|
Author | Message |
---|
andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12549 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Skandal artis-PANAS 1/10/2007, 4:38 pm | |
| TERKEDU Kak Uda apabila mendapat satu panggilan telefon daripada seseorang mengenai seorang aktres yang cantik manis dan sentiasa menjadi sanjungan para peminatnya. Kak Uda terkedu bukan apa kerana selama ini aktres yang seorang ini memang pandai cover line. Apa juga perbuatan yang tidak manis dibuatnya semua selamat dan kalau diceritakan pun para peminatnya tidak percaya. Sebabnya si aktres ini bukan saja kariernya sebagai pelakon, malah hidupnya juga sentiasa berlakon.
Al-kisah menurut si pemanggil, aktres ini sudah lama tinggal bersama kekasihnya yang juga artis di sebuah apartmen mewah. Aktor yang kacak bergaya ini khabarnya sudah buat keputusan untuk berkahwin dengannya. Tapi...jawapan daripada si cantik manis ini janganlah terlalu tergesa-gesa dan minta tempoh sebelum mereka akhiri hubungan mereka dengan ikatan perkahwinan. Disebabkan sayang si aktor ini terima cadangan itu. Nak dijadikan cerita Jumaat lalu, aktres ini memberi alasan kepada kekasih hatinya dia tidak dapat balik ke apartmen kerana shooting filemnya dijangka lambat habis.
Si aktor yang mengesyaki sesuatu telah pergi ke rumah kekasihnya dan setelah pintu rumahnya di buka oleh seseorang, si aktor mengetuk pintu bilik kekasihnya. Setelah sekian lama menanti, kekasih hatinya keluar dengan muka selamba dan bersumpah tidak berlaku curang atau bermain kayu tiga di belakang kekasihnya. Tapi...tiba- tiba kekasih baru aktres berkenaan seorang VVIP keluar bilik dengan seluar pendek. Apalagi penumbuk singgah di mukanya dan tembelang aktres itu pun pecahlah. Kak Uda: Nasihat untuk aktor dan aktres ini sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga dan bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan tudung saji.Suspect utama - actress (erra )Suspect kedua - actor (Hans Isaac)Suspect ketiga - engku emran (COO suria fm)Soalnya siapa?RASANYA ramai tahu kisah aktres dan penyanyi jelita janda yang sedang hangat bercinta dengan bos besar sebuah radio stesen. Kisah aktres yang juga pernah menjalin hubungan dengan beberapa aktor sebelum ini menjadi tambah menarik minggu lepas apabila kekasihnya, seorang pelakon kacak, enter frame di apartment mewah mereka. Kakak Tua diberitahu bahawa tujuan aktor itu datang ke apartment yang mereka kongsi bersama untuk mendapatkan kepastian sejauh mana hubungan kekasihnya dengan bos stesen itu. Kebetulan mereka berdua baru sahaja pergi holiday ke sebuah pulau. Pada masa yang sama, aktres tersebut menjalin hubungan dengan kekasih baru selama hampir 5 bulan.
Aktres yang pijak semut tak mati itu kononnya terpaksa improvise script on the spot untuk menjaga hati kedua-dua kekasih kerana tembelang sudah pecah. Namun lakonan hebat aktres itu tidak menjadi kali ini kerana aktor tersebut sempat memberi sebiji penumbuk ke muka pesaingnya yang ketika itu keluar dari bilik dengan boxer shortnya. Kalau sebelum ini aktres ini cukup bijak menangkis setiap soalan peribadi termasuk pemberian jam dari kekasihnya. Namun setelah peristiwa ini, Kakak Tua teringin juga nak tahu apa lagi sandiwara yang akan dilakukannya apabila berhadapan dengan wartawan. Kalau tidak silap Kakak Tua ada simpan diari bila dan di mana aktor dan aktres tersebut menjalin hubungan. Sehinggakan bila ke tanah sucipun, aktres tersebut saling berhubungan tapi pandai menyorok dari pihak media. Bila pekung dah terbuka, agaknya apa tindakan mereka bertiga yang berada dalam dilema yang dicipta sendiri itu.
Mungkin kes ini tidak sama dengan kes seorang pelakon kacak lain yang ditangkap khalwat minggu lepas namun moral of the story tetap sama. Bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru. Yang hairannya, hampir semua artis kita yang silap laku tidak pernah mengambil iktibar dari apa yang terjadi dengan rakan-rakan artis lain. Nak kata degil, ini dah tahap lebih dari degil. Sudah sampai peringkat mencabar Tuhan yang satu. Masakan kita boleh terlepas seandainya kita membuat sesuatu yang buruk dan berdosa. Dan bila jiwa dah ternoda dengan dosa, di mana letaknya maruah diri kita sebagai manusia dan ketenangan sebuah hati? Kakak Tua tidak mahu bersubahat di dalam hal yang akan mengheret ke jalan yang sesat. Yang termampu dilakukan hanya meninggalkan pesanan di dalam kolum yang tidak seberapa ini dengan harapan kesemua yang terlibat itu akan kembali ke pangkal jalan.
Jangan diburukkan lagi imej artis yang sudah lama tercalar dan robek dengan bermacam-macam skandal seks. Apabila kita cuba melawan kuasa yang satu, inilah yang akan berlaku. Kehebatan kita sebagai insan kerdil tidak ke mana apabila kita menjalani kehidupan yang penuh kepura-puraan. Selalunya kisah disebalik tabir artis ini akan dihidu oleh media terlebih dahulu sebelum didedahkan. Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang, kalau tak ada bangkai masakan lalat datang. Artis kahwin artis yang menghadapi krisis rumahtangga seperti Sharifah Shahirah-Jatt, Erra-Yusry, Noraniza -Fareez dan Ajai-Nurul lebih mudah dikesan kerana kedua-duanya mempunyai kaitan dengan industri hiburan.
Tambah buruk jika orang ketiga adalah di kalangan spesis mereka seperti yang terjadi kepada Ako-Jue-Jehan. |
|
| |
Satria Neo84 SENIOR
Age : 40 location : Labuan Points : 12662 Reputation : 0 Number of posts : 834
| Subject: Re: Skandal artis-PANAS 23/11/2007, 12:18 am | |
| mcm2 jelah dunia artis ni....heeeeeeee
|
|
| |
Intan Nuraini SENIOR
Age : 33 location : labuan Points : 12444 Reputation : 0 Number of posts : 592
| Subject: Re: Skandal artis-PANAS 27/11/2007, 5:28 pm | |
| |
|
| |
vijay91hebat SENIOR
Countries/State : Age : 33 location : Labuan Points : 12796 Reputation : 0 Number of posts : 649
| Subject: Re: Skandal artis-PANAS 27/11/2007, 7:33 pm | |
| tpi artis 2 bkn laki dier.... |
|
| |
bod_supersperm SUPERIOR
Countries/State : Age : 43 location : kota kinabalu sabah Tag ID: : SFC 03551 Points : 14159 Reputation : 6 Number of posts : 2276
| Subject: Re: Skandal artis-PANAS 8/5/2009, 2:42 pm | |
| hentam sajalah kayo..dah kahwin pun..tapi moralnya... JGN PERCAYA SANGAT PASANGANANDA!! SUSAH SEKRG NI |
|
| |
m_hafiz CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 42 location : Borneo Paradise,)mcm d kK,) Tag ID: : SFC 05031 Points : 12554 Reputation : 7 Number of posts : 1146
| Subject: Re: Skandal artis-PANAS 8/5/2009, 4:28 pm | |
| |
|
| |
madee MODERATOR
Countries/State : Age : 45 location : KB - Labuan - Tenom Tag ID: : sFc 04528 Points : 20363 Reputation : 26 Number of posts : 8968
| Subject: Re: Skandal artis-PANAS 9/5/2009, 2:49 pm | |
| biasa la da namanya pun artis..... |
|
| |
shamie REGULAR
Countries/State : Age : 46 location : labuan f.t Tag ID: : SFC 05214 Points : 11718 Reputation : 4 Number of posts : 265
| Subject: Re: Skandal artis-PANAS 9/5/2009, 3:11 pm | |
| Dah kahwin dah pun, ada cahayamata lagi tu..... , yang penting doakan mereka bahagia hingga akhir hayat mereka..... |
|
| |
madee MODERATOR
Countries/State : Age : 45 location : KB - Labuan - Tenom Tag ID: : sFc 04528 Points : 20363 Reputation : 26 Number of posts : 8968
| Subject: Re: Skandal artis-PANAS 10/5/2009, 4:14 pm | |
| ya lah....klau da kawin tu buat ja la yg terbik utk fmly anda... |
|
| |
bod_supersperm SUPERIOR
Countries/State : Age : 43 location : kota kinabalu sabah Tag ID: : SFC 03551 Points : 14159 Reputation : 6 Number of posts : 2276
| Subject: Re: Skandal artis-PANAS 28/5/2009, 12:02 pm | |
| kesian anak bini...selamatkan la manusia ini...amin |
|
| |
ah chong CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 41 location : melbourne,australia Website : www.angle-d5.com/ahchong sioloon Tag ID: : SFC 06241 Points : 12699 Reputation : 10 Number of posts : 1288
| Subject: Re: Skandal artis-PANAS 31/10/2009, 9:55 pm | |
| alalalala.....padan muka suma dorg....yang satu kena,satu tidak dapat...satu daat malu....padanlha dorg.... |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Skandal artis-PANAS | |
| |
|
| |
|