First topic message reminder :Butod adalah sejenis ulat yang hidup di dalam pokok rumbia yang telah reput.Butod biasanya memakan batang rumbia yang reput. Bagi penggemar makanan exzotik, makanan seperti ulat rumbia ini adalah makanan yang istemewa kerana mempunyai khasiat protien yang tinggi. Proses untuk mendapatkan ulat rumbia ini bukanlah mudah kerana pokok rumbia mestilah ditebang terlebih dahulu untuk dijadikan tempat bertelur oleh "indungnya" .
Proses ini biasanya memakan masa kira2 sebulan atau lebih selepas pokok rumbia atau "polod" ditebang. Kita biasanya akan mengetahui batang rumbia itu mempunyai "butod" dengan cara mendengar atau melihat adanya "indung" berterbangan di kawasan itu.Butod biasanya akan mengeluarkan bunyi apabila memakan batang rumbia tadi.Butod bolehlah dimakan mentah2 tetapi harus dibersihkan terlebih dahulu atau dimasak. Biasanya butod akan ditumis dengan minyak sehingalah garing.Butod yang telah dimasak sangat sedap dihidangkan dengan nasi panas atau bagi kebiasaan kaum kadazan dusun butod seringkali dijadikan "pusas" dalam upacara keramaian.
sumber: http://sabahanz.blogspot.com