SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
umno gagal bela melayu.. Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
umno gagal bela melayu.. Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 umno gagal bela melayu..

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
otai
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
otai

Male
Countries/State : Australia
Age : 42
location : Kudat Sabah
Tag ID: : 999999
Points : 12598
Reputation : 0
Number of posts : 1159

umno gagal bela melayu.. Empty
PostSubject: umno gagal bela melayu..   umno gagal bela melayu.. Icon_minitime16/9/2007, 12:01 am

UMNO
GAGAL MEMBELA NASIB ORANG MELAYU


DAN
AGAMA ISLAM - SIRI 2


Oleh
Tun
Telanai
- Laman M@RHAEN





UMNO [UNITED
MONKEYS NATIONAL ORGANISATION
- nama baru]
ditubuhkan pada 11 Mei 1946 selepas 8 bulan Sir Harold Mac Micheal yang
membawa gagasan Malayan Union bertujuan menghapuskan kuasa Raja-raja dan
manjadikan Persekutuan Tanah Melayu sebagai tanah jajahan British. Orang-orang
Melayu-Islam lebih awal bangun menentang penjajahan British iaitu di tahun-tahun
20an, 30an dan awal 40an sehingga Jepun menyerah kalah dan British kembali
semula ke Malaya, baharulah UMNO ditubuhkan.

Sumbangkan yang
diberikan oleh Kesatuan Melayu Singapura [ditubuhkan pada 1926 oleh Eunos
Abdullah], Kesatuan Melayu Selangor[ditubuhkan pada 1938 oleh Tengku Ismail
Tengku Mohd.Yassin], Persatuan Melayu Perak [ditubuhkan pada 1937 oleh
Wan Mohd. Noor Wan Nasir], Kesatuan Melayu Muda [ditubuhkan 1938 dipimpin
oleh Ibrahim Yaakob], Parti Kebangsaan Melayu Malaya yang diketuai oleh
Dr.Burhanuddin Al-Helmi bersama-sama dengan Ishak Hj. Mohamad, Angkatan
Pemuda Insaf yang dipimpin oleh Ahmad Boestamam, PUTERA, Parti Malaya Merdeka
dan lain-lain lagi yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan tulin.

Tetapi, negara
ini diperintah oleh orang yang sangat ‘gilakan’ kuasa, maka peranan pemimpin-pemimpin
dan pertubuhan-pertubuhan terdahulu dipadamkan daripada lipatan sejarah.
Saya yakin pada suatu hari nanti apabila golongan IBLIS? dalam UMNO ini
dan UMNO itu sendiri akan menemui ajalnya, adalah diharapkan Allah memunculkan
seorang tokoh yang berakhlak dan memegang kuat ajaran agama [tidak seperti
yang ada sekarang seperti Ramlah Adam dan beberapa professor sejarah-pentingkan
pangkat dan kedudukan]? melakarkan semula sejarah Tanah Air tanpa ada prajudis
mahupun terhadap UMNO. Insyaallah.

1. Pemimpin
UMNO pengkianat bangsa

50 tahun merdeka
UMNO gagal melahirkan pemimpin yang berwibawa, yang ada intergriti dan
akauntabilti. UMNO hanya berjaya menghasilkan pemimpin yang kurop, pentingkan
diri, kroni dan kenalan. Artikal saya dalam laman Marhaen menceritakan
secara jelas terdapat tokoh-tokoh besar UMNO yang terpalit dengan tuduhan
rasuah dan menyalahguaan kuasa [http://marhaen.ngepeng.com/mar_b_tun_telanai80.html]
menyebabkan rakyat hilang tempat bergantungan untuk mengadu menyelasaikan
berbagai masalah yang mereka hadapai.

Rakyat terpaksa
menunggu dan berdoa semoga wakil rakyat yang ada itu meninggal dunia atau
meletakkan jawatan kerana masalah kesihatan atau sebagainya, baharulah
ada para pemimpin berduyon-duyon akan datang menjenguk dan mengambil tahu
mengenai masalah yang mereka hadapi, pemimpin akan berlakon jadi lebih
pemurah dan pembangunan akan dicurahkan bernilai berbillion-bilion ringgit
seperti yang apa berlaku di Ijok sekarang ini [selepas rasuah pilihanraya
kecil berlaku di Kuala Berang, Terangganu, Permatang Pasir, Kelantan, Batu
Talam, Pahang dan Machap, Melaka]. Bagaimana pula kawasan-kawasan yang
ADUNnya sihat wal’afiat. Nasib rakyat tidak terbela. Dibelenggu dengan
lingkaran ganas kemiskinan.

Sejarah telah
mencatatkan pelbagai kisah bagaimana sesebuah kerajaan runtuh dan lenyap
kerana pemerintah ketika itu hanya dikelilingi oleh pembodek dan pengampu
yang bermulut manis dan berperangai seperti itik jawa, ianya pandai mengangguk
dan mengiakan apa-apa sahaja yang keluar dari mulut pemimpin bagi menjaga
kepentingan diri. Takut untuk bercakap benar. Pemimpin pula tidak ingin
langsung dan tidak bersikap proaktif untuk mendengar rintihan rakyat. Apa
yang mereka inginkan ialah rakyat mendengar dan mengikut sahaja. Rakyat
tidak boleh menyoal dan mengkritik. Andai kata ada yang berani menegur
kerajaan ketika itu juga ia akan dipancung.

Malaysia mengamalkan
pemilihan kerajaan melalui proses demokrasi konon-kononnya. Rakyat memilih
kerajaan yang diinginkan mereka [sebenarnya rakyat dipaksa memilih UMNO/BN
berlaku dengan berbagai cara dan kaedah rujuk kes di Ijok [juga di Machap,
di Batu Talam, Permatang Pasir dan Kuala Berang] sekarang ini melalui parti-parti
politik, peti undi dan pilihanraya. Parti yang menang dan memperolehi kerusi
majoriti membentuk kerajaan. Tugas mana-mana parti sekalipun yang menjadi
kerajaan melalui proses demokrasi mesti melaksanakan konsep atau teori
utilitarian. Teori ini mengatakan: Negara mesti memberikan kebahagiaan
dan kesejahteraan untuk rakyat terbanyak yang memilih mereka dan menyediakan
pelbagai prasarana, peralatan, kemudahan untuk kesejahteraan rakyat dan
mengurangkan keperitan dan kepayahan. Teori ini UMNO tidak mengamalkannya.
Ia betindak zalim terhadap rakyat yang tidak menyokongnya dalam pelbagai
sektor. Dalam pada itu, UMNO juga bertindak zalim terhadap amalan demokrasi
yang diwar-warkannya

Terdapat tiga
perkara yang bersangkut-paut dengan sifat kepimpinan, sebagai penyebab
kedudukan orang semakin teruk. Pertama, para pemimpin tidak mempunyai keazaman
politik [political will] yang cukup kuat untuk membela nasib rakyat miskin,
walaupun retorik membela Melayu cukup kuat kedengaran termasuk di Perhimpunan
Umno. Kedua, pemimpin UMNO yang jadi pemerintah tidak mempunyai tenaga
untuk membendung [malah gemar menaikan harga minyak, tol, kadar tarif air
dan elektrik untuk menyelesaikan masalah ekonomi secara mudah dan berbelanja
tidak berhemat], apatah lagi berkeboleh untuk menyekat kuasa pasaran yang
boleh memiskinkan lagi golongan miskin Melayu dan kaum lain. Dan yang ketiga,
para pemimpin UMNO/BN kebanyakannya lebih mengutamakan kepentingan peribadi,
keluarga dan suku-sakat mereka sahaja, dibiarkan rakyat bergeladangan keseorangan.




2. Kedudukan
ekonomi orang Melayu yang lemah angkara kianat UMNO

Kedudukan ekonomi
orang Melayu masih lemah walau pun sudah 50 tahun kita merdeka berbanding
dengan kaum lain akibat angkara pemimpin UMNO yang rakus merompak dan memfaraidkan
harta rakyat sesama sendiri mereka yang berkuasa, rakyat terbanyak hanya
menelan air liur dan mulut ternganga menanti lalat masuk.

Sasaran 30 peratus
pemilikan ekuiti korporat bumiputera di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB)
gagal mencapai matlamatnya.? Perkara ini diakui sendiri oleh para pemimpin
UMNO yang menentang hasil kajian yang dibuat oleh Institut Kepimpinan dan
Strategi Asia (Asli) menganggarkan bahawa matlamat DEB sudah tercapai angkanya
di sekitar 45 peratus, berdasarkan pada perangkaan Bursa Malaysia bagi
bulan September 2005. Kajian tersebut yang bertajuk “Pengagihan Ekuiti
Korporat – Trend Masa lalu dan Dasar Akan Datang’ – menganggarkan bahawa
70 peratus pemilikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dianggap sebagai
milik bumiputera. sebagai milik bumiputera.

D perhimpunan
agung Umno ke-56, Ketua Pemudanya, Hishammuddin Hussein, mengangkat keris
menuntut hak bumiputera untuk diteruskan DEB kerana ekuiti mereka hanya
di antara 18.9 peratus hingga 19.4 peratus. DEB telah disalahgunakan dengan
meluas dalam pelbagai cara. Semua orang tahu semua Ketua Bahagian Umno
berpeluang mendapat kontrak dari kerajaan bagi mengumpul dana untuk membiayai
aktiviti politik mereka. Malah dalam banyak kes, mereka tahu berapa jumlah
yang perlu ditawarkan untuk merebut sesuatu kontrak itu. Kerap berlaku
mereka tidak tahu apa-apa tentang projek berkenaan dan ini menyebabkan
mereka dijadikan “orang depan” oleh bukan bumiputera yang mahukan projek
tersebut. Akhirnya ini menjadi satu tabiat dan norma.

Sekarang ini,
seluruh negara telah rosak. Malah kalau kita teliti pertelagahan antara
Tun Dr Mahathir dengan Datuk Seri Abdullah sekarangpun, ia tertumpu kepada
soal pengagihan kontrak, bukannya tentang nasib orang miskin yang semakin
hari semakin terpinggir. Perdebatan antara kedua-dua pemimpin ini tidak
sedikitpun menyentuh nasib orang miskin di Sabah, umpamanya, di mana statistik
menunjukkan kadar kemiskinan amat tinggi di negeri itu. Ketara sekali DEB
telah dijadikan alat untuk meraih pendapatan tanpa perlu berkerja. Kelompok
tertentu [golongan UMNOPUTRA] mendapat pendapatan secara percuma daripada
hubungan mereka dengan kerajaan. Akibat dari gejala ini, perbelanjaan kerajaan
dibazirkan dan pembayar cukai tidak mendapat nilai dari perbelajaan yang
dibuat itu.

DEB pada peringkat
awalnya berjaya melahirkan institusi bumiputera yang kukuh dan berjaya
seperti PNB, Tabung Haji, Felda dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Hingga
kini pun semua institusi ini terus bergerak maju tetapi malangnya DEB tidak
dikemaskinikan sejajar kejayaan institusi-institusi tersebut. Kerajaan
cuba menggunakan DEB untuk melahirkan tokoh korporat bumiputera dan usahawan.
Tetapi di manakah mereka yang kononnya tokoh korporat dan usahawan itu?
Kalau kita namakan tokoh korporat bertaraf dunia, mana dia nama orang Melayu
atau bumiputera? Kita akan temui nama seperti Ananda Krishnan, Yeoh Tiong
Lay, Ling Goh Tong, Robert Kuok, Yeoh YTL, Vincen Tan, Lim Goh Tong, Erik
Chia, Quek Lian Chan, Loy Hean Heong dan lain-lain lagi. Orang-orang bukan
Melayu menjadi bertambah kaya raya kerana mereka pandai dan mempunyai hubungan
rapat dengan pemimpin. Mereka mendapat pelbagai projek.

Banyak syaraikat-syarikat
dan agensi kerajaan yang untung sebelum diswastakan telah mengalami kerugian
dan terpaksa kerajaan ambilalih semula seperti MAS, Syarikat Perkapalan
Berhad, IWK, STAR, TNB, Renong, DRB-HICOM, RHB, UEM dan sebagainya. Ini
disebabkan orang-orang yang diberi peluang ini tidak mempunyai kepakaran
hanya pandai bodek pemimpin.

Mana pergi nama-nama
Melayu tersohor satu ketika dulu seperti Rashid Hussain, Tajudin Ramli,
Halim Saad, Wan Azmi Wan Hamzah, Omar Shah dan lain-lain yang ternama hilang
tanpa berkubur dalam arena korporat.

Dalam satu kajian
yang dijalankan dapati sejak dari tahun 1980-an dan 90-an lagi, penerima
utama faedah DEB ialah bukan bumiputera. Buktinya, banyak syarikat pembinaan
bukan bumiputera berkembang menjadi syarikat besar dengan urusniaga berjuta-juta
ringgit setahun. Tetapi hingga kini mereka kekal sebagai sub-kontraktor
di negara ini. Mengapa ini berlaku, kalau kita analisis secara sinis, kontraktor
bukan bumiputera ini telah berjaya menggunakan orang Melayu untuk mendapatkan
kontrak untuk mereka, walaupun kontrak itu sekadar di sub-kontrakkan, namun
mereka yang untung besar.

Kemiskinan di
Perak dan Terangganu mengarasi Kelantan. Bilangan isi rumah di dalam kategori
miskin tegar di Perak, Kedah, Terengganu, Sabah dan Sarawak, ternyata lebih
besar dari negeri Kelantan. Angka ini terkandung dalam kertas EPU, Jabatan
Perdana Menteri yang ditaklimatkan kepada negeri-negeri, di bawah tajuk
‘Program Pembasmian Kemiskinan RMKe-9’. Bilangan isu rumah dalam kategori
miskin tegar mengikut negeri-negeri adalah seperti berikut:

1.
Sabah - 32,297


2.
Terengganu - 8,300


3.
Perak - 5,730


4.
Sarawak - 5,243


5.
Kedah - 4,938


6.
Kelantan - 3,550
Back to top Go down
MiRA_TaSHa
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
MiRA_TaSHa

Female
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 00002
Points : 13026
Reputation : 0
Number of posts : 2047

umno gagal bela melayu.. Empty
PostSubject: Re: umno gagal bela melayu..   umno gagal bela melayu.. Icon_minitime16/9/2007, 1:42 am

mmg sabah paling tggi.... dorang nyer kempen bukan main hebat lagikk... takkan nak bantu org tuh tak leh...
Back to top Go down
http://www.tagged.com/mira_tasha
arep
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
arep

Male
Age : 39
location : Malaysia
Points : 12653
Reputation : 0
Number of posts : 1160

umno gagal bela melayu.. Empty
PostSubject: Re: umno gagal bela melayu..   umno gagal bela melayu.. Icon_minitime16/9/2007, 11:18 am

entah lah aku tak minat politik nie...
Back to top Go down
brena9767
JUNIOR
JUNIOR
brena9767

Male
Age : 46
location : Penampang
Points : 12578
Reputation : -2
Number of posts : 100

umno gagal bela melayu.. Empty
PostSubject: Re: umno gagal bela melayu..   umno gagal bela melayu.. Icon_minitime16/9/2007, 10:28 pm

ya la.....UMNO ni memang cekik darah....cuba u all tengok bangunan baru UMNO kat KK tu...bukan main cantik mengalahkan hotel mewa..sedangkan apa lak urusan yang diorang buat untuk generate income ? Dah tu, siapa pulak client diorang ni ? Kalau bank , semua pun tau macam mana bank buat duit....

Patut pun pemimpin Sarawak menolak kemasukan UMNO kat Swak, kalau tak habis kekayaan Borneo depa salur kat Semenanjung.......
Back to top Go down
otai
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
otai

Male
Countries/State : Australia
Age : 42
location : Kudat Sabah
Tag ID: : 999999
Points : 12598
Reputation : 0
Number of posts : 1159

umno gagal bela melayu.. Empty
PostSubject: Re: umno gagal bela melayu..   umno gagal bela melayu.. Icon_minitime17/9/2007, 8:15 am

itu la.. umno tau isi perut masing2 jer..

jarang ada pmpin umno nak keta tuk rakyat..

SKG RAMAI WAKIL RAKYAT MERAYAP, DKAT NAK UNDI LA KATAKAN...
Back to top Go down
Sponsored content




umno gagal bela melayu.. Empty
PostSubject: Re: umno gagal bela melayu..   umno gagal bela melayu.. Icon_minitime

Back to top Go down
 

umno gagal bela melayu..

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: