Keselesaan memandu biasa dititikberatkan oleh semua pemandu. Dan, kompenan kereta yang paling dekat deangan pemandu ialah stering. Bayang ketika memandu, stering anda senget atau bergegar. Tentu tak selesakan? Bukan saja tidak selesa, malah boleh membahayakan pemanduan.
Biasanya gegaran stering berlaku pada tahap kelajuan 90km/j hingga ke 120km/j bergantung pada kenderaan. Ianya berpunca dari banyak faktor antaranya roda yang tidak seimbang deangan baik (balancing), tekanan udara pada roda kiri dan roda kanan tidak seimbang, mounting pada stering rack tidak dipasang dengan baik, ball joint pada stering tie rod end telah haus dan mungkin juga wheel bearing kereta sudah bermasalah.
Untuk memeriksa sendiri keadaan wheel bearing, anda perlu jack kereta pada satu bahagian dahulu (hadapan), kemudian goyangkan roda pada point pegangan pada pukul 3 dan 9. Jika terdapat ruang gegar, ini bermakna ball joint pada stering tie rod end telah haus, kemudian pegang puls pada posisi 12 dan 6. Jika terdapat ruang gegar, minta bantuan sesiapa ubtuk memijak brek pada ketika itu. Jika gegaran tiada, ini bermakna bearing wheel pada hub telah haus.
Untuk memeriksa stering rack pula, pada ketika enjin hidup, minta bantuan seseorang untuk memulaskan stering ke arah kiri dan kanan secara perlahan-lahan dan anda perlu memegang perumah stering rack dan perhatikan samada ia bergegar atau tidak dari lekapan terhadap badan kereta. Jika terdapat sedikit pergerakan, ini bermakna mounting bush pada rack tersebut perlu diganti.
Kadangkala pada kelajuan tinggi kereta anda akan terasa seperti melayang-layang. Masalah ini biasanya berkaitan dengan sistem suspensi (absober) dan pengedalian. Periksa saja suspensi anda. Jika terdapat minyal pada absober rod, ganti kerana kerosakkan sistem suspensi penyumbang terbanyak kepada kemalangan kereta.
me alffian