SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Ambil berkat malam Jumaat Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Ambil berkat malam Jumaat Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Ambil berkat malam Jumaat

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12549
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Ambil berkat malam Jumaat Empty
PostSubject: Ambil berkat malam Jumaat   Ambil berkat malam Jumaat Icon_minitime24/10/2007, 2:47 pm

Erra-Emran tidka miliki sebab tertentu kenapa pilih 25 Oktober untuk simpulkan ikatan cinta suci

BENARLAH bagai dijanjikan, pelakon cantik Erra Fazira mengotakan janji yang dibuat Jumaat lalu untuk mengumumkan tarikh pernikahannya pada hari Isnin. Memegang kata-katanya, sekeping kad dilayangkan ke meja Hip oleh pengurusnya, Syed pagi Isnin lalu.

Teka teki tarikh pernikahannya terjawab dengan kehadiran kad undangan berwarna krim yang tertera dua gambar bakal mempelai lengkap dengan pakaian pengantin.


Setelah lebih sebulan mengikat tali pertunangan, pasangan yang pernah menimbulkan kontroversi itu sepakat memilih tarikh 25 Oktober iaitu esok untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah. Tarikh itu menepati ramalah media massa, namun ketika ditemui menemani bakal suaminya mencuba sut di Lord’s Tailor, Jumaat lalu kedua-duanya enggan mengesahkan kesahihan tarikh yang digembar-gemburkan banyak pihak.

Ditanya kenapa terlalu berahsia soal tarikh pernikahan mereka, walhal banyak pihak sudah menjangkakan tarikh berkenaan, kata Erra, dia berbuat demikian untuk berlaku adil kepada semua media. Tambahnya, tidak mahu ada pihak yang berkecil hati seandainya ada yang terlebih dulu mengetahui perkhabaran gembira itu.

Tiada simbolik atau maksud tertentu kenapa tarikh 25 Oktober itu dipilih. Sebaliknya mereka hanya mahu mengambil keberkatan Khamis malam Jumaat agar perkahwinan yang dibina atas dasar suka sama suka diberkati hingga ke akhir hayat.

"Sebenarnya tidak ada sebab tertentu kenapa kami memilih tarikh itu. Cuma kami mahu mengambil keberkatan Khamis malam Jumaat saja. Kami sendiri yang memilih tarikh berkenaan dan mendapat persetujuan ahli keluarga yang lain," kata Emran ketika dihubungi.

Tidak mahu majlis pernikahannya dicemari dengan sebarang kejadian yang tidak diingini sebarang kekecohan kerana majlis diadakan dalam suasana sederhana pihak pengantin meminta kami untuk tidak mendedahkan lokasi pernikahan mereka.

"Kami mengadakan majlis yang sederhana saja, jadi kami meminta jasa baik pihak media untuk tidak mendedahkan di dalam media lokasi pernikahan kami," kata mempelai yang memilih sebuah restoran terkemuka untuk mengikat hubungan suci itu.

Perancang perkahwinan terkemuka, Pak Abu dipilih untuk menghiasi ruang restoran menjadi sebuah singgah sana indah. Erra dan Emran pula akan menggayakan pakaian daripada pereka terkemuka seperti Radzuan Radziwill, Butik Citra, Jovian Mandagie, Lord’s Tailor dan Butik Cosry di majlis pernikahan dan persandingan mereka nanti.
Kegagalan rumah tangga yang dibina selama tiga tahun dengan Yusry Abdul Halim juga seorang pelakon dan penyanyi, langsung tidak mematahkan semangat Erra untuk meniti alam rumah tangga buat kali kedua. Sebaliknya kegagalan lalu mengajar Erra untuk lebih berhati-hati bergelar seorang suri di hati Emran.

"Kita tidak seharusnya berputus asa dengan peristiwa lalu dan terus menghindarinya. Saya sudah bersedia untuk meniti kembali alam perkahwinan. Namun tidak dinafikan perkara yang lalu menjadikan saya lebih berwaspada. Saya tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama dan harapan saya menggunung untuk memulakan hidup baru," katanya.

Memandangkan ini perkahwinan kedua buat Erra dan pertama buat Emran, pelakon jelita itu mahu meraikan perkahwinannya dengan sederhana mungkin. Di pihaknya, sebuah majlis kecil-kecilan berkonsep dalam taman diadakan khas untuk saudara mara dan rakan taulan terdekat untuk meraikan Emran.

Namun disebabkan bakal suaminya belum pernah berkahwin, Erra bersetuju dengan majlis persandingan yang bakal diadakan di sebelah lelaki pada 3 November nanti. Kata Erra, dia mahu Emran merasa duduk di atas pelamin kerana bakal suaminya itu belum pernah meniti alam perkahwinan.

"Kalau ikutkan kami tidak rancang untuk buat bersungguh-sungguh seperti yang pernah Erra lalui. Hendak diikutkan bertunang pun Erra tidak mahu tetapi oleh sebab Emran belum pernah melalui semua itu jadi kami adakan juga. Sebab itu di pihak Erra tidak ada majlis besar. Hanya majlis akad nikah dan majlis kecil-kecilan untuk raikan rakan taulan dan saudara mara terdekat. Cuma di pihak Emran saja majlis persandingan diadakan," jelasnya lagi.

Bagi setiap pasangan, perkara yang paling ditakuti kebanyakan bakal pengantin adalah saat akad nikah, kala ditanya apakah dia berdebar menantikan saat itu. Emran memberitahu, setakat ini dia masih boleh mengawal gejolak hatinya.

"Setakat ini saya masih boleh mengawal perasaan gementar. Namun, sudah semestinya saya gembira bakal bergelar suami tetapi dalam gembira pun persiapan perlu dibuat," katanya yang bertunang dengan Erra pada 7 September lalu setelah lebih tiga bulan berkenalan.
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
 

Ambil berkat malam Jumaat

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: GOSIP HANGAT :: Local-
Jump to: