First topic message reminder :
SERIBU alasan atau permohonan maaf belum pasti dapat membasuh
keterlanjuran kata yang mengguris perasaan sebilangan besar penonton.
Pernyataan ini mungkin emosional. Namun, sebagai pemain industri hiburan, kenyataan Paul Moss
yang menyifatkan pemilihan karakter Upin & Ipin sebagai pemenang TV
& Film Best On Screen Chemistry Award pada malam Shout! Awards 2009
sebagai tindakan ***** adalah keterlaluan.
Barangkali dua karakter itu tidak membawa apa-apa makna kepadanya.
Bagaimanapun, kepada sebahagian besar masyarakat Malaysia, Upin &
Ipin melambangkan karakter yang bersifat kebangsaan.
Kekuatan watak yang dipersembahkan Les Copaque itu begitu menjadi, meletakkan mereka sangat dekat di hati masyarakat.
Justeru, menafikan pilihan penonton sekali pun dalam bentuk gurauan (jika itu alasan diberikan Paul Moss) adalah sesuatu yang tidak wajar.
Lebih-lebih lagi kenyataan itu dibuat dalam program siaran langsung. Paul Moss perlu lebih peka dan sensitif. Jangan terlalu angkuh memberikan pendapat.
Malah sepanjang bergelar pengkritik program realiti, Malaysian Idol dan
One In A Million, pernah beberapa kenyataan yang dibuatnya seakan
cenderung bersifat perkauman.
Kepada Paul Moss,
bersihkan hati dan buka minda kerana bakat anak Malaysia juga setara,
malah ada yang lebih bagus, cuma kehebatan mereka tidak terlalu
digembar-gemburkan.