Petua 1
Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak
. Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya
anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa
keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah
sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan
gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat
-tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan
air biasa. Insya-Allah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.
Petua 2
Campurkan
beberapa sudu tepung ubi kayu dengan air asam jawa . Kemudian sapukan
ke muka anda . Amalkan setiap masa seperti anda menggunakan bedak sejuk
. hasilnya , muka anda akan bertambah cerah dan lembut serta tidak
berjerawat lagi.
Petua 3
Giling
beras dan daun ini sehingga lumat. Bulatkan adunan tersebut sebesar
duit lima sen dan jemur sehingga kering . Apabila hendak menggunakannya
, titis sedikit air limau nipis dan sapu pada muka menggunakan belahan
ubi kentang .
Petua 4
Ambil
3 jenis akar kayu iaitu akar bunga melur , akar bunga cina dan akar
kitam guri serta seketul kemenyan . Jika sukar mendapatkan ketiga-tiga
akar ini , memadailah dengan dua jenis sahaja . Semua akar ini diasah
di buntut pasu dengan sedikit air . Sapukan ke muka sebagai bedak sejuk
. Jika anda suka , boleh juga dicampurkan dengan bedak sejuk atau
dengan lendir daun lidah buaya . Selain diasah , ia boleh juga
dikeringkan kesemua akar itu dan dikisar bersama kemenyan tadi .
Petua 5
Parut
temu lawak mengikut keperluan , kemudian campurkan dengan sedikit gula
melaka . Ambil 3/4 suku gelas air masak dan campurkan dengan sedikit
asam jawa dan 3 biji bawang merah yang ditumbuk lumat . Bancuh kesemua
bahan tadi sehingga sebati , kemudian tapis . Minumlah airnya beberap
kali , kemudian barulah dirawat kulit muka anda dengan petua lain yang
telah diberikan .
Petua 6
Ambil sedikit asam
jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan
dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati , sapu
ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian
ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan ,
muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .
Petua 7
Parut
jagung muda dan sapukan ke muka anda . Biarkan beberapa minit kemudian
basuh hingga bersih . Selepas itu , sapukan lagi muka dengan jagung
muda tadi . Kali ini biarkan hingga ke hari esoknya .
Petua 8
Basuh
muka dengan air suam , kemudian gosoklah muka dengan tomato masak .
Biarkan ia kering sendiri . Selepas itu bilas muka anda dengan air suam
.
Petua 9
Ambil
air didihan nasi yang pekat dan sapukan ke seluruh muka . Biarkan
kering dan jangan menggerak-gerakkan muka . Apabila kering , bilas
dengan air bersih atau jika ingin cepat berkesan , bilas dengan air
suam . Jika diamalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut , anda
akan lihat kesannya. Kulit muka anda akan bertambah bersih dan lembut .
Petua 10
Giling
sedikit ibu kunyit , daun pegaga , pucuk daun asam jawa , beberapa
kelopak bunga mawar dan sedikit beras yang sudah direndam selama dua
malam . Apabila halus , bulat-bulatkan dan jemur sehingga kering . Jika
hendak digunakan , hancurkan dengan air dan sapu ke muka sebelum tidur
supaya liang roma kulit muka tidak ditutupi sebarang lapisan .
Petua 11
Tumbuk
lumat rumput gelang sambal yang dibersihkan dengan air hujan dan
dicampurkan dengan tepung beras sehingga sebati serta keringkan . Ia
boleh dibuat bedak . Bersihkan kulit muka sebelum memakai bedak ini .
Buat begini setiap pagi dan malam . Kesannya tentu memuaskan hati anda
. Insya-Allah .
Petua 12
Amalkan
memakai bedak sejuk dicampurkan dengan daun bunga tanjung yang ditumbuk
lumat bersama sedikit kapur . Kacau semua bahan ini sehingga sebati
kemudian sapukan ke muka setiap malam sebelum tidur . Jika selalu
diamalkan jerawat akan kering dan pupus .
Petua 13
Ambil
segenggam pucuk jambu batu dan uparkan (seperti menggulung) di tapak
tangan . Selepas itu , gosokkan ke muka hingga ke leher . Biarkan
beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air
sejuk dan bolehlah anda mandi (jika mahu) .
Petua 14
Jerawat sering menimbulkan banyak masalah kulit terutama pada kulit
muka. Jeragat pula kalau tak dijaga boleh merebak dan menampakkan kulit
kita menjadi hitam. Kedua-dua perkara ini boleh menyebabkan resdung
yang teruk. Kita atasi masalah ini dengan mengurang/membersihkan
jerawat. Ambil sedikit daun penggaga tumbuk sehingga lumat kemudiannya
dicampurkan dengan bedak sejuk. Bedak sejuk yang elok dibeli dari
Langkawi buatan pribumi itu sendiri. Memang baik dan berkualiti.
Kemudian pakaikan pada seluruh muka. Anda duduk senyap2 dan jangan
bercakap. Anda akan rasakan kulit muka anda menjadi tegang. Kalau yang
tempat ada jerawat ianya akan menjadi kering. Lebih kurang 30minit cuci
dengan air suam. Lihatlah kesannya muka akan berasa licin dan bersih.
Jeragat pula akan hilang sedikit demi sedikit akbit kesan dari
penggunaan daun penggaga itu. Lakukan
3x seminggu insyaAllah muka anda tidak akan ada masalah lagi.
Petua 15
Gunakan
uncang Teh -Teh herba memang baik untuk kesihatan. Selepas kita minum
air rendaman teh ini, uncang nyer jangan dibuang. -Ambil uncang teh
ini, pastikan kelembapannya tidak terlalu berair dan tekapkan ke
jerawat. -Biarkan lebih kurang 10 minit, kemudian basuh lah muka tu.
-Amalkan sebelum tidur dan InsyaAllah, bila bangun dari tidur kita akan
dapat melihat kesannya di mana jerawat ini akan kecut dan jika
diamalkan selalu, jerawat akan hilang. InsyaAllah....