SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Datuk Seri.... tertipu Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Datuk Seri.... tertipu Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Datuk Seri.... tertipu

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15429
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Datuk Seri.... tertipu Empty
PostSubject: Datuk Seri.... tertipu   Datuk Seri.... tertipu Icon_minitime9/3/2011, 11:45 am

Datuk Seri.... tertipu Pixmiddleg
TERTIPU...Rosman menunjukkan batu karang yang dikeluarkan hospital.


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bergelar Datuk Seri bukan saja kerugian RM20,000, malah nyaris maut akibat terlalu percayakan kehebatan bomoh yang mendakwa boleh berinteraksi dengan makhluk halus, sekali gus mampu menyembuhkan penyakit batu karang kronik dialaminya.

Mahu dikenali sebagai Rosman, lelaki itu berkata, disebabkan percaya kepada bomoh terbabit dia mengambil risiko menangguhkan pembedahan membuang batu karang hanya dalam tempoh kurang 24 jam dari waktu dijadualkan.

“Saya mengikut bomoh itu ke Sabah untuk berubat cara istimewa dengan menggunakan makhluk halus. Namun, selepas membelanjakan ribuan ringgit, penyakit saya tidak sembuh.

“Malah, sekembalinya dari Sabah saya rebah ketika berada di rumah kerana penyakit yang disangka sudah baik itu berada di tahap kritikal.



“Mujur isteri cepat bertindak dengan membawa ke hospital, jika tidak mungkin ajal saya sudah sampai,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.



Rosman berkata, keputusannya menghubungi bomoh temberang itu dibuat selepas ternampak iklan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum ke hospital untuk membuat persiapan masuk ke wad pembedahan.

Sebelum itu, dia menjalani pemeriksaan di sebuah pusat perubatan di Ampang dan doktor mengarahkannya menjalani pembedahan segera berikutan penyakit batu karangnya mencapai tahap kritikal.

“Sebaik dihubungi, bomoh itu meyakinkan saya rawatannya mengambil masa singkat, malah tidak perlu menanggung kesakitan kerana pembedahan dijalankan secara batin dan dilakukan makhluk halus,” katanya.

Menurut Rosman, dia bersama keluarga pergi ke Kota Kinabalu dan sejurus tiba, dia dibawa berjumpa seorang wanita berusia 90 tahun bagi memulakan sesi rawatan.

Selepas perutnya diperiksa, wanita terbabit mengeluarkan 13 batu berwarna kehitaman yang didakwa batu karang.

“Selepas batu karang dikeluarkan, wanita itu memberitahu penyakit saya sembuh sepenuhnya. Bagi menghilangkan curiga, saya membuat pemeriksaan susulan di sebuah pusat perubatan swasta dan terkejut apabila doktor memaklumkan, batu karang sudah tiada.

“Saya gembira kerana menyangka sudah sembuh, tapi sebulan kemudian saya pengsan dan hampir mati. Mujur tindakan pantas doktor mengeluarkan batu karang melalui pembedahan menyelamatkan nyawa saya,” katanya.

Sehubungan itu, Rosman berharap kejadian menimpanya menjadi pengajaran kepada orang ramai supaya tidak tertipu dengan rawatan bomoh, terutama yang mendakwa menggunakan makhluk halus dan mengambil kesempatan mengenakan caj tinggi.

Sementara itu, wartawan Harian Metro yang berpura-pura menjadi pesakit menemui bomoh terbabit dan dia mengesahkan mengenakan caj RM19,000 hingga RM50,000 kepada pesakitnya.

Malah, bomoh berusia 40-an itu juga mendakwa memiliki 16 kereta mewah dan beberapa banglo di Lembah Klang serta Sabah.

Lebih melucukan apabila dia menjelaskan bayaran dikenakan munasabah kerana dia perlu menghantar makhluk halus miliknya ke Lautan Atlantik untuk mengambil air mata duyung dan mengembara ke hutan tebal bagi mencari penawar mujarab mengubati penyakit.

“Saya perlu menjaga hati makhluk halus yang berdamping dengan saya sejak kecil kerana ia mampu merawat pelbagai penyakit dalam lima saat dan segala derita pesakit selama bertahun-tahun akan sembuh.

“Pesakit boleh melihat makhluk halus ini dengan izin saya apabila ia memasuki badan saya untuk melakukan proses rawatan,” katanya yang mendakwa mampu merawat pelbagai penyakit termasuk santau, buatan orang dan batu karang.

Bomoh itu mendakwa, makhluk halus belaannya akan memantau setiap pesakit dari mula proses rawatan hingga selesai, malah pesakit akan dijaga selama mana diinginkan.
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 34
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18871
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Datuk Seri.... tertipu Empty
PostSubject: Re: Datuk Seri.... tertipu   Datuk Seri.... tertipu Icon_minitime9/3/2011, 11:08 pm

adede...menipu lg tu..napa x tangkap trus org tua tu..bkn alang2 cas dikenakan tu...boleh ksi kluar ninja king da tu...kekekeke
Back to top Go down
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15429
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Datuk Seri.... tertipu Empty
PostSubject: Re: Datuk Seri.... tertipu   Datuk Seri.... tertipu Icon_minitime11/3/2011, 9:42 am

kenapa mesti habiskan duit dengan berubat dengan bomoh....simangsa bukan sahaja ditipu malahan penyakit yang hidapi bertambah parah........
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
fuumin
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
fuumin

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Lahad Datu, Sabah
Tag ID: : SFC3259
Points : 13001
Reputation : 7
Number of posts : 1048

Datuk Seri.... tertipu Empty
PostSubject: Re: Datuk Seri.... tertipu   Datuk Seri.... tertipu Icon_minitime11/3/2011, 5:34 pm

padahal doktor da sarankan lakukan pembedahan ,kenapa mesti jumpa bomoh haizz
klu doktor da mati akal lain crita la wakakakaa
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 44
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16962
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Datuk Seri.... tertipu Empty
PostSubject: Re: Datuk Seri.... tertipu   Datuk Seri.... tertipu Icon_minitime11/3/2011, 7:18 pm

bahaya itu bomoh ooo, ada jin peliharaan...kalau mau harapkan jin yang sembuhkan, tidak payah la...baik ikhtiar dengan cara yang halal lagi diberkati...
Back to top Go down
razlan
FRESHIE
FRESHIE


Male
Countries/State : Sabah
Age : 34
location : kota kinabalu
Tag ID: : SFC: 07332
Points : 11281
Reputation : 1
Number of posts : 56

Datuk Seri.... tertipu Empty
PostSubject: Re: Datuk Seri.... tertipu   Datuk Seri.... tertipu Icon_minitime11/3/2011, 7:34 pm

kasian ba c pacik. klu dia blnja sy kepsi ngam jg 2. wakakaka. 2lah ba dia x cari sy,lau nda,...sembuh juga dia 2. contohnya pacik sy. kena ubat ikut cara kampung (bobolian). kes yg sma jg batu karang. masi hidup lg pn smpai skg. spital pn kasi sah xda sda batu karang. hihi. siapa urg kota marudu yg dtg dr pndalaman,tau 2 sy bohong atau nda. free lg. trplg ma kerelaan ati kita mau bg brpa ja sma itu org (bobolian).
Back to top Go down
fuumin
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
fuumin

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Lahad Datu, Sabah
Tag ID: : SFC3259
Points : 13001
Reputation : 7
Number of posts : 1048

Datuk Seri.... tertipu Empty
PostSubject: Re: Datuk Seri.... tertipu   Datuk Seri.... tertipu Icon_minitime12/3/2011, 9:57 am

tgk untung nasib jg la ,klu berusaha utk sembuh pasti ada caranya tu hehe
Back to top Go down
HondaCRV
SENIOR
SENIOR
HondaCRV

Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : Tawau-kota kinabalu
Tag ID: : SFC 05102

Points : 12163
Reputation : 6
Number of posts : 694

Datuk Seri.... tertipu Empty
PostSubject: Re: Datuk Seri.... tertipu   Datuk Seri.... tertipu Icon_minitime12/3/2011, 10:19 am

jangan la pecaya dengan2 benda ni~ semua nya tipu belaka..~ Smile
Back to top Go down
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15429
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Datuk Seri.... tertipu Empty
PostSubject: Re: Datuk Seri.... tertipu   Datuk Seri.... tertipu Icon_minitime12/3/2011, 12:08 pm

bomoh ini nak telan duit aje sebab tulah mereka sanggup menipu....mana ada berkatnya kalau asyik menipu aje.
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 44
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16962
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Datuk Seri.... tertipu Empty
PostSubject: Re: Datuk Seri.... tertipu   Datuk Seri.... tertipu Icon_minitime13/3/2011, 1:20 pm

sudahla menipu lepas tu pulak hampir meragut nyawa si pesakit...bomoh apa ka macam ini sampai senang2 tertipu...kali datuk seri itu pun cetek agama juga smpai jadi macam tu...
Back to top Go down
Sponsored content




Datuk Seri.... tertipu Empty
PostSubject: Re: Datuk Seri.... tertipu   Datuk Seri.... tertipu Icon_minitime

Back to top Go down
 

Datuk Seri.... tertipu

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: