SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Lagi kes penculikan kanak-kanak... Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Lagi kes penculikan kanak-kanak... Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Lagi kes penculikan kanak-kanak...

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
junraz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
junraz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 51
location : Negeri Dibawah Bayu
Points : 12540
Reputation : 0
Number of posts : 1635

Lagi kes penculikan kanak-kanak... Empty
PostSubject: Lagi kes penculikan kanak-kanak...   Lagi kes penculikan kanak-kanak... Icon_minitime10/1/2008, 8:06 pm

PETALING JAYA 10 Jan. - Satu pasukan khas polis Bukit Aman dan Selangor dibentuk serta merta untuk memburu penjenayah yang menculik kanak-kanak perempuan berusia lima tahun Sharlinie Mohd Nashar tidak jauh dari rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya pagi semalam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberitahu,pihak polis sedang melancarkan gerakan memburu besar-besaran penjenayah berkenaan dan juga usaha mengembalikan semula kanak-kanak berkenaan kepada keluarganya.
"Pihak polis memandang serius kejadian menimpa keluarga adik Sharlinie, kita sedang menjalankan gerakan mencari kanak-kanak itu," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan mengejut ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini hari ini.
Sebelum itu, beliau turut mengadakan pertemuan dengan bapa Sharlinie, Nashar Mohd.Mat Hussain dan ibunya, Suraya Ahmad.
Kira-kira 11 pagi semalam, Sharlinie dan kakaknya Sharliena, 8, yang dalam perjalanan pulang daripada bermain di taman permainan kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, telah hilang "dalam sekelip mata".
Ia berlaku hanya sehari selepas kehilangan Nur Fatiha Zaidi, 6, yang dilaporkan diculik seorang lelaki ketika sedang bermain sendirian pada pukul 5 petang di pekarangan sebuah flat Desa Sepakat Sri Manja, Kampung Medan, kira-kira dua kilometer dari lokasi Sharlinie diculik.
Bagaimanapun, Nur Fatiha ditinggalkan penjenayah berkenaan di Wangsa Maju di sini kira-kira tiga jam kemudian.
Usaha mencari adik Sharlinie Mohd. Nashar, 5, yang hilang sejak semalam, bermula sejak malam tadi dengan seluruh ahli keluarganya berusaha mengedar poster mangsa di sekitar Taman Sri Medan di sini.
Langkah itu turut dibantu oleh Utusan Malaysia yang bersama-sama mencetak sebanyak 200 keping gambar mangsa serta nombor telefon untuk ditampalkan di restoran dan pangsapuri berdekatan.
Ini dilakukan oleh ibu bapa Sharlinie, Mohd. Nashar Mat Hussain, 29; Suraya Ahmad , 28, neneknya, Shamsiah Md. Yusof, 48, makciknya, Lizawati Ahmad, 25, dan Yazrin Abd. Aziz, 26.
Antara tempat yang dilekatkan poster kanak-kanak itu ialah di masjid, balai polis, pondok bas Taman Sri Medan dan Taman Medan Cahaya.
Back to top Go down
http://www.kcarlife.com
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 47
location : SU, SA, SB
Points : 12256
Reputation : -1
Number of posts : 6286

Lagi kes penculikan kanak-kanak... Empty
PostSubject: Re: Lagi kes penculikan kanak-kanak...   Lagi kes penculikan kanak-kanak... Icon_minitime12/1/2008, 7:48 am

Macam jadi trend suda pula penculikan kanak² nie..
Back to top Go down
vip_user
SUPERIOR
SUPERIOR
vip_user

Male
Age : 42
location : kota kinabalu
Points : 12420
Reputation : 0
Number of posts : 2311

Lagi kes penculikan kanak-kanak... Empty
PostSubject: Re: Lagi kes penculikan kanak-kanak...   Lagi kes penculikan kanak-kanak... Icon_minitime12/1/2008, 10:06 am

nie nah pic nya

Lagi kes penculikan kanak-kanak... Cari_sharlinie
Back to top Go down
napster
MODERATOR
napster

Male
Countries/State : Selangor
Age : 40
location : KLIA (hometown papar)
Tag ID: : SFC 03920
Points : 17492
Reputation : 116
Number of posts : 6364

Lagi kes penculikan kanak-kanak... Empty
PostSubject: Re: Lagi kes penculikan kanak-kanak...   Lagi kes penculikan kanak-kanak... Icon_minitime23/4/2009, 2:54 pm

apa cerita udah ni... adeh... sedih betul...
Back to top Go down
Sponsored content




Lagi kes penculikan kanak-kanak... Empty
PostSubject: Re: Lagi kes penculikan kanak-kanak...   Lagi kes penculikan kanak-kanak... Icon_minitime

Back to top Go down
 

Lagi kes penculikan kanak-kanak...

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: