DALLAS - Tulang dua ekor dinasour yang lengkap dan berkualiti tinggi telah dilelong, sebelum berjaya dijual kepada sebuah muzium pada harga AS$2.75 juta (RM8.33 juta).
Dilelong oleh rumah lelongan Heritage Auctions, tulang dua ekor dinasour yang setinggi 5.79 meter itu adalah daripada keluarga dinasour triceratops.
Diperoleh daripada seorang pengumpul pada harga AS$657,250 (RM1.9 juta), dinasour Allosaurus dan Stegasaurus dikatakan bermusuh kerana rahang Allosaurus ditemui di bahagian kaki Stegasaurus, sekali gus membawa teori dua pemangsa itu terlibat dalam pergaduhan.
Lelongan yang berlangsung di Dallas tersebut melibatkan lebih 200 barangan. Antaranya batu meteorit, mineral dan fosil-fosil.
Heritage Auctions enggan mendedahkan muzium mana yang membeli tulang dinasour itu. Ia bagaimanapun menyatakan muzium tersebut terletak di luar Amerika Syarikat (AS).
"Saya gembira kerana pasangan dinasour ini mendapat 'rumah' yang baru. Ia merupakan spesimen era Jurassic yang ikonik dan penting. Kini, ia akan pergi ke destinasi terakhir dan orang ramai berpeluang melihatnya secara dekat," kata pengarah sejarah semula jadi Heritage Auctions, David Herskowitz.
sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0615&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm