penyangak" tersebut terpapar . saya tidak melengahkan masa lalu menjawab , kedengar suara lelaki berloghatkan semenanjung bercakap dan menyebut nama tunang saya. Dengan perasan saya yg masih geram lalu menyoal beliau " kamu ni menipu saja, saya akan buat laporan polis" dan balasan yg saya terima maki hamun " pu**ma kau b*b*" dengan loghat sabahan tulen serentak itu meletak telefon.
apa yg saya ingin sampaikan di sini agar ada pihak yg mempunyai kuasa untuk melakukan sesuatu sebelum kejadian ini berleluasa, membaca artikel saya ini. lebih2 lagi kes ini melibatkan nama baik jabatan perdana menteri (jadi sasaran) dan juga jabatan tenaga buruh (pegelolah website http://www.elx.gov.my @ jobmalaysia.gov.my) timbul juga persoalan kemungkinan server kerajaan telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab. oleh itu, tindakan sewajarnya perlu diambil dengan kadar segera sebelum ianya parah.
regards
menuntut keadilan untuk semua