SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Dua maut, sembilan cedera bas terjun laut Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Dua maut, sembilan cedera bas terjun laut Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Dua maut, sembilan cedera bas terjun laut

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 15096
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Dua maut, sembilan cedera bas terjun laut Empty
PostSubject: Dua maut, sembilan cedera bas terjun laut   Dua maut, sembilan cedera bas terjun laut Icon_minitime28/9/2007, 8:09 pm

Dua maut, sembilan cedera bas terjun laut
Oleh Mohd Zin Ali

Image hosted by servimg.com

BANTU MANGSA: Anggota bomba dan penyelamat mencari penumpang yang terperangkap selepas sebuah bas terjunam dan terbalik di Selat Tebrau, semalam.

JOHOR BAHRU: Dua penumpang lemas, manakala sembilan lagi cedera apabila sebuah bas terjunam dan terbalik di Selat Tebrau berhampiran persimpangan Jalan Lingkaran Dalam dan Jalan Ibrahim Sultan, Stulang Laut di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu, Esa Aman, 47, dari Taman Perling di sini dan Kweh Mei Phing, 49 dari Bandar Baru Permas Jaya, meninggal dunia di tempat kejadian selepas dipercayai tersepit dan lemas.

Ketua Trafik Johor Bahru Selatan, Deputi Superintendan Ooi Kok Seong, berkata bas yang dalam perjalanan dari pusat bandar ke Permas Jaya itu, dipercayai gagal dikawal pemandunya ketika menuruni bukit dalam keadaan hujan lebat.

Kenderaan itu dipercayai meluncur laju ketika melalui persimpangan lampu isyarat sebelum merempuh dahan pokok di tepi jalan dan akhirnya terjunam ke laut," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Pasukan bomba dan penyelamat dari Balai Larkin di sini terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan mangsa. Semua mangsa yang cedera termasuk pemandu bas itu yang berusia 51 tahun, menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Ooi berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian. Polis akan mengambil kenyataan pemandu terbabit yang kini masih menerima rawatan di HSA akibat patah kaki kiri.

ementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Abdul Hamid Suari, berkata sebuah jentera bomba dan tiga kenderaan utiliti bersama 19 anggota termasuk 10 dari Unit Skuba dihantar ke tempat kejadian.

"Kami menghadapi kesukaran mengeluarkan mangsa kerana air laut mulai pasang. Mayat mangsa hanya dapat dikeluarkan selepas bas yang terjunam dan terbalik, ditegakkan menggunakan bantuan tiga kren," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat negeri, Dr Robia Kosai, berkata kedua-dua mangsa yang meninggal dunia dalam kemalangan itu, duduk di bahagian depan bas berkenaan.

Empat penumpang pula dimasukkan ke wad HSA untuk rawatan lanjut, termasuk seorang akibat paru-paru dimasuki air. Lima lagi penumpang termasuk dua lelaki yang cedera ringan menerima rawatan pesakit luar.
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
 

Dua maut, sembilan cedera bas terjun laut

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: