SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Dhani sudah berpatah arang dengan isteri Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Dhani sudah berpatah arang dengan isteri Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Dhani sudah berpatah arang dengan isteri

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12549
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Dhani sudah berpatah arang dengan isteri Empty
PostSubject: Dhani sudah berpatah arang dengan isteri   Dhani sudah berpatah arang dengan isteri Icon_minitime6/10/2007, 2:50 am

Ahmad Dhani


Vokalis Dewa 19 itu akui tidak peduli konflik rumah tangga bersama Maia, nafi nikahi Mulan

KISAH rumah tangganya yang sedang bergolak nampaknya lebih diberi perhatian. Maklumlah, walaupun kisahnya berlaku di Indonesia, namun dek kerana teknologi, sampai juga ke negara ini. Macam-macam versi yang sampai ke telinga, namun apa yang pasti cemburu serta curang, menjadikan rumah tangga gitaris terkenal kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani dan anggota kumpulan Ratu, Maia Estianty ini berantakan.

Justeru, apabila penyanyi sensasi ini hadir di ibu negara baru-baru ini bagi mengumumkan konsert jelajah lima kota di Malaysia mulai November ini, media tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan si empunya diri ini berhubung kisah itu. Nyata, walaupun sesekali menunjukkan reaksi kurang senang dengan soalan yang diajukan namun Ahmad Dhani tetap memberikan jawapan terhadap pertanyaan yang diberi walaupun ada antaranya memeranjatkan media mendengarnya.
Entah kerana api kemarahan masih lagi menyala ataupun rasa sayang di hati kian pudar, Dhani ketika ditemubual sanggup mengeluarkan kenyataan bahawa dia sudah tidak memikirkan lagi hal rumah tangganya selepas apa yang dibuat isterinya sebelum ini.

"Saya tidak peduli sama ada dia mahu pulang ke rumah atau tidak dan saya juga tidak peduli apa yang akan jadi pada rumah tangga kami. Sehingga kini, kami tidak pernah berkomunikasi kerana saya sudah lama tidak bertemu dengannya," jelas Dhani sekali gus mengejutkan mereka yang mendengarnya.

Sehingga kini, setelah hampir setahun, pergeseran antara sepasang suami isteri ini masih lagi belum menemui jalan akhir. Apa yang dilihat, hanya Maia saja yang lantang bersuara mempertikaikan kesetiaan si suami manakala Dhani lebih senang mengambil sikap berdiam diri.

Malah ketika diminta mengulas apa sebenarnya yang berlaku antaranya dan Mulan serta apakah punca menyebabkan rumah tangga mereka bergolak, Dhani lebih senang menyuruh media bertanyakan hal itu kepada Maia sendiri.

"Tanya saja pada Maia, dia kan lebih banyak berbicara hal rumah tangga di media berbanding saya. Saya tidak suka membicarakan hal seperti ini kepada sesiapa saja yang tidak berkenaan," begitulah tegasnya lelaki yang dikatakan genius dalam bidang muzik ini.

Tambahnya, sebagai suami dia berhak untuk mempertahankan pendiriannya kerana di dalam al-Quran sendiri ada menyatakan darjat seorang suami itu tinggi letaknya.

Ditanya apakah mereka berdua pernah bersemuka dan duduk berbincang bagi menyelesaikan masalah itu, Dhani mempunyai jawapannya sendiri.

"Maia tidak pernah menghormati saya sebagai seorang suami dan dia menuntut hak yang sama rata sedangkan dia tahu hakikatnya tidak begitu," kata Dhani yang turut menjaga anak-anak hasil perkongsian hidup mereka berdua.

Ditebak apakah benar dia mempunyai hubungan intim dengan Mulan sehingga dilihat keluar berbuka puasa bersama sambil ditemani anak-anak Mulan, Dhani berkata dia berhak untuk keluar dengan sesiapa saja.

"Saya nafikan yang kami ada hubungan cinta. Tetapi saya akui Mulan hanyalah sekadar rakan perniagaan saya. Lagipun rasanya tak salah kalau saya hendak keluar dengan sesiapa saja," katanya.

Mengenai sikap bapanya yang sendiri menghebahkan perihal dirinya sudah pun menikahi Mulan, tegas Dhani apa yang dikatakan bapanya itu sama sekali tidak benar.

"Dia berbohong dan dia sebenarnya tidak sihat," ujar si pelantun Laskar Cinta ini ringkas seolah-olah ingin menamatkan segera pertanyaan mengenai kisah rumah tangganya itu.
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
arep
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
arep

Male
Age : 39
location : Malaysia
Points : 12651
Reputation : 0
Number of posts : 1160

Dhani sudah berpatah arang dengan isteri Empty
PostSubject: Re: Dhani sudah berpatah arang dengan isteri   Dhani sudah berpatah arang dengan isteri Icon_minitime6/10/2007, 8:04 am

kesian dhani aku tgk
tak tahu sape yg salah
sape yang btol.....
Back to top Go down
razali_pb59047
SUPERIOR
SUPERIOR
razali_pb59047

Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : sabah
Tag ID: : SFC 06878
Points : 13402
Reputation : 10
Number of posts : 2090

Dhani sudah berpatah arang dengan isteri Empty
PostSubject: Re: Dhani sudah berpatah arang dengan isteri   Dhani sudah berpatah arang dengan isteri Icon_minitime30/8/2009, 9:28 pm

kahwin je dua2...lahir la the lucky laki
Back to top Go down
http://www.ceramic2u.com/razali_pb59047
EyCaBaBe
SUPERIOR
SUPERIOR
EyCaBaBe

Female
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : LD, MeMbaCuTe, 2aRaN...
Tag ID: : SFC 05013
Points : 14129
Reputation : 3
Number of posts : 2619

Dhani sudah berpatah arang dengan isteri Empty
PostSubject: Re: Dhani sudah berpatah arang dengan isteri   Dhani sudah berpatah arang dengan isteri Icon_minitime2/9/2009, 3:22 pm

hmmm..gini la rmhtgga...tp bez tgk ank2 drg nyanyi..
Back to top Go down
yazid_yusof
REGULAR
REGULAR
yazid_yusof

Male
Countries/State : Sabah
Age : 44
location : w/p labuan,keningau,seluruh sabah
Tag ID: : sfc07903
Points : 11543
Reputation : 2
Number of posts : 363

Dhani sudah berpatah arang dengan isteri Empty
PostSubject: Re: Dhani sudah berpatah arang dengan isteri   Dhani sudah berpatah arang dengan isteri Icon_minitime9/9/2009, 4:21 pm

biasa lah tu rumah tangga org saya pun tdk dpt buat komen nanti salah komen dosa yang saya dapt..tapi apa2 hal pun saya harap diorang kembali meniti perjalanan berkeluarga dengan bahagianya hingga akhir hayat demi anak2 mereka yang ganteng2...
Back to top Go down
ah chong
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ah chong

Male
Countries/State : Australia
Age : 41
location : melbourne,australia
Website : www.angle-d5.com/ahchong sioloon
Tag ID: : SFC 06241
Points : 12699
Reputation : 10
Number of posts : 1288

Dhani sudah berpatah arang dengan isteri Empty
PostSubject: Re: Dhani sudah berpatah arang dengan isteri   Dhani sudah berpatah arang dengan isteri Icon_minitime31/10/2009, 4:59 pm

susahlha mcmnie...mmg dah jd sumpahan ker kalau glamour mesti tidak lama umah tangga tue..heran sa oooo
Back to top Go down
Sponsored content




Dhani sudah berpatah arang dengan isteri Empty
PostSubject: Re: Dhani sudah berpatah arang dengan isteri   Dhani sudah berpatah arang dengan isteri Icon_minitime

Back to top Go down
 

Dhani sudah berpatah arang dengan isteri

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: GOSIP HANGAT :: Local-
Jump to: