| Jakim tarik balik sijil halal | |
|
Author | Message |
---|
rina01 SUPERIOR
Countries/State : Age : 43 location : melaka Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/ Tag ID: : [B][I][url Points : 15443 Reputation : 31 Number of posts : 1806
| Subject: Jakim tarik balik sijil halal 9/5/2011, 9:35 am | |
| PUTRAJAYA: Sijil pengesahan halal sebuah syarikat pengeluar daging dan produk nilai tambah berasaskan ayam seperti sosej dan bebola daging yang beribu pejabat di Pulau Pinang ditarik balik serta-merta berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam produk keluaran syarikat terbabit.
Menurut laman web Hub Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), keputusan itu dibuat pada mesyuarat Panel Pengesahan Halal yang diadakan pada 22 April lalu.
“Kajian terhadap produk keluaran syarikat berkenaan mendapati terdapat DNA babi, menyebabkan sijil halal syarikat itu ditarik balik serta-merta.
“Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru sijil halal yang menggunakan produk keluaran syarikat terbabit perlu menukar produk itu kepada produk lain yang memiliki sijil halal diiktiraf,” kata kenyataan dalam laman web itu.
Selain itu mereka juga perlu mengemukakan resit pembelian produk baru, melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri.
Tindakan itu diambil selepas mendapati syarikat itu melakukan kesalahan serius dalam Pensijilan Halal Malaysia (PHM) kerana membabitkan hukum syarak dan aspek teknikal.
Antara kesalahan membabitkan hukum syarak termasuk pengesahan status tidak halal terhadap produk, bahan ramuan dan peralatan oleh pihak berkuasa agama yang diiktiraf selepas dipersetujui Panel Pengesahan Halal, menggunakan ramuan tidak halal selepas memiliki sijil halal dan menyimpan bahan ramuan atau produk halal dengan tidak halal di tempat sama.
Kesalahan lain termasuk menggunakan peralatan dan perkakasan yang bercampur antara halal dengan tidak halal, memproses kenderaan yang tidak sempurna sembelihannya dan membawa masuk bahan tidak halal ke premis atau syarikat yang mendapat PHM serta menggunakan ‘stunning’ menyebabkan haiwan mati.
Kesalahan dari segi teknikal pula adalah perpindahan premis atau kilang tanpa memaklumkan Jakim, perubahan pengurusan dan nama syarikat tanpa memaklumkan kepada Jakim, penyembelih dan pemeriksa yang tidak memiliki tauliah atau tamat tempoh serta penggunaan ‘stunning’ tidak mengikut piawaian yang ditetapkan. |
|
| |
madee MODERATOR
Countries/State : Age : 45 location : KB - Labuan - Tenom Tag ID: : sFc 04528 Points : 20363 Reputation : 26 Number of posts : 8968
| Subject: Re: Jakim tarik balik sijil halal 9/5/2011, 10:24 am | |
| alalala...mau tau tu apa nama makanan tu... |
|
| |
bumbek MODERATOR
Countries/State : Age : 48 location : Tawau/Kudat/ Tuaran Tag ID: : SFC 02666 Points : 14035 Reputation : 10 Number of posts : 2993
| Subject: Re: Jakim tarik balik sijil halal 9/5/2011, 1:39 pm | |
| apa nama brand tu ah..... kenapa mesti mau masuk bahan dari "tu", kan bagus buat yg halal jadi semua agama blh makan.... untung lagi tu. |
|
| |
aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15110 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: Jakim tarik balik sijil halal 9/5/2011, 5:42 pm | |
| kenapa tidak bagi tahu brand hotdog tu? jangan2 ada dalam peti sejuk pula nanti tu brand... |
|
| |
im MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : |||||TAWAU||||| Tag ID: : SFC 07691 Points : 16976 Reputation : 75 Number of posts : 5575
| Subject: Re: Jakim tarik balik sijil halal 9/5/2011, 6:36 pm | |
| barangnya memang tidak dapat dikenalpasti tapi pengeluar produk itu ialah SYARIKAT LUCKY FOOD PROCESSING SDN BHD...
PENARIKAN SIJIL PENGESAHAN HALAL SYARIKAT LUCKY FOOD PROCESSING SDN BHD
Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.12/2011 yang diadakan pada 22 April 2011 telah memutuskan supaya Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn Bhd (No. Siri Sijil 010949-010966) ditarik balik berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam produk keluaran syarikat tersebut. Penarikan tersebut berkuatkuasa serta merta. Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Lucky Food Processing Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut:
1) menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;
2) mengemukakan resit pembelian produk baru;
3) melakukan proses samak; dan
4) mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.
sumber: http://www.halal.gov.my/ehalal/index.php?ty=content_view&id=NEW-20110503081657&type=NEW |
|
| |
Kornurts SIFU
Countries/State : Age : 34 location : KK**TAWAU** Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew] Tag ID: : SFC 15951 Points : 18885 Reputation : 128 Number of posts : 8256
| Subject: Re: Jakim tarik balik sijil halal 9/5/2011, 9:45 pm | |
| barangkali klu rasanya lain2 dia la tu...wadehhh.... |
|
| |
im MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : |||||TAWAU||||| Tag ID: : SFC 07691 Points : 16976 Reputation : 75 Number of posts : 5575
| Subject: Re: Jakim tarik balik sijil halal 9/5/2011, 9:54 pm | |
| kalau saya confirm tidak akan makan la, suda tau haram... |
|
| |
Kornurts SIFU
Countries/State : Age : 34 location : KK**TAWAU** Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew] Tag ID: : SFC 15951 Points : 18885 Reputation : 128 Number of posts : 8256
| Subject: Re: Jakim tarik balik sijil halal 9/5/2011, 10:16 pm | |
| tp yg mnghairankn..knp dorg campur tu DNA babi dlm sosej n bebola dgg??klu bilang utk mnguntungkn tidak juga...klu utk mnganiayai mgkin jg kn bro??atau faktor mmbuat tu mknan lebih sedap ka atau apa... |
|
| |
im MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : |||||TAWAU||||| Tag ID: : SFC 07691 Points : 16976 Reputation : 75 Number of posts : 5575
| Subject: Re: Jakim tarik balik sijil halal 10/5/2011, 6:48 pm | |
| banyak faktor jugak tu kenapa diorang campur dna tu...yang penting kena jangan beli la... |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Jakim tarik balik sijil halal | |
| |
|
| |
| Jakim tarik balik sijil halal | |
|