SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Dah penat ker???? dah tahu??? - Page 2 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Dah penat ker???? dah tahu??? - Page 2 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Dah penat ker???? dah tahu???

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2
AuthorMessage
MiRA_TaSHa
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
MiRA_TaSHa

Female
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 00002
Points : 13012
Reputation : 0
Number of posts : 2047

Dah penat ker???? dah tahu??? - Page 2 Empty
PostSubject: Dah penat ker???? dah tahu???   Dah penat ker???? dah tahu??? - Page 2 Icon_minitime26/10/2007, 8:36 pm

First topic message reminder :

Cuaca petang itu begitu panas dan matahari masih bersinar terik. Dua orang pemuda melangkah laju masuk ke dalam perpustakaan sambil mengepit buku. "Ahhh!! Barulah sejuk sedikit." kata seorang pemuda sambil mengibas-gibaskan bajunya. Mereka berdua terus melangkah menaiki tangga.

Ternyata di tingkat teratas perpustakaan itu tidak ramai yang duduk di situ. Mereka berdua memilih sudut yang agak terlindung untuk belajar.

Masa terus berlalu. Beberapa jam kemudian... ..

"Ahhh! Aku dah penatlah. Aku balik dahululah." kata seorang pemuda itu sambil mengemaskan buku-bukunya. Majalah "Popular Science" dan "National Geographic" yang bersepah di atas meja di susun rapi.

"Allah! engkau ni. Awal lagi ini. Baru pukul tujuh."

"Aku ada temujanji malam ini." kata pemuda itu sambil tersengih-sengih.

"Wah! padanlah." sahut kawannya.

"Engkau masih belum mahu balik lagike?" tanyanya.

"Aku hendak mengulangkaji sedikit lagi. Tak apalah, engkau baliklah dahulu." kata rakannya sambil tersenyum-senyum.

Selesai mengemaskan bukunya pemuda itu melangkah turun meninggalkan rakannya yang masih tekun mengadap buku. Pemuda pertama itu meneruskan bacaannya mengenai sejarah orang

Sekali-sekala dia mengangkat kepalanya melihatkan sekeliling. Suasana perpustakaan itu sudahpun agak lengang kerana sudah ramai pelajar yang balik, malah tiada seorangpun yang tinggal di bahagian tingkat atas perpustakaan itu. Suasana yang sunyi itu lebih disukainya kerana lebih mudah baginya untuk mengulangkaji.

Tiba-tiba dia berbau satu haruman yang lembut. Dia terperanjat kerana apabila mengangkatkan kepalanya ada seorang gadis yang jelita yang berambut panjang duduk berhadapan dengannya, tekun membaca. Hatinya berdebar-debar seketika melihatkan kejelitaan gadis itu. Gadis itu tersipu-sipu apabila menyedari dirinya direnung sebegitu.

"Hai! Buat apa tu." tegurnya.

Gadis itu membalas senyumannya dengan senyuman manis. "Boleh saya menumpang duduk di sini. Di sini sunyi, tidak ada orang, jadi saya duduk dekat awak." jawabnya dengan lembut.

Dia berasa gembira. "Ada peluang nampaknya kali ini." katanya dalam hati.

Dia cuba mengajak gadis itu berbual-bual, ternyata gadis itu tidak menolak. Mereka berdua mula bersembang panjang.

"Boleh saya pinjam pen awak sekejap?" tanya gadis itu.

"Boleh-boleh" dia menjawab sambil menghulurkan pennya kepada gadis itu.

"Terima kasih. Saya pulangkan pen awak ini." suara lembut gadis itu menerpa cuping telinganya.

Dia menghulurkan tangannya untuk menyambut pen yang di hulurkan oleh gadis itu.

Tiba-tiba muka gadis itu berubah menjadi merah lalu tertunduk tersipu-sipu kemalu-maluan, apabila dia cuba mencapai tangan gadis itu, tetapi ternyata gadis itu lebih tangkas merentap balik tangannya itu.

Dia agak hampa kerana gagal menggengam tangan gadis itu lalu mengetuk meja dengan pen tetapi pennya itu terjatuh pula ke bawah meja. Dia menyelinap ke bawah meja untuk mengambil pen itu, tetapi dia mengangkatkan kepalanya terlalu cepat sehinggakan detum, kepalanya terhantukkan ke bawah meja itu.

Dia menyumpah-yumpah apabila mendengarkan gadis itu tertawa perlahan-lahan. Dia sedang menggosok-gosokkan kepalanya apabila dengan tiba-tiba bulu romanya menegak berdiri apabila dia melihat dengan ekor matanya kerusi di hadapannya itu. Darahnya berderau dan dia bangun menegak kembali sambil terus menggosokkan -gosokkan kepalanya sambil melihat kearah gadis itu yang duduk tersenyum di hadapannya sambil
menutup mulut dengan tangan.

Dia mula mengemas-gemaskan bukunya dengan cepat. Untuk menguatkan semangatnya dia berkata "Ahhh... dah penatlah. Nak baliklah."

Gadis itu hanya tersenyum mendengarkan perkataannya lantas menjawab "Dah penat ke, dah tahu... "

Dia tidak bertangguh lagi terus lari lintang pukang menerpa ke tangga. Pandangannya melihatkan sepasang kaki yang tinggal rangka di hadapannya di bawah meja, sedangkan rupa seorang gadis cantik di sebelah atas yang bercakap- cakap dengannya cukup menyeramkannya.

Sepanjang jalan itu, suara gadis itu berulang-ulang kedengaran bertanyakan "Dah penat ke, dah tahu? "Dah penat ke, dah tahu?" disertai deraian ketawa mengelikik.

Tanpa bertangguh lagi dia memecut lebih laju, berlari balik, putih tapak kaki, tanpa menoleh kebelakang lagi.

Jadi anda dah penat ke sebab dah tahu? Cuba-cubalah lihat siapa yang duduk di belakang awak itu ?
Back to top Go down
http://www.tagged.com/mira_tasha

AuthorMessage
chico89
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
chico89

Male
Age : 35
location : keningautawau
Tag ID: : 03268
Points : 11977
Reputation : 3
Number of posts : 1265

Dah penat ker???? dah tahu??? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Dah penat ker???? dah tahu???   Dah penat ker???? dah tahu??? - Page 2 Icon_minitime29/11/2008, 3:44 pm

bAbY('_') wrote:
chico89 wrote:
ahahahah..
jdi takut pla mo pgi library..
library kn sejuk..
hihiiiih

ahahah..xkan takut antu kot..?ekekeke.. pale xdha pape jua bha 2...mana2 tempat pun ada jak 2..uhuhuuu...yg penting kita wat keja kita dha uda..ehehehhe....dah penat ke dha tau..ahahahah..

hihihih..
takut tu xda la sis..
ekkekke..
Back to top Go down
zul@LA
SUPERIOR
SUPERIOR
zul@LA

Male
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : kapayan
Tag ID: : 03519
Points : 12761
Reputation : 12
Number of posts : 2259

Dah penat ker???? dah tahu??? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Dah penat ker???? dah tahu???   Dah penat ker???? dah tahu??? - Page 2 Icon_minitime29/11/2008, 11:40 pm

huhuhu... bgus cite ni lariiii
Back to top Go down
dea_les@co
FRESHIE
FRESHIE
dea_les@co

Female
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : penampang
Tag ID: : SFC 03000
Points : 12011
Reputation : 0
Number of posts : 65

Dah penat ker???? dah tahu??? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Dah penat ker???? dah tahu???   Dah penat ker???? dah tahu??? - Page 2 Icon_minitime1/12/2008, 12:02 am

hantu pun pandai pergi libraryka? wakakaka....
Back to top Go down
usman
ELITE
ELITE
usman

Male
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : labuan n kb
Tag ID: : SFC 05218
Points : 14611
Reputation : 7
Number of posts : 3056

Dah penat ker???? dah tahu??? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Dah penat ker???? dah tahu???   Dah penat ker???? dah tahu??? - Page 2 Icon_minitime29/11/2009, 4:47 pm

hantu tu pun mo study juga...
mo ambik degree...
wakakakka...
Back to top Go down
CryZee
SENIOR
SENIOR
CryZee

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : Kota Belud
Points : 11868
Reputation : 2
Number of posts : 836

Dah penat ker???? dah tahu??? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Dah penat ker???? dah tahu???   Dah penat ker???? dah tahu??? - Page 2 Icon_minitime30/11/2009, 3:18 am

nasib nda da urg blkang aq..
Back to top Go down
Sponsored content




Dah penat ker???? dah tahu??? - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Dah penat ker???? dah tahu???   Dah penat ker???? dah tahu??? - Page 2 Icon_minitime

Back to top Go down
 

Dah penat ker???? dah tahu???

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 2 of 2Go to page : Previous  1, 2

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: KECOH KECOH SITU SANA SINI :: Story-
Jump to: