| Kajian harga RON95 awal Jun | |
|
Author | Message |
---|
rina01 SUPERIOR
Countries/State : Age : 43 location : melaka Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/ Tag ID: : [B][I][url Points : 15445 Reputation : 31 Number of posts : 1806
| Subject: Kajian harga RON95 awal Jun 18/5/2011, 9:22 am | |
| IPOH: Kerajaan akan mengkaji semula harga produk petroleum termasuk petrol RON95 bulan depan bagi menentukan harga sedia ada pada kadar RM1.90 akan kekal atau sebaliknya.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kajian semula itu akan dilakukan bersama agensi lain termasuk Kementerian Kewangan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) bertujuan menentukan sama ada harga sedia ada kekal berdasarkan tanggungan subsidi kerajaan.
Katanya, kerajaan tidak boleh terus menanggung subsidi produk petroleum pada jumlah tinggi sehingga berbelas bilion ringgit kerana jumlah sebesar itu sepatutnya boleh dibelanjakan untuk projek yang memanfaatkan rakyat.
“Mengikut pelan Rasionalisasi Subsidi, kajian semula dibuat enam bulan sekali terhadap subsidi semua produk. “Sehubungan itu, untuk petrol RON95, diesel dan LPG (gas cecair asli) kajian terakhir dibuat pada Disember tahun lalu.
“Ini bermakna bulan ini atau awal Jun akan berlaku kajian semula untuk pertengahan tahun. “Saya tidak boleh memberi gambaran apa yang akan berlaku, tetapi kajian akan dibuat dan tanggungan subsidi kerajaan adalah tinggi,” katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Ipoh Barat di sini, semalam.
Menurutnya, buat masa ini, tanggungan kerajaan bagi produk petroleum terlalu tinggi, malah tahun lalu kerajaan menanggung RM8 bilion dan jika kenaikan harga petroleum dunia berterusan, tanggungan akan menjadi RM18 bilion iaitu kenaikan RM10 bilion.
“Walaupun minggu lalu saya mengatakan tidak ada kenaikan (RON95) buat masa ini, namun ia tidak menjamin harga minyak akan kekal selama-lamanya kerana tanggungan subsidi kerajaan terhadap produk petroleum pada masa sekarang adalah tinggi,” katanya.
Menurutnya, jika subsidi dikurangkan, jumlah peruntukan RM10 bilion itu dapat digunakan bagi membina lebih banyak sekolah, jalan kampung, projek perumahan rakyat serta memberi lebih bantuan pelajaran kepada rakyat.
“Rakyat perlu sedar jumlah subsidi besar ditanggung kerajaan,” katanya.
dan ia sepatutnya dibelanjakan untuk projek yang lebih memberi manfaat kepada pelbagai lapisan rakyat," katanya.
Menurutnya, kali terakhir harga RON95 naik adalah pada Disember tahun lalu iaitu lima sen kepada RM1.90 seliter.
Sementara itu, Ismail Sabri turut memberi amaran kepada mana-mana peniaga yang cuba menaikkan harga barangan pada kadar tidak munasabah dan boleh diambil tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatuan.
“Kenaikan harga gula 20 sen yang diumumkan baru-baru ini sepatutnya tidak membebankan pengeluar makanan kerana kajian mendapati setiap kenaikan harga produk sepatutnya tidak melebihi 0.05 sen,” katanya.
sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KajianhargaRON95awalJun/Article/index_html |
|
| |
Kornurts SIFU
Countries/State : Age : 34 location : KK**TAWAU** Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew] Tag ID: : SFC 15951 Points : 18887 Reputation : 128 Number of posts : 8256
| Subject: Re: Kajian harga RON95 awal Jun 18/5/2011, 11:00 am | |
| Sementara itu, Ismail Sabri turut memberi amaran kepada mana-mana peniaga yang cuba menaikkan harga barangan pada kadar tidak munasabah dan boleh diambil tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatuan.
mmg ada peniaga cuba ambil ksempatan tu... |
|
| |
im MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : |||||TAWAU||||| Tag ID: : SFC 07691 Points : 16978 Reputation : 75 Number of posts : 5575
| Subject: Re: Kajian harga RON95 awal Jun 18/5/2011, 4:47 pm | |
| pokoknya kalau harga ini dinaikkan sebelum PRU, kemungkinan akan mempengaruhi vote pengundi....hihihi.... dan memang pasti akan naik punya la.... |
|
| |
nawi19 SENIOR
Countries/State : Age : 34 location : kk Points : 11274 Reputation : 5 Number of posts : 593
| Subject: Re: Kajian harga RON95 awal Jun 18/5/2011, 5:53 pm | |
| ckp hari tu confirm x naik harga..now d pertimbangkan..adeeeehhhh..jnji manis |
|
| |
im MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : |||||TAWAU||||| Tag ID: : SFC 07691 Points : 16978 Reputation : 75 Number of posts : 5575
| Subject: Re: Kajian harga RON95 awal Jun 18/5/2011, 6:08 pm | |
| bukan janji manis tu bro, janji pahit tu, susah mau telan sudah makanan klu naik harga jugak...kesian orang2 kurang berada... |
|
| |
nawi19 SENIOR
Countries/State : Age : 34 location : kk Points : 11274 Reputation : 5 Number of posts : 593
| Subject: Re: Kajian harga RON95 awal Jun 18/5/2011, 7:59 pm | |
| yaaaa bro..susa la macam ni.. |
|
| |
im MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : |||||TAWAU||||| Tag ID: : SFC 07691 Points : 16978 Reputation : 75 Number of posts : 5575
| Subject: Re: Kajian harga RON95 awal Jun 18/5/2011, 8:03 pm | |
| naik 5 sen pun confirm harga barang naik sampai 30 sen...itu yang tidak best... kalaupun harga tidak naik, mungkin kuantiti barang dikurangkan....cth: nasi lemak dulu 1.50 banyak, sekarang, satu kali saja sumbat mulut.... |
|
| |
nawi19 SENIOR
Countries/State : Age : 34 location : kk Points : 11274 Reputation : 5 Number of posts : 593
| Subject: Re: Kajian harga RON95 awal Jun 18/5/2011, 8:12 pm | |
| hahahahahahahaha..sandi la cmni.. |
|
| |
im MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : |||||TAWAU||||| Tag ID: : SFC 07691 Points : 16978 Reputation : 75 Number of posts : 5575
| Subject: Re: Kajian harga RON95 awal Jun 18/5/2011, 8:16 pm | |
| nampaknya kalau naik jugak, gigit jari la nampaknya ni...sudahla gaji tidak naik2... |
|
| |
nawi19 SENIOR
Countries/State : Age : 34 location : kk Points : 11274 Reputation : 5 Number of posts : 593
| Subject: Re: Kajian harga RON95 awal Jun 18/5/2011, 8:36 pm | |
| bkn tmbah senang bro..tmbah susa adala klu gini.. |
|
| |
Shinigami_TWU SUPERIOR
Countries/State : Age : 35 location : TAWAU Website : facebook.com/Shinigami.sfc12348. Tag ID: : SFC 12348 Points : 12917 Reputation : 27 Number of posts : 2135
| Subject: Re: Kajian harga RON95 awal Jun 18/5/2011, 10:02 pm | |
| susah jugak klu kita nak sshkan kerajaan sahaja... sbb subsidi utk mnyk ne mmg sgt2 tggi.. mmg kena sdr hal ne lah.. tp aku pun stil berharap jugak supaya harga mnyk subsidi akn sentiasa kita nikmati... |
|
| |
im MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : |||||TAWAU||||| Tag ID: : SFC 07691 Points : 16978 Reputation : 75 Number of posts : 5575
| Subject: Re: Kajian harga RON95 awal Jun 18/5/2011, 11:13 pm | |
| tidak apa, kita tungu dan lihat saja macam mana pendekatan menyelesaikannya... |
|
| |
Shinigami_TWU SUPERIOR
Countries/State : Age : 35 location : TAWAU Website : facebook.com/Shinigami.sfc12348. Tag ID: : SFC 12348 Points : 12917 Reputation : 27 Number of posts : 2135
| Subject: Re: Kajian harga RON95 awal Jun 19/5/2011, 11:44 am | |
| btol.. kita tggu dan lihat jak.. kesian jugak kerajaan xhabis2 di persalahkan utk semua hal yg berlaku trutama peningkatan harga mnyk sdgkan harga mnyk dunia yg sememangnya meningkat teruk.dan kerajaan msia pulak menanggung subsidi yg sgt2 tggi. kita lebih bnyk menyalahkan mereka sdgkan kita tidak berada di tmpt mereka ttpi macam kita ne tahu segala2nya pulak.. just wait n see... |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Kajian harga RON95 awal Jun | |
| |
|
| |
| Kajian harga RON95 awal Jun | |
|