SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Info mengenai Ruam Kulit  dan Masalah Kulit Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Info mengenai Ruam Kulit  dan Masalah Kulit Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Info mengenai Ruam Kulit dan Masalah Kulit

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
m_hafiz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
m_hafiz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : Borneo Paradise,)mcm d kK,)
Tag ID: : SFC 05031
Points : 12556
Reputation : 7
Number of posts : 1146

Info mengenai Ruam Kulit  dan Masalah Kulit Empty
PostSubject: Info mengenai Ruam Kulit dan Masalah Kulit   Info mengenai Ruam Kulit  dan Masalah Kulit Icon_minitime4/3/2010, 8:38 am

Terdapat beberapa jenis ruam kulit berserta penyebab dan rawatannya.Rawatan tidak akan mendatangkan kesan sekiranya penyebab ruam tersebut tidak dihapuskan terlebih dahulu.

Apakah ruam kulit?

Ia merupakan gangguan kulit yang bersifat
sementara. Kulit akan menjadi merah disebabkan kesesakan kapilari. Ruam ini
terjadi dalam berbagai-bagai bentuk dan ukuran. Sesetengah daripadanya
berbentuk lepuh yang gatal, berbintil-bintil/bengkak-bengkak, bertompok-tompok
merah dan berkulit kasar.
Sebahagian kecil daripadanya memerlukan rawatan perubatan.

Ruam kulit yang biasa

Keadaan atau Penyakit

Penyebab

Rupa bentuk ruam

Kawasan kulit yang
dijangkiti


Gejala-Gejala lain

Penjagaan Sendiri

Ruam lampin

Kulit bersentuhan
terlalu lama dengan air kencing, najis dan bahan- bahan kimia tertentu


Ia kelihatan merah, sedikit kasar, berkerak dengan garisan sempadan
tompok yang jelas. Selalu terjadi bertompok-tompok diikuti dengan
binti-bintil kecil diluar kawasan terjangkit.


Kemaluan, punggung, kelangkang dan peha

Kerengsaan, terasa sakit, gatal, bengkak kecil

Hapuskan segala punca atau penyebabnya. Sapu krim anti-keradangan dan
anti kulat. Jangan menggunakan sabun pada ruam lampin


Tinea pedis

Jangkitan kulat

Pecah-pecah, mengelupas, berkerak, lepuh mengeluarkan air bisa, kulit
kering dan pecah. Kelihatan keputihan dan lembab. Kulit menebal dan
berkeruping, kuku pecah-pecah.


Di celah-celah ibu
jari kaki


Gatal, berbau yang tidak menyenangkan, terasa sakit dan kerengsaan

Rawatan dengan ubat anti kulat (dapatkan nasihat doktor atau pegawai
farmasi).


Cradle cap (Kudis di
kepala)


Hormon yang memasuki
uri sebelum kelahiran, terlekat di kepala bayi dan tidak dicuci dengan baik
dan sentiasa menutup kepala bayi.


Berminyak, berkeruping berwarna kekuningan, selalunya kelihatan
merah.


Jangkitan bermula dari belakang telinga dan merebak hingga ke kulit
kepala.


Kerak-kerak halus dan kerengsaan.

Basuh kepala setiap hari dengan sabun berubat. Cuci dan bersihkan
segala kelemumur dan kerak di kepala.
Lap dengan tuala yang direndam dalam air suam.
Dedahkan kepala kepada udara dan matahari.


Ruam panas ( Prickly
heat)


Kelenjar peluh
tersumbat oleh habuk dan kepanasan


Jerawat kecil berwarna
merah. Terdapatnya lepuh yang berwarna merah jambu di atas kulit.


Dada, di belakang , pinggang, ketiak dan kemaluan.

Gatal-gatal (mungkin kesan dari demam).

Elakkan dari kepanasan. Mandi dengan air sejuk. Sapu losyen Calamine.

Rubela

Virus Rubela (boleh
dicegah dengan suntikan vaksin)


Ruam leper
bertompok-tompok merah jambu


Muka, leher, badan dan di kelenjar-kelenjar yang lembut

Mudah berjangkit mulai dari hari ke tujuh sebelum timbulnya ruam
sehinggalah 7 hari selepas itu


Rawat demam dengan ubat parasetamol. Elakkan dari berdampingan dengan
wanita hamil.
Minum lebih banyak air dan berjumpalah doktor.

Ekzema (Atopic
dermatitis)


Bahan alergen (boleh berlaku di kalangan keluarga yang menghidap
alahan).


Kering, merah, dengan lepuh yang kecil dan berair. Kulit pecah-pecah,
lepuh dan mengeluarkan air serta berkerak. Jika digaru kulit akan menjadi tebal
dan kasar.


Pada bayi: ia bermula di lengan, kaki dan pipi; Bagi kanak-kanak yang
lebih dewasa; terjadi di leher, lengan, lutut dan siku.


Gatal-gatal (bermula
gatal-gatal kemudian timbulnya ruam selepas beberapa jam atau beberapa hari
kemudian).


Berjumpalah doktor untuk didiagnos dan dirawat













Cacar air

Virus Herpes zoster
(kayap)


Tompok-tompok kecil berwarna merah yang banyak dan terasa gatal. Kemudian ia akan
bertukar menjadi jerawat kecil dan akhirnya membentuk keruping.


Bermula di belakang badan, dada dan perut kemudian di seluruh badan.

Demam ringan 24 jam
sebelum timbulnya ruam.
Kemudian diikuti
dengan terasa sangat gatal


Rawat demam dengan ubat parasetamol. Jika keruping dijangkiti, sapu
dengan Gentian violet atau krim antibiotik di tempat yang gatal.
(dapatkan nasihat
doktor atau pegawai farmasi).


Psoriasis

Tidak diketahui
sepenuhnya. Boleh terjadi di dalam keluarga.


Bintil-bintil merah,
tebal dan kasar diselaputi keruping berwarna putih atau perak.


Kulit kepala, bulu mata, tangan, kuku, siku, lutut dan punggung. Boleh juga berlaku di
mana-mana bahagian badan.


Terasa gatal sedikit

Berjumpa doktor jika disyaki menghidap psoriasis.

Impetigo

Jangkitan bakteria
pada kulit


Timbulnya kudis yang berkeruping kekuningan serta berkilat

Selalu terjadi di muka kanak-kanak, terutama di sekeliling mulut.

Kadangkala diserang demam diikuti dengan terasa gatal-gatal.

Berjumpalah doktor.

Ruam gatal(hives)

Tindak balas alahan
terhadap makanan, jangkitan virus, ubat, gigitan serangga atau bahan-bahan
lain.


Tompok yang menebal dan membonjol seperti sengatan lebah. Ia akan
timbul dan hilang dan berubah dari satu tempat ke satu tempat lain.


Mana-mana bahagian

Teramat gatal, bagi
kes yang teruk boleh menyebabkan kesukaran bernafas, bengkak tekak
(memerlukan rawatan kecemasan).


Mandi dengan air sejuk
atau tuam dengan sesuatu yang sejuk. Jika kegatalan yang dialami sangat
teruk, dapatkan ubat antihistamin seperti Chlorpheniramine.
Berjumpalah doktor sekiranya gejala semakin teruk.


Penjagaan sendiri


Sebelum mengambil apa-apa rawatan, adalah penting anda mengetahui punca sebenar terjadinya ruam tersebut. Ini akan membantu anda memilih rawatan yang betul.Tetapi anda dinasihatkan supaya berjumpa doktor, sekiranya:

  • Anda tidak begitu pasti penyebabnya.
  • Ruam diikuti dengan demam.
  • Ruam meliputi kawasan yang luas.
  • Terdapat sejarah menghidap ruam
    kulit dalam keluarga.

  • Anda merasa tidak selesa.
  • Ia mengeluarkan cecair,
    berdarah atau bernanah.

  • Anda merasakan ia boleh berjangkit.
  • Ia tidak sembuh dalam masa 3 hari selepas anda cuba merawat
    sendiri.

Pencegahan

Jadikan ini sebagai amalan jika anda
mempunyai kulit yang sensitif:


  • Memakai sarung tangan ketika
    membasuh atau membuat kerja-kerja rumah.

  • Gunakan sabun yang lembut untuk
    membasuh pakaian dan membilasnya dengan sempurna.

  • Gunakan krim pelindung sebelum bekerja dengan sesuatu yang basah. (contoh: air, pelarut dan
    sebagainya).

  • Pakai pakaian yang dibuat 100% daripada kapas untuk kulit yang
    sensitif.

  • Gunakan salap atau krim pengemulsi daripada menggunakan sabun
    untuk membersihkan dan melembapkan kulit anda (dapatkan nasihat pegawai
    farmasi).

  • Pastikan kuku jari anda pendek untuk mengurangkan kerosakan kulit
    akibat menggaru.

Back to top Go down
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 34
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18887
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Info mengenai Ruam Kulit  dan Masalah Kulit Empty
PostSubject: Re: Info mengenai Ruam Kulit dan Masalah Kulit   Info mengenai Ruam Kulit  dan Masalah Kulit Icon_minitime14/11/2010, 8:28 pm

thanks 4 da info bro...byk jg jnis2 pnyakit kulit ni rpanya....aduii....
Back to top Go down
Fredy Yeong
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Fredy Yeong

Male
Countries/State : Sabah
Age : 28
location : LDU - TWU - SDK
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC 17293
Points : 11374
Reputation : 12
Number of posts : 1072

Info mengenai Ruam Kulit  dan Masalah Kulit Empty
PostSubject: Re: Info mengenai Ruam Kulit dan Masalah Kulit   Info mengenai Ruam Kulit  dan Masalah Kulit Icon_minitime20/12/2010, 1:56 pm

owh......baru sya taw...
Back to top Go down
Sponsored content




Info mengenai Ruam Kulit  dan Masalah Kulit Empty
PostSubject: Re: Info mengenai Ruam Kulit dan Masalah Kulit   Info mengenai Ruam Kulit  dan Masalah Kulit Icon_minitime

Back to top Go down
 

Info mengenai Ruam Kulit dan Masalah Kulit

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: BULETIN KESIHATAN :: Informasi & Isu Terkini-
Jump to: