SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Proton Satria Neo R3 Lotus Racing

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
napster
MODERATOR
napster

Male
Countries/State : Selangor
Age : 40
location : KLIA (hometown papar)
Tag ID: : SFC 03920
Points : 17602
Reputation : 116
Number of posts : 6364

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Empty
PostSubject: Proton Satria Neo R3 Lotus Racing   Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Icon_minitime2/4/2010, 11:37 am

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing 26180_376690408545_99550528545_3771402_3149243_n

Selama ini kalau saya boleh generalisasikan, kebanyakan modikasi kereta adalah berkenaan kelajuan semata. Selalunya ialah berapa banyak kuasa boleh ditambah untuk kereta pergi lebih laju sebabnya kita mahu berada di depan orang lain. Aku potong kau dan kau potong aku. Semuanya mengenai kelajuan jalan lurus dan terkedek-kedek untuk masuk selekoh atau terkial-kial bila hendak berhenti. Berapa banyak di luar sana, kereta turbo tapi brek macam siput atau kereta Vtec yang memekik di jalan lurus tapi tak berapa into nak masuk selekoh.

Kenderaan edisi terhad [LEV] keluaran R3 yang diketuai oleh Tengku Djan menulis semula peraturan modifikasi lokal. Ianya bukan mengenai kelajuan semata tetapi bagaimana anda mengawal kelajuan.

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Proton-Satria-Neo-R3-Lotus-Racing002

Sejak dari Proton Satria R3, kereta keluaran R3 tak adalah laju sangat, sekadar laju dan bertenaga lebih sedikit dari model standard sahaja tapi kalau anda memandu uji kereta-kereta R3 anda pasti tersenyum dan memuji mereka yang membinanya, ride and handling memang terbaik dan bila itu berlaku, seperti dikomen oleh seorang sekutu sebelum ini, man & machine becomes one. Pemandu mengawal karakter kereta dan bukan sebaliknya. Kereta yang sedap dipandu adalah yang kita boleh kawal. Sebagai contoh, saya mungkin sukakan Proton Satria GSR tetapi secara jujurnya saya lebih selesa dengan Satria 1.3 sahaja sebab kuasanya yang boleh saya kawal.

Dan oleh sebab itu, R3 melabur besar dalam Proton Satria Neo R3 Lotus Racing, brek dan suspensi yang dipasangkan pada model ini adalah di luar dunia. Tak ada lagi kereta dalam kelas hatchback entry level dipasangkan dengan AP Racing yang sinonim dengan Ferrari atau suspensi Ohlins yang biasa terdapat pada motosikal berkuasa tinggi. Dan kedua aksesori eksotik tersebut bersesuaian dengan imej F1 yang ingin dibawa.

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing 26180_376690403545_99550528545_3771401_6959306_n

Disebabkan nama Lotus yang dipegang oleh Proton ini, wajib ada ciri-ciri yang menepati falsafah Anthony Colin Chapman, kereta perlu ringan tetapi dalam masa yang sama struktur badan kuat. Jalan mudah ialah membuang segala besi yang ada. Bonet, skirt sisi, spoiler bumbung dan fender menjadi mangsa, kesemuanya ditamatkan perkhidmatan dan digantikan dengan bahan dari gentian kaca, kesemua ini menjadikan berat kereta menjadi negatif 62 kg daripada 1150kg.

Apabila Proton melancarkan enjin Campro CPS, saya selalu berfikir bagaimana R3 akan menala enjin tersebut. Mereka berjaya menala Campro kosong hingga menjadi juara perlumbaan sekitar Asia Tenggara dengan menewaskan Vios, Jazz dan lain-lain. Dan segalanya terjawab melalui model ini. Sistem pengawalan enjin [EMS] telah diprogramkan semula [tukar chip?] membolehkan rpm puncak naik kepada 7,000 dan tujahan puncak meningkat daripada 4,500 rpm kepada 5,000 rpm. Ini bermakna, kereta ini lebih gagah dengan tarikan [atau pekikan CPS] lebih panjang. Toyol lain yang ditukar ialah camshaft, alloy under-drive pulleys dan apalah enjin tanpa modifikasi ekzos. Header ditukarkan kepada jenis titanium [!] dan batang paip dari besi tahan karat. Sistem pernafasan juga dirombak semula dengan penggunaan penapis udara K&N dengan saiz kotak udara lebih besar dengan bahan gentian kaca. Hasil dari modifikasi diatas menjadikan kuasa Campro CPS meningkat dari 125 bhp kepada 145 bhp, tujahan dari 150 Nm kepada 168 Nm. Prestasi dari pegun ke 100 km/j pula 9.2 saat dan kelajuan maksimum 200 km/j. Masing-masing 1.3 saat lebih pantas dan 10 km/j lebih laju dari CPS standard.

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Proton-Satria-Neo-R3-Lotus-Racing003

Proton juga mendakwa, aerodinamik Neo CPS R3 LR ini lebih baik. Bahagian depan kereta menyebarkan angin dengan lebih efisien ke seluruh badan kereta dan mengurangkan turbulence dan seretan. Hasilnya ialah kereta lebih stabil pada kelajuan tinggi dan tertekan ke bawah [downforce] apabila udara kurang melalui bawah kereta. Diffuser yang terdapat pada bumper belakang juga turut membantu pengaliran udara yang turut mengurangkan seretan kereta.

Hero dan heroin yang terdapat pada model ini adalah sistem suspensi dan brek. Set Ohlins DFV [Dual Flow Valve] dipasangkan dengan spring dengan kadar damper talaan R3. Ketinggian kereta dilaras lebih rendah, bush tahan lasak digunakan dan geometri suspensi turut diubah bagi memberi lebih feel kepada pemandu. Dan kereta ini begitu hebat hinggakan stabilizer bar tidak diperlukan. Sistem brek luar dunia yang digunakan adalah AP Racing 4 pot dengan cakera ventilated di depan dengan brek cakera standard di roda belakang. ABS dan EBD masih dikekalkan. Rim yang digunakan adalah dari jenama Advanti bersaiz 16 x 7 inci dengan tayar RE001 Adrenalin 205/45 dari Bridgestone.

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Proton-Satria-Neo-R3-Lotus-Racing012

Pada bahagian dalaman pula, tiada teknologi baru selain dari butang start yang hanya berfungsi apabila kunci dihidupkan. Selain dari itu ialah skema warna hijau pada panel, efek gentian kaca pada stereng dan balutan kulit Nappa pada kerusi. Aksesori lain ialah paddle minyak, tombol gear dan karpet dari R3.

Untuk makluman sekutu, status mukabuku [Facebook] Tengku Djan menyatakan yang Proton Satria Neo R3 Lotus Racing hanya tinggal beberapa unit sahaja dari 25 unit keseluruhan. Mungkin esok atau lusa dah habis. Walaupun Neo ini berharga RM 115 ribu, anda harus fikir nilai yang terdapat pada model ini. Walaupun kita boleh plug and play sahaja barangan aftermarket tetapi adakah barangan tersebut seirama dengan kereta. Neo ini mahal sebab anda mengupah Tengku Djan dan rakan-rakannya yang lain untuk menala dan membayar kepakaran dan kemahiran mereka

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Proton-Satria-Neo-R3-Lotus-Racing004

Kereta ini adalah mengenai simbol dan status dan minat yang tinggi. Antara LV dengan Bata, antara Porsche dengan Nissan, antara Gallardo dengan Evo 10 atau antara 3 series dengan M3.

Selain dari itu, kit badan seperti ini mungkin boleh didapati di kedai aksesori tetapi sebelum itu cuba tanya pada ustaz atau ustazah apa hukum menggunakan barang cetak rompak.

Sumber foto: Proton

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Proton10
Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Proton11
Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Proton12Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Proton14
Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Proton13
Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Proton15Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Proton16

Rosyam Nor, pemilik pertama kereta edisi khas ini....
Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Proton17Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Proton18
Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Proton19Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Proton20
Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Proton21
Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Proton22
Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Proton23
Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Proton24
Back to top Go down
neo_sontoloyo
SIFU
SIFU
neo_sontoloyo

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : Telupid/Lahad Datu/Ra
Tag ID: : SFC 05451
Points : 16405
Reputation : 19
Number of posts : 4935

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Empty
PostSubject: Re: Proton Satria Neo R3 Lotus Racing   Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Icon_minitime2/4/2010, 8:44 pm

"seperti dikomen oleh seorang sekutu sebelum ini, man & machine becomes one. Pemandu mengawal karakter kereta dan bukan sebaliknya. Kereta yang sedap dipandu adalah yang kita boleh kawal."....ayat ni pernah aku cakap sama member aku bila dia tanya sama aku pasal kelajuan kereta...hahahaha

'Apabila Proton melancarkan enjin Campro CPS, saya selalu berfikir bagaimana R3 akan menala enjin tersebut. Mereka berjaya menala Campro kosong hingga menjadi juara perlumbaan sekitar Asia Tenggara dengan menewaskan Vios, Jazz dan lain-lain."....campro pun bole pg..sesuai la dgn aku yg nda minat dgn kelajuan semata2..hehehe

neo campro kosong macam kereta aku ni sistem handling dia sdh nyaman dan selesa..mesti kereta lotus ni lebih hebat handlingnya kan...nda dapat pla test drive kereta ni..heheh

"Selain dari itu, kit badan seperti ini mungkin boleh didapati di kedai aksesori tetapi sebelum itu cuba tanya pada ustaz atau ustazah apa hukum menggunakan barang cetak rompak."...ini aku terasa ni..wakakakaka

p/s: Nice post king...
Back to top Go down
napster
MODERATOR
napster

Male
Countries/State : Selangor
Age : 40
location : KLIA (hometown papar)
Tag ID: : SFC 03920
Points : 17602
Reputation : 116
Number of posts : 6364

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Empty
PostSubject: Re: Proton Satria Neo R3 Lotus Racing   Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Icon_minitime12/4/2010, 6:53 pm

hahaha... adakah istilah cetak rompak dlm automotif...?

kalau spare-part neo stendet teda mmg terpaksa jg pakai R3 punya spare-part... hehehe...
Back to top Go down
Skyz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Skyz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 32
location : Papar
Website : https://www.facebook.com/SkyzSioloon?ref=profile
Tag ID: : SFC 11748
Points : 12319
Reputation : 22
Number of posts : 1484

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Empty
PostSubject: Re: Proton Satria Neo R3 Lotus Racing   Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Icon_minitime12/4/2010, 7:37 pm

huhuuu price dia bukan alang2 ahh...jika d bandingkan dgn satria GTi yg lama mesti banyak beza dia tu kan..masing2 ada kelebihan dan kelemahan dia kan..apa2 pun dua2 jentera d majukan oleh lotus..makin mantap la proton kalau macam tu... Proton Satria Neo R3 Lotus Racing 688737 Proton Satria Neo R3 Lotus Racing 688737
Back to top Go down
neo_sontoloyo
SIFU
SIFU
neo_sontoloyo

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : Telupid/Lahad Datu/Ra
Tag ID: : SFC 05451
Points : 16405
Reputation : 19
Number of posts : 4935

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Empty
PostSubject: Re: Proton Satria Neo R3 Lotus Racing   Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Icon_minitime15/4/2010, 12:20 am

aku sentiasa support proton pny keluaran...hehehe
Back to top Go down
veratista
OBSERVER
OBSERVER
veratista

Female
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : PENAMPANG
Points : 12097
Reputation : 0
Number of posts : 312

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Empty
PostSubject: Re: Proton Satria Neo R3 Lotus Racing   Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Icon_minitime21/6/2010, 5:33 pm

ini semua RnD.semua kita kena cuba, kalau tak cuba, kita pun tak tahu
Back to top Go down
Sponsored content




Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Empty
PostSubject: Re: Proton Satria Neo R3 Lotus Racing   Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Icon_minitime

Back to top Go down
 

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: MAKERS :: MALAYSIA-
Jump to: