Salam semua, nak minta bantuan kepada kengkawan yang tau tempat nak selesaikan masalah ini.
macam ni, saya ada kereta prado dan masalahnya ialah susah hendak dihidupkan apabila injin berada dalam keadaan sejuk terutama waktu pagi ataupun waktu pulang dari keja.
Memang waktu saya beli kereta ni pun memang sudah ada masalah injin susah dihidupkan dan baru2 ini saya telah menukar injin tersebut yang dibeli daripada kawan namun tambah teruk pula rasanya kerana setiap pagi, ada kalanya injin itu akan hidup setelah 20 atau 30 kali start. Tetapi sebelum ini, injin yang saya beli ngan kawan tu memang bagus dan senang di start sebelum injin itu dipindahkan ke kereta saya. ( tetapi apabila injin sudah dihidupkan dan berada dalam keadaan panas, senang pula dihidupkan )
Ada beberapa sudah mekanik yang telah saya jumpa tapi tiada pun yang tahu masalahnya dan oleh itu minta bantuan kepada kengkawan yang pernah mengalami masalah ini supaya email kan kepada saya atau tunjukkan bengkel yang cun selesaikan ini perkara...... tengkiu
bingkukgindayuk@yahoo.com