First topic message reminder :
zubirintip@bharian.com.my
ORANG bercinta, awak pun nak bercinta, tapi bila dah mabuk cinta, tiba-tiba sentap dengan perkara yang ‘geli’. Tak keterlaluan jika Zubir katakan, artis popular ni perasan dirinya hebat apabila mempunyai kekasih yang boleh tahan kacaknya, tapi bodoh!
Jika ada aktres lain bercinta, mesti dia kutuk teman lelaki orang tu, gemuklah, buncitlah, kedekutlah, tak romantik dan macam-macam lagi, kononnya dia seorang saja yang bagus dapat ‘balak’ hebat. Bagi Zubir, teman lelakinya tu biasa-biasa saja, bukannya meletup sangat pun, can do lah... Setakat pelakon baru, hebat sangat ke? Lainlah kalau dapat ‘balak’ macam Tom Cruise!
Nak dijadikan cerita, artis popular ni berlakon dalam produksi yang sama dengan teman lelakinya itu. Sekalipun melabel diri mereka sebagai pasangan kekasih, tapi semestinya apabila berlakon dalam sesebuah drama atau filem itu, mereka juga diberi watak sebagai pasangan kekasih. Dapat berlakon sama di bawah satu bumbung pun dah kira cukup baik, hari-hari dapat tengok muka.
Suatu hari ni, teman lelakinya diminta menjayakan satu babak romantik dengan seorang pelakon wanita yang boleh tahan comelnya. Mengikut skrip disediakan, selain arahan pengarah, teman lelakinya diminta melakonkan babak manja-manja bersama pelakon cantik tadi, bukannya apa sangat, setakat pegang-pegang tangan saja, lepas tu cium kat dahi!
Zubir dengar cerita daripada beberapa krew yang melihat pembikinan babak berkenaan, sebaik saja pengarah kata “cut”, artis popular ni dah nampak semacam, muka macam nak menangis, tapi masih control. Adegan yang seterusnya pula, artis cantik tadi diminta oleh pengarah supaya mencium tangan pelakon lelaki tadi, sekali gus hero pun mencium sekali lagi dahi pelakon cantik tadi. Berlakon beb, tolonglah!
Apabila teman lelakinya dah dua kali cium dahi, apa lagi pelakon popular yang bangga sangat dapat kekasih kacak ni, berderai air mata, bukan sikit-sikit beb, tapi dia terus berlari meninggalkan set penggambaran, masuk dalam kereta, meraung! Kejadian itu disaksikan semua krew, apa lagi gelak besarlah dia orang. Rupa-rupanya si pelakon popular ni cemburu tak kena tempat.
Sebaik saja menyedari kekasih hati dah merajuk, pelakon lelaki tadi terus mendapatkan buah hatinya untuk proses memujuk! Lama jugalah kena pujuk. Betul tak Zubir kata tadi, pelakon popular ni memang bodoh, teman lelaki cium gadis cantik ketika mereka berlakon, itu pun nak sendu! Lain kali, kalau ada perasaan cemburu yang meluap-luap tu, simpan saja kekasih awak tu dalam peti ais!
Bagi Zubir, kalau tak boleh terima insiden remeh-temeh macam tu, berhenti jadi pelakon.