SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Pedoman Menghadapi Eksiden Utk Org-org Bertaqwa Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Pedoman Menghadapi Eksiden Utk Org-org Bertaqwa Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Pedoman Menghadapi Eksiden Utk Org-org Bertaqwa

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
madperak
OBSERVER
OBSERVER
madperak

Male
Countries/State : Johor
location : penang 'n' perak
Points : 12873
Reputation : 2
Number of posts : 351

Pedoman Menghadapi Eksiden Utk Org-org Bertaqwa Empty
PostSubject: Pedoman Menghadapi Eksiden Utk Org-org Bertaqwa   Pedoman Menghadapi Eksiden Utk Org-org Bertaqwa Icon_minitime4/10/2007, 4:04 pm

Pedoman Menghadapi Eksiden Utk Org-org Bertaqwa


1. Jangan panik.

2. Matikan enjin dan nyalakan 'hazard light'.
Jangan matikan enjin aje, tapi 'hazard light' tak dinyalakan. Nanti kereta belakang nampak lampu
brek kereta ngkau tak nyala, dia ingat kereta ngkau bergerak, rupa-rupanya... TEBABO! Depan hancur,
belakang hancur. Aku dah kena sekali dah kat MR², aku langgar kereta yang berenti kat fast lane
selepas eksiden, enjin dah mati, tapi 'hazard light' tak nyala. Fast lane lak tu. Bodoh punye
amoi.

3. Keluar daripada kereta untuk check kerosakan D-A-N bersemuka dengan pihak lain yang terlibat.
Pastikan bila kita keluar daripada kereta, kita dapat mengawasi kereta dan berada tidak jauh
daripada kereta. Ini untuk menghindarkan daripada kereta kita atau apa-apa benda yang berharga
dalam kereta kita daripada dicuri.

Mengenai kes orang yang ambik kesempatan untuk mencuri kereta semasa owner tengah khusyuk periksa
damage, itu pandai-pandai sendirilah. Yang owner tu khusyuk sangat apehal, masa sembahyang tak nak
khusyuk pulak, bungko. Pada pendapat aku, check kerosakan amatlah mustahak. Mengapa?

1. Kalau radiator dah bocor, memula tu memanglah kereta boleh jalan lagi, boleh dialihkan ke
tempat yang tidak menghalang lalulintas. Akan tetapi, adalah lagi bagus bagi kemaslahatan kereta
itu untuk ia tidak dialihkan ke mana-mana. Mengapa? Radiator bocor = coolant takde = kereta
bergerak = enjin overheat = gasket hancus. Niat tu memanglah niat yang murni: tidak mahu
menghalang lalulintas. Tapi harganya pun murni jugak: gasket hancus = kena buat top overhaul =
RM ribu hangus.

2. Kena keluar bersemuka dengan pihak lain yang terlibat untuk bagi good impression. Lebih-lebih
lagi kalau kita yang bersalah. Awak dah langgar kereta orang, lagi mau buat bodoh. Nanti orang
tuduh kita ni pengecut. Kalau orang tuduh pengecut kira OK lagi, kalau orang tuduh kita
inconsiderate bastard? Dah langgar kereta orang pun buat tak reti aje. Sikali itu owner kereta
lain naik hangin, dia pergi ambik steering lock, hempuk cermin kereta awak. Masuk Harian Metro...

4. I-N-F-O-R-M pihak lain untuk sama-sama alihkan kereta ke tempat yang tidak menghalang
lalulintas.
Mengapa kita perlu inform pihak lain untuk alihkan kereta? Sebab mungkin tempat tu sesak, dan
takde emergency lane, jadi kena parking jauh-jauh (macam simpang ke Pandan di MR²). Kalau awak
main gerak aje jauh-jauh tapi tak inform, nanti orang tuduh kita cuba melarikan diri pulak. Kita
naik marah, orang memang dah marah, gaduh, masuk Harian Metro.

5. Handle tow truck sharks.
Kalau nak diikutkan, tow truck ni adalah step yang pertama dalam list ini. Sebab bangsa-bangsa
tow truck ni pantas, eksiden aje ZUPPP! Dah tepuk bahu ngkau, "Boss, lu punya kereta radiator
sudah pecah, kasi saya tarik sama lu punya kereta, okay?".
Legolas ko apo, laju nar sampai...

Nak handle tow truck ni, rules dia senang aje:

Kereta boleh jalan ke tak?
Kalau boleh jalan, cakap kat tokey tow truck tu dengan nada sopan tetapi penuh keyakinan,
"Takpe, saya boleh handle sendiri."

Kalau tak boleh jalan, tow ajelah. Apa mau buat?
Kekadang ada orang yang jadi ahli kelab auto inilah, itulah. Salah satu daripada benefit apabila
menjadi ahli kelab tersebut adalah dapat perkhidmatan tow truck percuma. Aaa... ini ikut
kesanggupan masing-masing. Kalau agak-agak diri tu:

a. Sanggup tunggu lama-lama;
b. Boleh menepis paksaan apek-apek tow truck;
c. Boleh tahan telinga dengar maki hamun dan bunyi hon kereta-kereta kat belakang yang kena
traffic jam sebab dihalang oleh kereta ngkau;

Maka call lah tow truck percuma tu dan tunggu.

Kalau tak sanggup, pakai ajelah mana-mana service apek tow truck yang ada time tu. Apa mau buat?

6. Anggarkan kos repair secara kasar.
Buat estimate pantas mengenai berapa kos untuk repair, kereta anda dan kereta lain yang terlibat.
Biasalah anggaran kasar, kalau headlight pecah - dalam RM300, kalau radiator bocor - dalam RM200.
Itu ikut masing-masing, ada orang tu ramai kenal mekanik, boleh bikin murah.

Lagi satu mau ingat, calar tak semestinya murah. Kalau pintu calar walaupun sikit, tapi kesan
calar tu dalam (sampai kemek panel), maka kalau nak repair kena cat satu panel pintu tu. Kalau
calar kat bumper, kena cat satu bumper. Memanglah boleh touch-up gitu-gitu, tapi tak lawa la...
kita nak gak jadi champion auto salon, dak gitu?

7. Tanya pihak yang bersalah: Mampu ke untuk repair?
Kalau kita yang bersalah, tanyalah diri sendiri, kalau orang lain yang bersalah, tanyalah orang
tu. Takkan itu pun nak kena ajar kot. Tanya:

Mampu tak nak keluar duit repair?
Kalau mampu, duit main pijak-pijak, dompet tebal macam ensiklopedia, bayar ajelah gantirugi time
tu. Lepas tu masing-masing boleh balik rumah dengan senang hati. Settle. SaddaqAllahulazim.

Kalau tak mampu?
Ha... kalau tak mampu, the magic word is: insurance. N-A-M-U-N B-E-G-I-T-U, ada beberapa soalan
yang perlu dijawab terlebih dahulu dengan pantas:

a. Adakah anda pihak yang bersalah?
b. Adakah kos repair lebih daripada RM300?

Kalau kita nak claim insurance pun, kita kena ada police report. Bila dah jumpa polis, polis akan
siasat siapa yang salah. Kalau kita yang salah, kita akan disaman RM300 ke bawah, bergantung
kepada kehebatan kita meng'kawtim'.

Katakanlah kos repair tu RM250, tapi kita tak mampu jugak nak bayar sebab bulan ni girlfriend
'pinjam' duit nak beli makeup:

Adakah berbaloi kita buat insurance claim?

Kena saman dah RM300, NCB (non-claim bonus atau NCD - non-claim discount) pun lesap, kereta lambat
siap (biaselah, insurance ni mintak duit cepat, bagi duit lembap, bloody fool...). Kesimpulannya,
kalau kos repair tu bawah RM300, kalau tak mampu pun, mampu-mampukanlah. Pinjam duit sanak-saudara
sahabat-handai. Tak cukup lagi? Cukup-cukupkan.

8. Catatkan nombor plate dan nombor telefon pemandu kereta lain yang terlibat.
Kalau tak nak settle luar, kena settle balai. Sebelum gerak pergi balai, ambiklah dulu apa-apa
details pihak lain yang terlibat, T-E-R-U-T-A-M-A-N-Y-A jika pihak itu yang bersalah, bukan kita.

Kenapa?

Iyelah, nanti cakap nak pergi balai, sekali lesap ntah ke mana. Putih la mata ngkau...
Kalau nombor handphone yang diberi, trylah call dulu untuk pastikan sahih atau tidak.

Tak payah nak ambik nombor IC, nombor driving license, nombor road tax ape semua kejadah, bukan
masuk repot pun. Ingat! Takde orang yang berhak mendapatkan nombor IC, nombor driving license
atau apa-apa dokumen lain milik kita kecuali Polis.

9. Buat repot polis.
Ajak sekali mana-mana pihak yang terlibat dalam eksiden untuk gerak ke balai polis terdekat
bersama-sama, pada waktu itu juga. Senang, takde serabut kepala otak. Kita repot, orang lain yang
terlibat pun repot sama. Kalau sorang repot hari ni, sorang repot hari lain, dah tak bersemuka
polis sama-sama. Bila dah tak bersemuka polis bersama-sama, mulalah nak nipu. "Saya betul Encik,
dia yang salah." Kalau sama-sama repot, nak nipu pun malu pasal pihak yang lain tu ada sama-sama
duduk tepi ngkau. Nak bertekak kat balai polis karang, tak pasal-pasal masuk lokap.

Kalau eksiden kawasan B-A-N-D-A-R-A-Y-A KL, besar kemungkinan kena pergi ke Balai Polis Jalan
Bandar. Ini cawangan trafik KL, tempat penggambaran drama Yusof Haslam (bukan Gerak Khas...).
Takde gunanya pergi ke balai polis berdekatan, nanti dia halau suruh pergi Jalan Bandar gak.

Buat police report dalam masa 24 jam. Antara details yang perlu:

1. Nombor plate kereta yang terlibat.
2. Nombor road tax kereta sendiri.

Polis akan bagi sekeping borang repot untuk diisi. Kalau balai polis tu ada pejabat cawangan
trafik, besar kemungkinan kita akan menaip repot dengan menggunakan PC, tak payah guna pen dan
kertas. Klik itu, klik ini, tiba-tiba karangan dah siap. Lepas tu editlah apa-apa yang nak edit.

Selepas repot dicetak, polis pun dah ambik gambar kerosakan kereta, maka siaplah repot. Jangan
lupa mintak salinan untuk diberikan kepada syarikat insurans.

11. Hantar kereta ke workshop.
Hantar la kereta ke workshop yang dipercayai D-A-N bukan sahaja dipercayai, malah kerja pun kemas
dan cepat. Tips: Kalau nak kereta siap cepat, pastikan workshop tu adalah panel syarikat insurans
kita. Kalau syarikat insurans kita Takaful, maka pastikan workshop tu panel Takaful. Kalau tokey
workshop tu kamceng dengan adjustor syarikat insurans, lagi cantek.

12. Pergi pejabat insurance untuk isi borang claim.
Step nombor 12 ini hanya perlu dilakukan sekiranya workshop tak handle urusan claim
(pandai repair aje, tak reti menulis dan membaca) atau kita nak settlekan kereta kita dengan
pantas (kekadang ada workshop yang boleh urus, tapi lembap).

Pergilah ke mana-mana pejabat syarikat insurans kita dengan membawa salinan repot polis. Adalah
bagus kalau kita pegi cawangan tempat kita buat insurans, pasal staff cawangan tu mungkin dah
kamceng ngan kita atau setidak-tidaknya dah pernah nampak muka kita. Mintak borang claim,
kemudian isikan borang tu. Antara details yang perlu diisi:

a. Nama workshop;
b. Nombor telefon workshop (atau contact person);
c. Kerosakan pada kereta (tick gambarajah).

Lepas submit borang claim, maka settle lah urusan. Syarikat insurans akan hubungi workshop.
Kekadang ada workshop yang akan contact owner bila adjustor syarikat insurans datang, itu
terpulanglah pada kita. Kalau kita nak tengok adjustor tu buat kira-kira untuk kos repair, kita
suruhlah workshop tu notify kita bila adjustor datang. Kalau tak nak, diam-diam ajelah, tunggu
kereta siap.
Back to top Go down
 

Pedoman Menghadapi Eksiden Utk Org-org Bertaqwa

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: