terbongkarnya siapa "patrick badawi" punca kejadian di batu buruk?
KUALA LUMPUR: Rakan baik Khairy Jamaluddin, Patrick Lim (foto) dilihat
begitu berkuasa di Terengganu, hingga dapat membolot pelbagai projek
bernilai ratusan juta di negeri yang masih dibelengu kadar kemiskinan
yang tinggi itu.
Kerajaan BN Terengganu sememangnya tidak mempunyai dana untuk
mengeluarkan peruntukan sebesar RM750 juta untuk membiayai Piala
Monsun, projek Pulau Duyong dan Masjid Kristal, yang semuanya dibolot
Patrick.
Projek sebesar ini dibiayai menggunakan wang hasil royalti minyak yang
dirampas dari rakyat Terengganu semasa PAS memerintah negeri itu dari
tahun 1999 hingga 2004.
Wang tersebut hanya boleh disalurkan melalui Terengganu kepada syarikat
milik Patrick Lim, atas arahan Perdana Menteri yang juga Menteri
Kewangan, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Khabarnya jika wang tidak mencukupi atau kerajaan negeri lambat
membayarnya, Patrick boleh terus mengadu kepada Abdullah, meminta wang
disegerakan.
"Saya difahamkan kalau ada bayaran lewat sedikit, dia akan terus
mengadu kepada Perdana Menteri. Abdullah pula akan minta kewangan
negeri meluluskannya dengan segera," kata Pesuruhjaya PAS Terengganu,
Dato' Mustafa Ali dalam wawancara khas bersama Harakah.
Mustafa yang tidak mahu berselindung, dengan tegas mendedahkan
[color=blue]Abdullah
mempunyai hubungan keluarga dengan Patrick Lim, melalui menantunya,
Azreen Abdullah, iaitu suami Kamaludin, anak lelaki tunggal Perdana
Menteri. Patrick Lim ialah saudara sebelah ibu mertua Kamaludin. Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menggelarnya 'Patrick Badawi'. Bukan sekadar itu sahaja kata Mustafa, ada sumber mendakwa Patrick
'membiayai' beberapa orang pemimpin tertinggi Umno di Terengganu.
Hinggakan, kata beliau ada kalangan Exco Kerajaan Negeri yang memiliki
rumah besar, dibeli dan diubah suai dengan harga lebih RM1.6 juta.
"Gaji exco berapa sahaja, lebih kurang RM10,000 sebulan. Maknanya kalau
exco berkenaan tak makan dan minum paling tinggi dia dapat kumpul
RM400,000 sepanjang sepenggal menjadi exco.
"Inikan pula RM1.6 juta. Dan ada beberapa orang lain lagi yang masing-masing mempunyai akaun bank yang 'gemuk-gemuk'," ujarnya.
Sampai masanya, kata beliau, semua ini akan didedahkan kepada rakyat
Terengganu untuk menilai sejauh mana ketelusan BN memerintah.
"Abdullah Badawi bercakap soal memerangi rasuah. Sebenarnya rasuah yang
berlaku dalam Umno ini terlalu parah. Rasanya sudah menjadi budaya.
Mereka pula tidak ada segan silu lagi amalkan rasuah," tegas Mustafa