| Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda | |
|
Author | Message |
---|
benboy JUNIOR
Countries/State : Age : 44 location : Kuala Lumpur, Website : http://hebatpower.com/ Points : 10648 Reputation : 1 Number of posts : 166
| Subject: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda 30/12/2010, 3:15 pm | |
| Kesan pancaran matahari, hujan, lecah, embun dan pencemaran alam sekitar adalah faktor semula jadi yang menyebabkan kereta anda kotor dan tidak berseri.
Tetapi, bagi mereka yang mengambil berat terhadap kereta dan rajin membasuh sendiri, warna kereta anda akan sentiasa menawan, walaupun sudah berusia lima hingga 10 tahun. Malah, usaha anda pasti tidak saya-saya kerana kereta yang sentiasa bersih dan berkilat mempunyai nilai pasaran tinggi apabila dijual semula.
Sesetengah pemilik kereta memang malas atau tidak ada masa untuk membasuh kereta. Mereka sanggup mengeluarkan wang RM5 hingga RM10 sebagai upah mencuci keretanya. Bagaimanapun, jika basuh sendiri, selain berpuas hati, kerja itu adalah satu senaman.
Sebenarnya, tiada rahsia atau alat tertentu yang boleh menghindari cat kereta daripada cepat pudar dan luntur. Ia berkaitan dengan kepekaan anda, sama seperti anda menjaga kesihatan tubuh badan. Yang penting ialah mencuci kereta dengan kerap kerana ia boleh menghindarkan kesan pencemaran, sekali gus mengelakkan badan kereta daripada terlekat habuk, terutama yang boleh menyebabkan karat.
Pada dasarnya, kereta hendaklah dicuci sekali dalam masa dua atau tiga minggu. Apabila mencuci kereta, bahan cucian yang digunakan juga perlu dipilih dengan berhati-hati.
Pemilihan bahan pencuci yang tidak tepat boleh menyebabkan risiko karat kepada kereta. Anda dinasihatkan supaya jangan sekali-kali menggunakan sabun atau serbuk pencuci pakaian untuk mencuci kereta kerana bahan pencuci itu mengandungi garam yang boleh menyebabkan karat. Untuk memudahkan cucian, gunakanlah kain lembut atau span. Anda perlu menyiram kenderaan dengan air yang banyak bagi menghilangkan buih sebelum dikeringkan dengan kain bersih.
Selain menggunakan sabun, ada pemilik kereta yang menggunakan bahan pengilat selepas mencuci untuk menjadikan cat kereta lebih berkilat. Bahan pengilat mampu menghapuskan kekotoran yang melekat pada badan kereta. Bagaimana pun, anda perlu memilih bahan pengilat yang sesuai dengan kereta anda, sama ada menggunakan cat biasa atau metalik. Teknik mengilat kereta juga harus dipelajari bagi memastikan penggunaan bahan itu selaras dengan harganya. Pastikan bahan pengilat diletakkan pada kain bersih. Selepas itu gosokkan secara sama rata pada permukaan kereta. Sebaik-baiknya anda melakukan gosokan dengan gerakan bulatan. Anda perlu menunggu beberapa minit sehingga bahan pengilat yang melekat pada bahagian yang disapukan itu bertukar warna keputihan sebelum ia digosok untuk kali kedua.
Panduan paling penting ialah jangan sekali-kali menggunakan bahan pengilat di bawah pancaran matahari terik kerana ia menimbulkan hasil yang kurang memuaskan. Tidak dapat dinafikan ramai pengguna tertipu membeli bahan pengilat dan syampu pencuci yang berkualiti rendah. Bahan yang bermutu rendah mempunyai kesan sampingan seperti merosakkan warna serta menyebabkan permukaan bercalar.
Selalunya, pemilik kereta hanya menumpukan perhatian terhadap penjagaan bahagian luaran kereta. Mereka sering kali meninggalkan bahagian dalam kereta yang turut mencerminkan kebersihan sesebuah kereta.
Beberapa bahagian dalam terutama besi atau bingkai tingkap, tepi lantai dan rangka pintu, turut mempunyai bahagian yang bercat. Bahagian ini juga perlu dibersihkan kerana sesiku pada tetingkat dan tepi pintu selalunya menjadi perangkap air dan habuk. Jika anda membiarkannya, lama kelamaan ia boleh meninggalkan kesan karat yang teruk. Pembersihan optimum pastinya merangkumi seluruh komponen dalaman dan luaran kereta, termasuk enjin. Bagaimanapun, anda dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati jika mahu membersihkan bahagian enjin kerana cukup sensitif dengan air terutama akibat pancutan air yang kuat.
DAPATKAN INFO2 SETERUSNYA DI SINI http://suarakayangan.blogspot.com/2010/10/cara-mengekalkan-kilauan-kereta-anda.html |
|
| |
im MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : |||||TAWAU||||| Tag ID: : SFC 07691 Points : 16960 Reputation : 75 Number of posts : 5575
| Subject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda 31/12/2010, 11:06 am | |
| thanx 4 da info...klu tiap2 hari cuci dan kasi bersih kereta pun akan menimbulkan kepuasan hati...heheh... |
|
| |
Kornurts SIFU
Countries/State : Age : 34 location : KK**TAWAU** Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew] Tag ID: : SFC 15951 Points : 18869 Reputation : 128 Number of posts : 8256
| Subject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda 31/12/2010, 11:40 am | |
| yaa,,btul tu bro..klu tiap2 hr kasi polish/wax kreta boleh ka bro??x da effect sma cat kreta ka?? |
|
| |
im MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : |||||TAWAU||||| Tag ID: : SFC 07691 Points : 16960 Reputation : 75 Number of posts : 5575
| Subject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda 31/12/2010, 10:35 pm | |
| klu dlm jangka masa pendek, mmg xnmpk la dgn jelas, tp kesan utk j/masa pjg, mmg ada kesan...cat semakin pudar... |
|
| |
powerrud CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 44 location : Tawau-kk-papar Tag ID: : SFC 11816 Points : 12442 Reputation : 4 Number of posts : 1654
| Subject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda 31/12/2010, 10:51 pm | |
| jangan pakai produk yg murah n bukan dari jenama yg terkenal..sabun kreta rm18 tu ok la tu |
|
| |
sidi@hacker REGULAR
Countries/State : Age : 38 location : LAHAD DATU SABAH Tag ID: : SFC 14607 Points : 10951 Reputation : 5 Number of posts : 450
| Subject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda 1/1/2011, 2:28 am | |
| kasi wax la 1 mingu 1 kali hehehehhhe |
|
| |
im MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : |||||TAWAU||||| Tag ID: : SFC 07691 Points : 16960 Reputation : 75 Number of posts : 5575
| Subject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda 1/1/2011, 7:11 am | |
| salah satu cara jgk yg bole digunakan ialah mengelakkan kereta berjemur dan terkena embun...disamping mengelakkan kereta drpd gangguan lain.. |
|
| |
CryZee SENIOR
Countries/State : Age : 33 location : Kota Belud Points : 11864 Reputation : 2 Number of posts : 836
| Subject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda 6/1/2011, 11:52 am | |
| paling ngam bt la garaj spya trjaga juga skit.. |
|
| |
im MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : |||||TAWAU||||| Tag ID: : SFC 07691 Points : 16960 Reputation : 75 Number of posts : 5575
| Subject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda 7/1/2011, 6:59 pm | |
| klu letak dlm garaj mmg bagus tu bro tp nanti tdk nampak kilauannya bah, mau kasi bersinar2 sikit kena cahaya tu... |
|
| |
keba ELITE
Countries/State : Age : 35 location : Kemaman - Kota Bharu Website : contact 01119778382 Tag ID: : SFC08063 Points : 15281 Reputation : 69 Number of posts : 3981
| Subject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda 7/1/2011, 7:26 pm | |
| ad org ckp basuh kreta pkai sunlight.. ad jgk yg campur ngan mnyak petrol.. |
|
| |
im MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : |||||TAWAU||||| Tag ID: : SFC 07691 Points : 16960 Reputation : 75 Number of posts : 5575
| Subject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda 7/1/2011, 7:35 pm | |
| campur dgn minyak petrol??? x ada efek ka? minyak tu x menghakis cat ka??? |
|
| |
keba ELITE
Countries/State : Age : 35 location : Kemaman - Kota Bharu Website : contact 01119778382 Tag ID: : SFC08063 Points : 15281 Reputation : 69 Number of posts : 3981
| Subject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda 7/1/2011, 8:27 pm | |
| mnyak tu mhakis jgk.. kalau lama2 basuh ngan sabun+petrol, bleh luntur wrna..tp bkilat la pas basuh..huhu |
|
| |
im MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : |||||TAWAU||||| Tag ID: : SFC 07691 Points : 16960 Reputation : 75 Number of posts : 5575
| Subject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda 9/1/2011, 5:46 pm | |
| satu cara lagi, sentiasa memastikan kereta bebas drpd sebarang embun... |
|
| |
Arzie JUNIOR
Countries/State : Age : 51 location : Sri Tanjung, Tawau Tag ID: : SFC 12727 Points : 10753 Reputation : 2 Number of posts : 82
| Subject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda 14/1/2011, 3:08 pm | |
| kalau kereta tu masih cat yg asal, mmg tahan warna nya dalam 5 - 7 tahun... tp kalau cat dr wokshop, tahan dalam 3 tahun jak.... itu pun kalau d jaga ngan baik, rajin d polish (2 bulan sekali).... |
|
| |
wanB1 CONTRIBUTOR
Age : 43 location : kota kinabalu,papar,bongawan Points : 12315 Reputation : 0 Number of posts : 1652
| Subject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda 6/3/2011, 1:30 pm | |
| saya mmg suka ini topik..klu saya..mmg saya jarang hntar p carwash sbb hmpir 80% cuciannya xmemuaskan hati...lg best cuci sendiri...skrng saya menggunakan produk penjagaan kereta dr meguiars..meguiars ultimate car wash n wax utk cucian,meguiars clay kit,ultimate compound utk polishing n meguiars NXT tech wax 2.0 utk protection..n maintaining i guna meguiars ultimate quick wax n ultimate quick detailer...hasilnya cat kereta saya dh dekat 5 tahun tp masih nmpak macam bru d cat |
|
| |
im MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : |||||TAWAU||||| Tag ID: : SFC 07691 Points : 16960 Reputation : 75 Number of posts : 5575
| Subject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda 6/3/2011, 3:25 pm | |
| - wanB1 wrote:
- saya mmg suka ini topik..klu saya..mmg saya jarang hntar p carwash sbb hmpir 80% cuciannya xmemuaskan hati...lg best cuci sendiri...skrng saya menggunakan produk penjagaan kereta dr meguiars..meguiars ultimate car wash n wax utk cucian,meguiars clay kit,ultimate compound utk polishing n meguiars NXT tech wax 2.0 utk protection..n maintaining i guna meguiars ultimate quick wax n ultimate quick detailer...hasilnya cat kereta saya dh dekat 5 tahun tp masih nmpak macam bru d cat
tengok dalam web meguiars tu macam best saja produk diorang tu kan? |
|
| |
wanB1 CONTRIBUTOR
Age : 43 location : kota kinabalu,papar,bongawan Points : 12315 Reputation : 0 Number of posts : 1652
| Subject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda 9/3/2011, 5:49 pm | |
| - im wrote:
- wanB1 wrote:
- saya mmg suka ini topik..klu saya..mmg saya jarang hntar p carwash sbb hmpir 80% cuciannya xmemuaskan hati...lg best cuci sendiri...skrng saya menggunakan produk penjagaan kereta dr meguiars..meguiars ultimate car wash n wax utk cucian,meguiars clay kit,ultimate compound utk polishing n meguiars NXT tech wax 2.0 utk protection..n maintaining i guna meguiars ultimate quick wax n ultimate quick detailer...hasilnya cat kereta saya dh dekat 5 tahun tp masih nmpak macam bru d cat
tengok dalam web meguiars tu macam best saja produk diorang tu kan? yup..mmg the best..aku mmg pkai ni produk,dr sabun,clay kit,polish,wax n detailer semua saya ada..mmg mahal sket..tp puas hati..lasting dr brand murah2..xcaya try la bro..itu brg skrng ada d parkson 1borneo n parkson wawasan plaza..i rekemen u pki swirl x utk ksi hlang calar n NXT 2.0 tech wax utk maximum protection n perfect show car shining...konfom puas hati bro..mau belajar lgi lnjut tgk jak dlm website dia |
|
| |
im MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : |||||TAWAU||||| Tag ID: : SFC 07691 Points : 16960 Reputation : 75 Number of posts : 5575
| Subject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda 13/3/2011, 1:50 pm | |
| bro, mau tanya ni...kalau kereta yang tidak berkilat sudah pakai produk yang ko cadangkan ni, ada kilatnya ka jugak kalau pakai??? |
|
| |
benboy JUNIOR
Countries/State : Age : 44 location : Kuala Lumpur, Website : http://hebatpower.com/ Points : 10648 Reputation : 1 Number of posts : 166
| Subject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda 3/5/2011, 1:54 pm | |
| SY JARANG BASUH KETER..HEHEHE |
|
| |
kent1189 CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 40 location : miri sarawak Website : http://www.lowisslow.com Tag ID: : SFC 18976 Points : 11097 Reputation : 19 Number of posts : 1183
| Subject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda 27/7/2011, 8:21 am | |
| - wanB1 wrote:
- saya mmg suka ini topik..klu saya..mmg saya jarang hntar p carwash sbb hmpir 80% cuciannya xmemuaskan hati...lg best cuci sendiri...skrng saya menggunakan produk penjagaan kereta dr meguiars..meguiars ultimate car wash n wax utk cucian,meguiars clay kit,ultimate compound utk polishing n meguiars NXT tech wax 2.0 utk protection..n maintaining i guna meguiars ultimate quick wax n ultimate quick detailer...hasilnya cat kereta saya dh dekat 5 tahun tp masih nmpak macam bru d cat
just nk kongsi pengalaman la, utk tindakan berjaga-jaga sebelum terkena: bagi pengguna kenderaan yg mempunyai intercooler especially 4wheel drive, berhati2 bila hantar kereta anda di kedai cuci yg menggunakan high pressure water jet. warning awal2 pekerja tu supaya x pancit kt intercooler dgn tekanan air yg kuat. aku sudah kena dengan kereta family Ford Ranger turbo intercooler, intercooler punya sirip habis tumbang dan rosak seterusnya menyumbat lubang2 angin yg sepatutnya melalui sirip2 intercooler tersebut.. mahal brg tu, ku minta claim dia cuma dpt byar separuh harga je.. Iklampes.. |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda | |
| |
|
| |
| Cara Mengekalkan Kilauan Kereta Anda | |
|