| RM95 juta untuk angkasawan Malaysia uji yoyo dan gasing? | |
|
Author | Message |
---|
coolbone JUNIOR
Age : 41 location : Putra Height (Future Taipan II) Points : 12784 Reputation : 0 Number of posts : 108
| Subject: RM95 juta untuk angkasawan Malaysia uji yoyo dan gasing? 25/10/2007, 4:02 pm | |
| Someone just forward this mail to me... Just want to share.. Apa pendapat korang?
KUALA LUMPUR, 20 Okt - Belum pun Angkasawan pertama Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha tiba ke bumi pada 21 Oktober (esok), pelbagai kritikan dan luahan kesal sebilangan masyarakat telah didengari terhadap projek angkasalepas negara yang dianggap sebagai satu pembaziran besar yang wajar dinilai dan dikaji semula kerana melibatkan kos perbelanjaan yang begitu tinggi. Malah ada yang menyifatkannya ianya sekadar projek 'melancong ke angkasa' yang tidak memberi sebarang impak besar terhadap teknologi angkasa lepas negara ini dan hanya mahu berbangga nama Malaysia dilakarkan di mata dunia semata-mata seorang rakyat Malaysia telah pun dihantar ke angkasa. Lebih sinis pemimpin Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) dilabelkan sebagai pemimpin yang sering menunjuk-nunjuk dengan pencapaian yang diperolehi oleh Malaysia dan akan mencanangkan kepada satu negara hasil usaha yang telah dicapai dan telah dilaksanakan oleh BN selama ini sedangkan pencapaian itu terpaksa disokong dan 'dileburkan' dengan menggunakan duit rakyat jelata. Dalam satu petikan daripada Kolumnis akhbar The Age, Melbourne, Michael Backman yang mengkritik projek ini berpendapat bahawa rakyat Malaysia hanya menumpang kapal angkasa milik orang lain dengan membayar kapal itu seumpama teksi sahaja. "Apa yang Malaysia dapat dengan menggunakan program angkasalepas milik orang lain sebagai teksi? Sah tiada manafaat teknologi yang diperolehi. Tetapi sudah tentu Malaysia sekali lagi akan berkata 'boleh'. Masalahnya mereka tidak, ini bukan program angkasawan mereka," tulis Backman. Angkasawan lain sudah uji yoyo Bahkan akhbar Australia itu menyifatkan Malaysia sebagai "boleh" tetapi "bodoh" apabila membelanjakan RM95 juta untuk menghantar rakyatnya di angkasa lepas. Ada tanggapan,bahawa Malaysia semakin menunjukkan kebodohannya apabila membelanjakan wang sebanyak itu semata-mata untuk membuat ujikaji 'bodoh' di angkasa lepas yang telah pun dibuat oleh angsawan lain sebelumnnya. Antara ujikaji yang disifatkan boleh menjadikan tawa negara luar yang dipetik daripada blog ntbn.wordpress ialah putaran gasing,putaran yoyo, catuan Strawberry,campuran minyak dan air dan kelajuan bola berbilang saiz. "Cuba kita bayangkan. Selain ianya dilakukan sekali lagi atau menjadi bahan tawa negara maju betapa Malaysia sudah ketinggalan di dalam ilmu angkasa sehingga yoyo dan gasing pun menjadi perkara pelik untuk dibuat ujikaji," kata blog tersebut
Dilaporkan ujikaji terhadap yoyo ini telah pun dilakukan pada 12 April 1985 oleh Astronaut David Griggs manakala ujian susulannnya dilakukan oleh Astronaut Jeffery Hoffman pada 31 Julai 1992. "Nak buat macamana, setakat kaji yoyo, mereka dah boleh digelarkan sebagai angkawasan dan saintis...tak ke kelakar namanya tu," kata blog itu lagi.
Kebanggaan Malaysia juga tidak dapat bertahan lama sebagai sebuah negara membangun yang berjaya menghantar rakyatnya ke angkasa lepas kerana akhirnya 'dibenam' oleh Afghanistan yang jauh lebih mundur daripada negara ini yang telah mencipta sejarah 19 tahun lalu dengan menghantar angkasawannya Abdul Ahad Mohmand. Rakyat Afganistan ke angkas lepas 19 tahun lalu Juruterbang tentera Afganistan berusia 48 tahun itu berlepas ke angkasa dengan roket Soyuz TM6 pada 29 Ogos 1988 dengan ditemani 2 angkasawan Russia,Vladimir Lyakhov dan Valery Polyakov dan tiba di bumi pada 6 September 1988, menurut tulisan ibnuzack2 yang dipetik daripada laman web Tranungkite. "RM 100 juta bukan sedikit. Andai jumlah sebesar itu digunakan bagi membina rumah kos rendah,maka 25 000 rakyat kerdil akan dapat berteduh dari hujan dan panas. "Tidak perlu lagi rakyat Kampung Berembang hidup di dalam khemah dan tidak perlu lagi penduduk Kampung Bujal menangis melihat tumbangnya masjid mereka. Andai wang sebanyak itu disalurkan untuk kemudahan pendidikan,maka ratusan ribu remaja Islam tidak perlu menanggung beban riba PTPTN," kata ibnuzack2 . Mengakhiri tulisannya beliau menasihati supaya projek angkasalepas ini tidak 'mengaburi' penganiayaan yang dilakukan oleh kerajaan kepada rakyat yang semakin hari makin tertindas akibat penyalahgunaan kuasa dan harta oleh para pemimpin yang rakus dan tamak haloba.
"Jangan tuan-tuan,andainya kejayaan Dr Syeikh Muszaphar ini akan melupakan kita pada Kampung Berembang,peristiwa Kampung Bujal, skandal kapal selam,skandal kehakiman,penganiay aan di Batu Burok,ISA,rampasan royalti,peminggiran dan berat sebelah terhadap rakyat dan kerajaan Kelantan serta pelbagai lagi kisah lampau yang masih berdarah lagi lukanya," katanya lagi. |
|
| |
scorpions SENIOR
Countries/State : Age : 51 location : sandakan Points : 12573 Reputation : 3 Number of posts : 677
| Subject: Re: RM95 juta untuk angkasawan Malaysia uji yoyo dan gasing? 25/10/2007, 5:30 pm | |
| nak komen macamna ni |
|
| |
haibara SUPERIOR
Countries/State : Age : 39 location : Klang Website : http://maemorrie.ads4blog.net Tag ID: : SFC 00444 Points : 12643 Reputation : -1 Number of posts : 2048
| Subject: Re: RM95 juta untuk angkasawan Malaysia uji yoyo dan gasing? 26/10/2007, 12:00 am | |
| entah la.. tp kadang2 memang suke membazir bukan2.... semata2 nak glamer di mata dunia... huhu |
|
| |
Nieto ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 01287 Points : 13985 Reputation : 34 Number of posts : 5595
| Subject: Re: RM95 juta untuk angkasawan Malaysia uji yoyo dan gasing? 26/10/2007, 12:35 am | |
| yalah, bagus spend tu duit kasi REPAIR JALAN JALAN DI KK!!! rusak rim saya setiap hari jalan... sebabnya mau motivate pelajar pelajar malaysia. macam sama saja, masih tidak bermoral |
|
| |
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12380 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: RM95 juta untuk angkasawan Malaysia uji yoyo dan gasing? 26/10/2007, 1:10 am | |
| bagus lagi kerajaan kasi selaras gaji pekerja swasta di sabah ngan semenanjung..hmmmmmm...nda MANTAP!!?!! kesian org yg bayar cukai.. |
|
| |
Nieto ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 01287 Points : 13985 Reputation : 34 Number of posts : 5595
| Subject: Re: RM95 juta untuk angkasawan Malaysia uji yoyo dan gasing? 26/10/2007, 1:18 am | |
| haha, lebih baik dipanggil Pelancong Angkasa Pertama Malaysia... hehe |
|
| |
andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12551 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Re: RM95 juta untuk angkasawan Malaysia uji yoyo dan gasing? 26/10/2007, 1:39 am | |
| sya sokong artikel ni 99%.. bknlah b'maksud m'blkgkan negara sendiri.. tp rm95 juta tu x digunakan dgn sewajarnya.. ianya x dimanfaatkan utk seluruh rakyat m'sia.. digunakan plak utk m'bazir.. utk c sheikh ntah apa tu.. smpi bila pun m'sia pyh mo kluar dr kelompok negara2 m'bangun utk jd negara yg maju.. hhhmmm.. yg miskin tmbh miskin.. yg kaya tmbhlah kaya.. mls mo ckp byk dah.. |
|
| |
Nieto ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 01287 Points : 13985 Reputation : 34 Number of posts : 5595
| Subject: Re: RM95 juta untuk angkasawan Malaysia uji yoyo dan gasing? 26/10/2007, 1:46 am | |
| bukan salah sheikh juga tu. negara yg mau dia naik haha. jadi kalau mau salahkan, salahkan malaysia yg tidak tau malu. contohnya, PROTON, mau juga signal songsang kiri kanan. ASTRO, time hujan ndak boleh tengok, remote pun lagging, tiga numbur lagi mau pisit!! apa guna kalo ada technology??
Saya terdengar khabar angin bahawa sheikh telah gagal menjadi angkasawan, tapi malaysia bayar hingga berjuta juta (macam rasuah) lepas tu perlu beli jet dari russia juta juta juga barulah mereka dapat masuk. jadi 95juta cuma ammount kasar, belum lagi termasuk 'rasuah' hehe... 95juta kalau duit orang kaya boleh lah, saya tak kisah. tapi nie duit kita bayar cukai la!! |
|
| |
andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12551 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Re: RM95 juta untuk angkasawan Malaysia uji yoyo dan gasing? 26/10/2007, 1:54 am | |
| mmg btul ckp ko tu bro.. ko ingat lg ka sblm ni hangat konon ada program utk jd angkasawan tu?.. drpd brp org yg turut serta program tu, smua pun x pass kan.. cuma 2 org jak dimasukkan jg ke pemilihan akhir, utk cover malu m'sia yg teda sorg pun rakyat negara ni layak lg utk jd angkasawan.. last2 c sheikh dipilih konon utk p angkasa.. tp pihak russia m'dakwa c sheikh tu cuma spaceflight participant jak.. x bleh mo claim lebeh2.. |
|
| |
Nieto ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 01287 Points : 13985 Reputation : 34 Number of posts : 5595
| Subject: Re: RM95 juta untuk angkasawan Malaysia uji yoyo dan gasing? 26/10/2007, 2:23 am | |
| bunyi macam malaysia sponsor 'pelancong' tu, tapi sebenarnya RAKYAT yang sponsor dia untuk melancong di angkasa main yoyo dan gasing, boring betul. kalau saya, lebih baik kalau saya test woofer masih boleh melantun ka kalau keadaan tiada graviti, hehe |
|
| |
coolbone JUNIOR
Age : 41 location : Putra Height (Future Taipan II) Points : 12784 Reputation : 0 Number of posts : 108
| Subject: Re: RM95 juta untuk angkasawan Malaysia uji yoyo dan gasing? 26/10/2007, 12:29 pm | |
| huhuhu btul tu.. kesian dkat pembayar cukai mcam aku nie.. satu lagi aku tak paham. Dengan keadaan negara yg camni..knape menghantar rakyat mlaysia ke angkasa diletak sbgai keutamaan yg sgt tinggi sedangkan kosnya tramatlah tinggi... 1) nak nama ke? kene kutuk je ngan org luar aku tgk.... 2) nak pancing undi ke? ala cam taktik lama je (playaran solo mengelilingi dunia datok mansor) 3)nak wat ujikaji ke? main yoyo ngan gasing kat umah pn bleh... 4)nak mlancong ke? aku nak ikut weih... |
|
| |
scorpions SENIOR
Countries/State : Age : 51 location : sandakan Points : 12573 Reputation : 3 Number of posts : 677
| Subject: Re: RM95 juta untuk angkasawan Malaysia uji yoyo dan gasing? 26/10/2007, 7:02 pm | |
| patutlah ndak dapat bonus.rupanya bayar teksi pigi angkasa |
|
| |
andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12551 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Re: RM95 juta untuk angkasawan Malaysia uji yoyo dan gasing? 26/10/2007, 7:23 pm | |
| ko tau lah.. rm 95 juta tu bkn skit oo.. bleh kasi senang lbh dr 7 keturunan oo.. kerajaan mesti utang duit tu dr bank dunia kan?.. abis lah kita rakyat m'sia ni yg menanggung smua keja x bpaedah ni... hhmm... ntah lah labu.. |
|
| |
Nieto ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 01287 Points : 13985 Reputation : 34 Number of posts : 5595
| Subject: Re: RM95 juta untuk angkasawan Malaysia uji yoyo dan gasing? 26/10/2007, 11:59 pm | |
| lebih baik saya pergi, promote boschmann nya woofer
'remaja malaysia digelar sebagai BM angkasawan, menguji melantun woofer jenama boschmann, melantun woofer adalah pertama kali dilakukan' terus terkenal boschmann haha, business terus banyak!! |
|
| |
scorpions SENIOR
Countries/State : Age : 51 location : sandakan Points : 12573 Reputation : 3 Number of posts : 677
| Subject: Re: RM95 juta untuk angkasawan Malaysia uji yoyo dan gasing? 28/10/2007, 6:33 am | |
| - Nieto wrote:
- lebih baik saya pergi, promote boschmann nya woofer
'remaja malaysia digelar sebagai BM angkasawan, menguji melantun woofer jenama boschmann, melantun woofer adalah pertama kali dilakukan' terus terkenal boschmann haha, business terus banyak!! ada jugak angan -angan ko nak kebulan!! |
|
| |
Nieto ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 01287 Points : 13985 Reputation : 34 Number of posts : 5595
| Subject: Re: RM95 juta untuk angkasawan Malaysia uji yoyo dan gasing? 28/10/2007, 9:51 am | |
| mestilah, kekeke, at least xperiment baru ba... |
|
| |
arep CONTRIBUTOR
Age : 39 location : Malaysia Points : 12653 Reputation : 0 Number of posts : 1160
| Subject: Re: RM95 juta untuk angkasawan Malaysia uji yoyo dan gasing? 28/10/2007, 12:25 pm | |
| - scorpions wrote:
- patutlah ndak dapat bonus.rupanya bayar teksi pigi angkasa
same lah kite bro... |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: RM95 juta untuk angkasawan Malaysia uji yoyo dan gasing? | |
| |
|
| |
| RM95 juta untuk angkasawan Malaysia uji yoyo dan gasing? | |
|