rina01 SUPERIOR
Countries/State : Age : 43 location : melaka Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/ Tag ID: : [B][I][url Points : 15445 Reputation : 31 Number of posts : 1806
| Subject: Protein rambut dalam roti, pau 16/5/2011, 8:29 am | |
| KOTA BHARU: Pengguna Islam di negara ini perlu berhati-hati dalam memilih bahan makanan berikutan kajian dilakukan terhadap roti, kek dan pau yang dijual di pasaran ketika ini dikesan mengandungi protein rambut atau ‘L-cyscine’ yang disahkan haram penggunaannya.
Segelintir penyedia bahan makanan berkenaan juga merahsiakan penggunaan ramuan meragukan itu dengan tujuan melembutkan produk dihasilkan, selain rasanya lebih sedap hingga meningkatkan hasil jualan dan menguntungkan mereka.
Difahamkan bekalan protein rambut itu mudah didapati di China sebelum dipasarkan ke negara ini, manakala bahan berkenaan akan diadun bersama tepung untuk menghasilkan kek atau roti.
Perkara berkenaan didedahkan pengasas Piawaian Amalan Pengilangan Islam (IMP), Ahmad Tajuddin Arshad, yang mendakwa kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menemui bahan meragukan di dalam produk bahan makanan itu.
Beliau berkata, bahan itu boleh didapati dengan mudah di negara ini kerana yang dijual di pasaran sudah diadun bersama tepung untuk membuat kek, roti atau pau.
“Fatwa mengesahkan pengharaman memakan organ badan manusia dan rambut pula dikategorikan sebagai organ badan manusia. Jadi ia sudah disahkan haram penggunaannya dalam masakan kepada umat Islam.
“Universiti Al-Azhar di Mesir juga mengesahkan fatwa mengenai pengharaman makan organ badan manusia (merujuk protein rambut), manakala kajian CAP, roti, kek dan pau mengandungi protein rambut untuk menjadikan makanan terbabit lebih menarik,” katanya pada Seminar Usahawan IMP di sebuah hotel di sini, semalam.
Program disertai kira-kira 30 usahawan Muslim di negeri itu bertujuan memberi kesedaran kepada golongan terbabit mengenai kepentingan penggunaan bahan halal dalam produk makanan dan minuman dihasilkan mereka.
Katanya, pengharaman bahan berkenaan begitu jelas kerana dalam Islam, makanan yang dimakan akan mempengaruhi sikap individu.
“Jika bahan makanan mengandungi organ manusia iaitu rambut, ia mempengaruhi sikap pemilik asal rambut itu kepada individu berkenaan.
“Jadi saya harap pengguna lebih berhati-hati dengan penggunaan bahan tidak jelas dari mana datangnya terutama dijadikan sebagai bahan makanan mereka setiap hari,” katanya.
Selain itu, beliau berkata, terdapat segelintir peniaga pisang goreng menggunakan plastik untuk menjadikan tepung lebih rangup sedangkan perbuatan mereka itu menyebabkan pengguna terdedah kepada kanser.
Katanya, hasil maklumat diperoleh, peniaga akan memasukkan plastik ke dalam minyak panas sebelum menggoreng pisang.
“Bukan sekadar menggunakan plastik ke dalam minyak panas, peniaga ini juga bertindak memasukkan perisa tambahan ke dalam tepung untuk menggoreng pisang,” katanya.
“Sedangkan kita tahu penggunaan bahan perisa boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada orang ramai dalam jangka panjang.
“Kesedaran perlu ada dalam diri peniaga supaya tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata“ katanya. |
|
Kornurts SIFU
Countries/State : Age : 34 location : KK**TAWAU** Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew] Tag ID: : SFC 15951 Points : 18887 Reputation : 128 Number of posts : 8256
| Subject: Re: Protein rambut dalam roti, pau 16/5/2011, 12:05 pm | |
| ada jg sy dgr psal cmpur straw yg suda hancur2 time goreng pisang ni...utk kasi rangup kunu...wadehhh... |
|