SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Beli televisyen LED, dapat LCD ??? Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Beli televisyen LED, dapat LCD ??? Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Beli televisyen LED, dapat LCD ???

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15443
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Beli televisyen LED, dapat LCD ??? Empty
PostSubject: Beli televisyen LED, dapat LCD ???   Beli televisyen LED, dapat LCD ??? Icon_minitime28/5/2011, 8:54 am

TELEVISYEN diod pemancar cahaya (LED) tetapi bukan LED yang sebenarnya.

Walaupun sukar mempercayainya tetapi hakikatnya semua televisyen LED yang berada di pasaran tempatan pada masa ini bukan televisyen LED dalam erti kata yang sebenar.

Menurut Pengurus Kanan Kejuruteraan dan Servis, Toshiba Sales & Services Sdn. Bhd., Liew Ah Yoong, semua produk itu merupakan televisyen paparan cecair kristal (LCD) yang menggunakan cahaya belakang LED.

Namun, katanya, semua syarikat pengeluar memasarkannya sebagai televisyen LED mungkin kerana strategi pemasaran.

''Sehingga hari ini, hanya Sony mengeluarkan televisyen LED sebenar atau diod pemancar cahaya organik (OLED), itu pun hanya satu dua model dan mungkin hanya ada di Jepun.

''Saya sendiri tidak tahu bagaimana rupa televisyen LED kerana tidak pernah melihatnya,'' katanya pada prosiding Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Ipoh, Perak, baru-baru ini.

Ah Yoong hadir sebagai saksi kepada syarikat Kim Seen Electronic Trading bagi memberitahu situasi sebenar terhadap tuntutan yang dikemukakan oleh Liew Moi Fah, 55.

Moi Fah menuntut supaya syarikat itu mengembalikan semula wangnya sebanyak RM5,350 kerana didakwa menjual televisyen LCD kepadanya, sedangkan dia mahu membeli televisyen LED.

Menurut Moi Fah, dia membeli televisyen tersebut pada Januari lalu dan mendapati ia bukan televisyen LED sebulan kemudiannya.

''Semasa berkumpul beramai-ramai sempena sambutan Tahun Baru Cina pada Februari lalu, anak saudara saya memberitahu bahawa televisyen itu bukan televisyen LED tetapi LCD 'kahwin' LED. Kes seperti ini banyak berlaku di Singapura.

''Saya juga dapati pada kad jaminan televisyen tersebut tertera LCD dan pemeriksaan pada laman web Toshiba tidak menjumpai sebarang produk televisyen LED,'' katanya.

Setelah mendengar penjelasan tersebut, Presiden TTPM, Maznah Haron memerintahkan supaya Kim Seen Electronic Trading yang diwakili oleh Tang Boh Leng mengambil semula televisyen itu dan mengembalikan RM4,235.42 kepada pihak yang menuntut.

Dalam hal ini, katanya, kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi memastikan pengguna tidak dikelirukan antara televisyen LED dan televisyen LCD yang menggunakan cahaya belakang LED.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0528&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_02.htm
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 34
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18885
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Beli televisyen LED, dapat LCD ??? Empty
PostSubject: Re: Beli televisyen LED, dapat LCD ???   Beli televisyen LED, dapat LCD ??? Icon_minitime28/5/2011, 11:05 pm

di sini lah kebingungan brlaku...LED....LCD....wakakaka...macam sama ja klu dgr...
Back to top Go down
fuumin
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
fuumin

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Lahad Datu, Sabah
Tag ID: : SFC3259
Points : 13015
Reputation : 7
Number of posts : 1048

Beli televisyen LED, dapat LCD ??? Empty
PostSubject: Re: Beli televisyen LED, dapat LCD ???   Beli televisyen LED, dapat LCD ??? Icon_minitime28/5/2011, 11:10 pm

LED tv mahal owh..klu aku skrin laptop pun ckup la hehe
Back to top Go down
mad
MODERATOR
mad

Male
Countries/State : Sabah
Age : 46
location : Sandakan,Tawau
Tag ID: : SFC 02182
Points : 13187
Reputation : 10
Number of posts : 2088

Beli televisyen LED, dapat LCD ??? Empty
PostSubject: Re: Beli televisyen LED, dapat LCD ???   Beli televisyen LED, dapat LCD ??? Icon_minitime29/5/2011, 12:50 am

yaa,,,,led tu mahal.....lcd brand lama pnya
Back to top Go down
Sponsored content




Beli televisyen LED, dapat LCD ??? Empty
PostSubject: Re: Beli televisyen LED, dapat LCD ???   Beli televisyen LED, dapat LCD ??? Icon_minitime

Back to top Go down
 

Beli televisyen LED, dapat LCD ???

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: