Bahan-bahannya adalah :
210 gm buttercup
210 gm gula kastor
3 biji telur gred A
270 gm tepung gandum
30 gm tepung kastad
150 ml susu segar
1 sudu besar perisa oren / orange emulco
1 sudu kecil pewarna oren
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar marjerin cair
secubit bikarbonat soda
campuran buah / mix fruit secukupnya
cara-caranya :
-Panaskan ketuhar dengan suhu 170'C
1) Putarkan butter dan gula sehingga kembang dan gebu. Masukkan telur satu persatu sambil putar sekejap (1 haluan sahaja).
2) Masukkan susu segar dan putar sebentar. masukkan pula perisa dan pewarna oren / orange emulco. putar hingga sebati.
3) Masukkan tepung gandum dan tepung kastad yang telah diayak serta diikuti dengan marjerin cair. kacau sebati dengan senduk kayu dan kaup balikkan. (semasa mengacau, buat satu haluan sahaja dan potong tengah untuk mengelakkan muffin bantat)
4) Tuang adunan secara separuh ke dalam setiap cup. Taburkan buah campuran & tutup ia dengan adunan lagi dan taburkan buah campuran di permukaannya.
5) Bakar adunan hingga masak selama 15 minit-20 minit. Angkat dan sejukkan.
Selamat Mencuba!!