rina01 SUPERIOR
Countries/State : Age : 43 location : melaka Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/ Tag ID: : [B][I][url Points : 15443 Reputation : 31 Number of posts : 1806
| Subject: Kepala ditetak, perut dibakar 4/5/2011, 8:57 am | |
| IPOH: Seorang lelaki tidak hanya ditetak berulang kali di kepala hingga mati, malah perutnya dibakar oleh penjenayah hingga hangus sebelum ditinggalkan di taman permainan kanak-kanak di sini, pagi semalam.
Mayat mangsa ditemui sekumpulan warga emas yang bersenam di taman permainan di Taman Dr Seenivasagam, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mayat lelaki dikenali sebagai M Daniel, 31, itu ditemui terbaring berlumuran darah tidak jauh dari papan selaju di taman permainan berkenaan. Mangsa yang masih lengkap berpakaian itu parah kesan tetakan senjata tajam di kepala, muka dan tangan termasuk kesan torehan pisau sepanjang 7.5 sentimeter di dahi.
Adik mangsa, M Donovan, 30, yang ditemui di Bilik Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) semalam berkata, kali terakhir dia menemui abangnya itu kira-kira jam 5 petang kelmarin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi semalam berkata, pihaknya percaya mangsa dipukul sebelum dibunuh berdasarkan kesan kecederaan teruk ditetak senjata tajam di kepala, tangan dan muka.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati, perut mangsa juga terdapat kesan terbakar.
“Mayat mangsa di bawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat,” katanya. |
|
Kornurts SIFU
Countries/State : Age : 34 location : KK**TAWAU** Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew] Tag ID: : SFC 15951 Points : 18885 Reputation : 128 Number of posts : 8256
| Subject: Re: Kepala ditetak, perut dibakar 4/5/2011, 9:21 am | |
| fuhhh...dashyat jg....kes dendam ka ni... |
|
im MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : |||||TAWAU||||| Tag ID: : SFC 07691 Points : 16976 Reputation : 75 Number of posts : 5575
| Subject: Re: Kepala ditetak, perut dibakar 4/5/2011, 3:13 pm | |
| dendam betul la tu bro, sudah mati pun dibakar lagi isi perut...adui....sandi betulll... |
|
aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15110 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: Kepala ditetak, perut dibakar 4/5/2011, 5:20 pm | |
| ini kes dengki atau sakit hati ni... hahaha kalau tidak maybe kes bawa lari bini org... ahaks |
|
Kornurts SIFU
Countries/State : Age : 34 location : KK**TAWAU** Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew] Tag ID: : SFC 15951 Points : 18885 Reputation : 128 Number of posts : 8256
| Subject: Re: Kepala ditetak, perut dibakar 4/5/2011, 7:44 pm | |
| ahHaa...setuju dgn Taiko...klu kes bawa lari bini org..mmg x hairan la kes bgni ni...huahuahuahua... |
|
im MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : |||||TAWAU||||| Tag ID: : SFC 07691 Points : 16976 Reputation : 75 Number of posts : 5575
| Subject: Re: Kepala ditetak, perut dibakar 4/5/2011, 10:27 pm | |
| mungkin bole jadi jugak kes bawa lari aweks orang ni... |
|
Sponsored content
| Subject: Re: Kepala ditetak, perut dibakar | |
| |
|