SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
‘Ulat’ tampil imej korporat Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
‘Ulat’ tampil imej korporat Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 ‘Ulat’ tampil imej korporat

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15323
Reputation : 31
Number of posts : 1806

‘Ulat’ tampil imej korporat Empty
PostSubject: ‘Ulat’ tampil imej korporat   ‘Ulat’ tampil imej korporat Icon_minitime20/6/2011, 10:33 am

SEPANG: Segak berpakaian kemas, lengkap bertali leher dan berjaket. Sekali pandang, ramai menyangka mereka pegawai hotel atau syarikat tertentu yang menyambut tetamu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini.

Namun, pada hakikatnya mereka ‘ulat’ profesional yang sengaja menampilkan imej korporat dan bergerak secara berkumpulan bagi mengaburi mata pelancong dan pihak berkuasa, sekali gus memudahkan mereka untuk ‘mencuri’ penumpang perkhidmatan teksi Airport Limo.


Taktik mereka tidak banyak berbeza dengan ulat biasa yang mencari penumpang secara persendirian, cuma gaya mereka ketika mengumpan dan memujuk lebih profesional, membuatkan sesiapa pun sukar mengesan mereka adalah ulat.

Wartawan Harian Metro meninjau senario itu lebih empat jam baru-baru ini dan mendapati kumpulan terbabit lazimnya mendekati pelancong asing baru tiba di negara ini terutama dari negara Arab dan China, sebelum bertanyakan lokasi ingin ditujui.


Ketika itu juga mereka menawarkan perkhidmatan disediakan tambang tinggi dan selepas mendapat persetujuan pelancong terbabit, mereka membuat panggilan telefon kepada rakan mereka sedia menunggu di satu lokasi rahsia.


Tanpa berlengah mereka membawa pelancong terbabit menuju ke kenderaan berkenaan, biasanya terletak di aras satu atau lima bangunan KLIA. Lokasi di aras satu itu adalah tempat meletak bas dan van persiaran, namun ia menjadi ‘port’ utama mereka mengaburi mata pihak berkuasa. Pada masa yang sama ulat biasa bergerak secara solo masih aktif berkeliaran untuk mendapatkan mangsa.

Mereka pantas dan licik, kerana tidak sampai seminit penumpang berada di balai ketibaan, kelibat mereka turut kelihatan dan berkeliaran untuk mendapatkan mangsa sambil menjaja kadar tambang mereka lebih murah berbanding perkhidmatan teksi bajet merah putih selalu digunakan mereka, namun dalam sesetengah kes ada penumpang dibawa dengan kereta persendirian, van biasa dan van persiaran.


Di samping itu, ada di antara mereka yang menambah pendapatan dengan menjadi ‘ulat top-up’ dengan menawarkan pek permulaan prabayar talian telefon pada harga lebih mahal berbanding di pasaran, sekali gus menindas pelancong.


Golongan terbabit menjadikan KLIA sebagai ‘lubuk rezeki’ kerana menyedari pulangannya lumayan, sehingga ada yang sanggup berkampung di situ dari pagi hingga larut malam, semata-mata mahu mendapatkan pelancong. Difahamkan, ada antara pekerja kaunter hotel di KLIA turut bersubahat dengan ulat terbabit, malah dengan sedikit upah sekitar RM50 mereka bertindak seperti orang tengah untuk membawa pelancong dengan menggunakan kenderaan persendirian.


Penyamaran wartawan sebagai pelancong dari Australia mendapati modus operandi mereka tidak banyak berbeza dengan sebelum ini.


Menurutnya, ulat terbabit menghampirinya dan menawarkan perkhidmatan teksi dengan tambang sebanyak RM100 untuk ke Putrajaya.


Ulat terbabit sempat menyatakan perkhidmatan Airport Limo lebih mahal berbanding tambang dikenakannya.


Wartawan kemudian dibawa ke tingkat satu bangunan KLIA untuk menaiki teksi disediakan. Namun, selepas menyatakan hasrat membatalkan tempahan itu, saya dikehendaki membayar RM10 sebagai ganti rugi.
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18765
Reputation : 128
Number of posts : 8256

‘Ulat’ tampil imej korporat Empty
PostSubject: Re: ‘Ulat’ tampil imej korporat   ‘Ulat’ tampil imej korporat Icon_minitime20/6/2011, 10:53 pm

nama lainnya..."teksi sapu,kerongkerong,pirates..
Back to top Go down
 

‘Ulat’ tampil imej korporat

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: