Ustazah Ditangkap Khalwat March 3, 2010 by Info Seks Melayu
Filed under Berita
Seks Melayu
Seorang ustazah
yang bertudung
labuh dan berkelulusan dalam bidang agama dari
sebuah universiti di Timur Tengah ditangkap
khalwat di Kuala Lumpur hari ini.
Sekadar gambar hiasan
Ustazah terlampau
ini sebelum itu mengajar di sebuah masjid dan sebuah sekolah
rendah di Kota Tinggi, Johor, serta bersuamikan seorang ustaz yang
disegani di daerah itu. Bagaimanapun, di sebalik perwatakan lembut dan
alim, ustazah
berusia 35 tahun itu sanggup menconteng arang di muka keluarga dan
suaminya, apabila ditangkap
khalwat bersama seorang duda sebayanya, yang juga bekas rakan
sekolahnya dan suami.
Ustazah
yang memiliki latar belakang yang kuat berpegang kepada
ajaran agama itu
memberi alasan kononnya dia tertekan akibat suaminya berpoligami
sehingga sanggup menjalinkan hubungan cinta dengan duda terbabit dan
lebih mengejutkan, mereka dipercayai pernah beberapa kali terlanjur.
Tembelang ustazah
terbabit pecah apabila dia ditangkap
khalwat ketika berdua-duaan dengan duda itu, baru-baru ini dan
mereka dilaporkan mengambil masa hampir setengah jam sebelum membuka pintu
rumah kedai yang didiami dengan kedua-duanya dalam keadaan
berpakaian lengkap. Menurut sumber, lebih menyedihkan, ketika
kejadian, suami ustazah
terbabit berada di Makkah untuk menunaikan haji.
Katanya, sejurus ditangkap berkhalwat, ustazah
terbabit menghubungi suaminya untuk memaklumkan kejadian dan terus
meminta cerai. Menurutnya, ustazah
terbabit dan suaminya berkahwin pada 1997, tetapi tidak dikurniakan cahaya
mata menyebabkan mereka mengambil dua anak
angkat termasuk seorang daripadanya dipelihara sejak kecil.
“Wanita itu bertemu dengan duda yang juga bekas rakan sekolahnya ketika
perlawanan boling pada awal tahun lalu dan sejak itu hubungan mereka
semakin rapat apabila lelaki itu menjadi tempatnya mencurah perasaan dan
menagih simpati.
“Ustazah
itu memberitahu duda terbabit kononnya dia tertekan kerana suami
berkahwin lain sedangkan sebelum ini, dia sendiri bersetuju serta
membenarkan suaminya berpoligami dan mereka sama-sama ke mahkamah untuk
menguruskan perkahwinan itu. “Tetapi, sebagai seorang yang ada
latar belakang agama,
hubungan dengan lelaki lain bukan cara untuk mengatasi tekanan
lebih-lebih lagi dia masih berstatus isteri orang dan perhubungan itu
mendekatkan mereka dengan maksiat,”
katanya.
Sumber itu berkata, selepas ditangkap, duda itu pula mengaku dia
pernah terlanjur dengan wanita berkenaan, tetapi di pihak ustazah
terbabit, dia masih mahu ‘menegakkan benang basah’ dan menyebarkan
berita kononnya dia dianiaya.
Menurutnya, demi menjaga nama baik keluarga dan maruah isteri, suami ustazah
terbabit membuat pengakuan kononnya membenarkan duda terbabit menjemput
isterinya yang baru pulang daripada rombongan sekolah, sebelum mereka ditangkap
khalwat. Katanya, ketika ditangkap, pasangan terbabit memberi
alasan duda terbabit datang untuk menghantarnya pulang ke rumah dan
membantu mengangkat beg.