| Keramu mu facebook mengundang bahana | |
|
Author | Message |
---|
MiA aManDa FRESHIE
Countries/State : Age : 34 location : kota kinabalu Points : 10421 Reputation : 1 Number of posts : 19
| Subject: Keramu mu facebook mengundang bahana 8/10/2010, 9:00 pm | |
|
Sekarang ni semua orang pun ada Facebook. Yang muda, yang tua, yang budak-budak dan yang dah berumur bagai telur dihujung tanduk pun, tak lepas peluang untuk merasai kenikmatan berfacebook. Well, itu hak sesiapa sahaja dan langsung tiada masalah langsung pada sesiapa sahaja. Cuma yang jadi masalah, bila ramai yang bercerai-berai dek kerana Facebook. Tu belum story kes baru-baru ni bila budak kene belasah kawan-kawan kerana dituduh memecah masuk akaun Facebook kawan dia. Macam haram je perangai. hahahaha.
So ambil sedikit masa korang untuk baca bingkisan di bawah. Tinggi pengisian dia memberi kita kesedaran mengenai bahana Facebook dan sejauh mana boleh dan tidak boleh pabila kita menggunakan Facebook.
Biarlah Mama sendiri mengharunginya demi anak-anak Mama.
Sekiranya anda terbaca komen sebegini di atas dinding Facebook rakan anda, tentu sekali banyak persoalan yang ingin anda ajukan. Kenapa? Apakah yang terjadi? Dalam waktu yang sama mendesak, Ceritalah!!.
Maka, andaian-andaian liar mula tercetus di minda pembaca sedangkan bagi tuan punya akaun, ia hanyalah sekadar luahan hati. Satu ayat tidak mungkin memberi kesan apa-apa.
Bagaimana pula kalau anda lihat komen sebegini:
Kalau nak sangat yang lebih muda, go ahead!!!!
Kontroversi bukan?
Susah kahwin dengan orang gaji kecil ni.
Hmm. Tak patut cakap begitu.
Benci bila my Hubby cakap I gemuk, dia pun sama je boroi.
Kutuk mengutuk sesama sendiri pun sering dilihat di ruangan komen di Facebook.
Pengguna Facebook rata-rata menulis apa sahaja di dinding sendiri kerana bagi mereka ia merupakan ruang peribadi mereka di alam maya dan pendapat atau luahan yang diluahkan di situ hanyalah mengikut rentak dan citarasa mereka sendiri.
Aku punya Facebook, aku punya sukalah! Kegagalan untuk mengenali gelanggang media sosial ini sebagai satu komuniti menjadikan kelakuan ini amat berisiko sekali.
Fenomena Facebook semakin popular di zaman kini sehinggakan anak yang baru bersekolah rendah sudah mempunyai akaun dan datuk yang sudah berusia pun tidak mahu ketinggalan. Media sosial ini semakin menular ke dalam masyarakat; disamping memberi impak positif, fenomena ini juga tidak kurang memudaratkan jika pengguna tidak berhati-hati dalam menggunakan medium itu untuk meluahkan perasaan hati sendiri.
Seringkali pengguna Facebook gemar menulis apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan mereka di gelanggang tersebut tanpa mengira sama ada ia perkara remeh mahu pun yang penting.
Murtabak tadi sedap sungguh; penting ke maklumat ini kepada umum?
Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam, Amin; tidak kurang juga ada di antara pengguna yang berdoa di Facebook. Namun apabila kisah rumahtangga didedah untuk tontonan umum, ia mengundang pelbagai reaksi spontan yang bakal menjadi barah seperti ungkapan tikus membaiki labu.
Amat mudah bagi mereka di luar sana untuk menilai dan melontarkan reaksi tanpa mengambilkira kesannya kepada perhubungan yang sedang meruncing. Boleh dikatakan semua pengguna Facebook mendambakan perhatian dan kehadiran banyak komen kepada luahan hati yang ditulis akan menjadikan perkara kecil semakin membesar.
Setiap ahli keluarga bertanggungjawab menjaga kerukunan rumahtangga dengan tidak menceritakan apa yang terjadi di dalam rumah sendiri kepada sesiapa pun.
Lantas, menulis luahan hati di dinding umpama menebuk lubang di dinding rumah sendiri agar dapat diintai orang luar. Satu ayat yang kontroversi mengundang pelbagai andaian daripada komuniti Facebook dan apabila didesak oleh teman-teman, masalah yang mula-mulanya tidak diketahui ramai mula diceritakan sedikit demi sedikit.
Fikir dengan teliti sebelum meluahkan isu peribadi kepada umum. Ada di kalangan rakan-rakan kita juga merupakan rakan suami atau isteri kita sendiri dan menceritakan kisah peribadi hanya mengaibkan pasangan sendiri.
Halang diri untuk meluahkan perasaan di Facebook ketika perasaan amarah sedang membara kerana tiada siapa yang untung kesan daripada perbuatan tersebut.
Simpanlah rahsia keluarga dan rumahtangga di tempat yang selamat, jangan digantung di dinding Facebook untuk tontonan umum dan akhirnya merosakkan perhubungan.
Jika anda seorang rakan yang melihat perkara ini berlaku, jalankan peranan anda dengan menasihatkan rakan agar memberhentikan tindakannya itu. Mungkin bagi si pengguna, hanya dia dan komputer riba atau telefon bimbit, realitinya, sekali tulis begitu ramai mata yang membaca dan mereka sedang menilai kehidupan anda di luar sana.
Beringatlah!
Itu baru soal status. Belum story pasal gambar dan segala detail yang lain. Ingat lagi tak kes perempuan kena bunuh sebab dia tulis address penuh kat Profile? Bila ada lelaki ni ajak jumpa tapi dia taknak. At last, lelaki tu sendiri pergi rumah dia, rogol sedas dua then bunuh. Tak ke mati saya-saya dek kerana Facebook tu.
Gambar pulak, kalau boleh satu dunia korang nak kasi tunjuk. Kononnya koranglah paling bahagia dengan kekasih, dengan suami dan sebagainya. Bukan tak boleh upload. Upload sikit sikit sudah. Ini satu album sampai 200 gambar korang main peluk-peluk dan romen-romen. Ape kejadahnya? Nak tunjuk dekat siapa? Nak bangga dengan siapa?
Korang nak marah kekasih dan suami/isteri pun, takkan dekat Facebook? Hal rumahtangga pun nak canang satu dunia ke? Nak suruh kawan-kawan baca? Tak tahu malu betul orang-orang kita zaman sekarang ni ye?
Source: www.justkhai.com
|
|
| |
im MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : |||||TAWAU||||| Tag ID: : SFC 07691 Points : 16964 Reputation : 75 Number of posts : 5575
| Subject: Re: Keramu mu facebook mengundang bahana 8/10/2010, 9:30 pm | |
| mmg dah begitu, klu org yg bijak mengguna fb ni, rasanya dia dpt byk kelebihan...terpulang dr org 2 jgk... |
|
| |
rickengineering SUPERIOR
Countries/State : Age : 43 location : Majlis Daerah Beluran Website : https://www.facebook.com/rickengineering Tag ID: : SFC 01950 Points : 13687 Reputation : 67 Number of posts : 2793
| Subject: Re: Keramu mu facebook mengundang bahana 8/10/2010, 10:33 pm | |
| ya bha betul tu.. ni fb kin siuk2 saja bha ni... kasi ramai2 bilang orang |
|
| |
mad MODERATOR
Countries/State : Age : 46 location : Sandakan,Tawau Tag ID: : SFC 02182 Points : 13175 Reputation : 10 Number of posts : 2088
| Subject: Re: Keramu mu facebook mengundang bahana 8/10/2010, 11:03 pm | |
| rmbut sma hitam,hati lain2 n tiun pun lain...hehe |
|
| |
Kornurts SIFU
Countries/State : Age : 34 location : KK**TAWAU** Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew] Tag ID: : SFC 15951 Points : 18873 Reputation : 128 Number of posts : 8256
| Subject: Re: Keramu mu facebook mengundang bahana 15/6/2011, 2:42 pm | |
| - im wrote:
- mmg dah begitu, klu org yg bijak mengguna fb ni, rasanya dia dpt byk kelebihan...terpulang dr org 2 jgk...
arrr...ini paling ngam....LIKE!!!!! |
|
| |
FikTz SENIOR
Countries/State : Age : 31 location : تاواو Tag ID: : SFC 05181 Points : 12075 Reputation : 3 Number of posts : 547
| Subject: Re: Keramu mu facebook mengundang bahana 15/6/2011, 3:08 pm | |
| wah.. aktiviti fb yg selalu urg lakukn.. haha.. |
|
| |
Kornurts SIFU
Countries/State : Age : 34 location : KK**TAWAU** Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew] Tag ID: : SFC 15951 Points : 18873 Reputation : 128 Number of posts : 8256
| Subject: Re: Keramu mu facebook mengundang bahana 15/6/2011, 3:13 pm | |
| - FikTz wrote:
- wah.. aktiviti fb yg selalu urg lakukn.. haha..
arr,,,dorg tu bro...bkn sy...hihihihi... |
|
| |
FikTz SENIOR
Countries/State : Age : 31 location : تاواو Tag ID: : SFC 05181 Points : 12075 Reputation : 3 Number of posts : 547
| Subject: Re: Keramu mu facebook mengundang bahana 15/6/2011, 3:20 pm | |
| klu ko bro memang terkecuali dr aktivti begini... hehehe |
|
| |
RedMachine REGULAR
Countries/State : Age : 38 location : papar,KK(sepangar bay Tag ID: : 11857
Points : 11252 Reputation : 10 Number of posts : 454
| Subject: Re: Keramu mu facebook mengundang bahana 16/6/2011, 12:11 am | |
| sebelum fb ne wujud pun org da salah guna society network macam ne.. |
|
| |
FikTz SENIOR
Countries/State : Age : 31 location : تاواو Tag ID: : SFC 05181 Points : 12075 Reputation : 3 Number of posts : 547
| Subject: Re: Keramu mu facebook mengundang bahana 16/6/2011, 1:20 am | |
| betul juga tu bro.. cam friendster dan my space... skrng dah tak laku dowg buat kat fb pulak.. |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Keramu mu facebook mengundang bahana | |
| |
|
| |
| Keramu mu facebook mengundang bahana | |
|