SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Makna tersirat RM12, 697.11-Tomok New Boyz Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Makna tersirat RM12, 697.11-Tomok New Boyz Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Makna tersirat RM12, 697.11-Tomok New Boyz

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
izudin
JUNIOR
JUNIOR


Male
Countries/State : N. Sembilan
Age : 42
location : negeri sembilan
Points : 10668
Reputation : 1
Number of posts : 168

Makna tersirat RM12, 697.11-Tomok New Boyz Empty
PostSubject: Makna tersirat RM12, 697.11-Tomok New Boyz   Makna tersirat RM12, 697.11-Tomok New Boyz Icon_minitime4/7/2011, 12:41 pm

Makna tersirat RM12, 697.11-Tomok New Boyz Pixmiddlete

LAPAN tahun adalah tempoh cukup menduga bagi pasangan berkasih mempertahankan cinta dan selalu kita dengar berakhir dengan perpisahan sebagaimana judul lagu Pelamin Anganku Musnah dendangan penyanyi kelahiran Sarawak, Azie.

Namun, berbeza bagi Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 27, serta pasangannya Siti Rahayu Abbas (Ayu), 32, yang menjadikan kesetiaan, kejujuran serta sifat sabar sebagai teras dalam perhubungan yang akhirnya membawa mereka sehingga ke jenjang pelamin.
sebelum selepas



Syukur dipanjatkan kedua-dua mempelai, usai majlis pernikahan mereka yang berlangsung malam Jumaat lalu bertempat di Dewan Serbaguna AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur yang dihiasi indah sentuhan Nas Great Idea.

Keyakinan dan kesediaan Tomok memperisterikan Ayu jelas terpancar apabila lafaz akad nikah diucapkannya sekali saja.


“Saya sangat-sangat gembira sebaik lafaz akad nikah selesai tadi kerana akhirnya dapat memperisterikan Ayu selepas lapan tahun kami bercinta.
Click Here


“Sepanjang tempoh itu pelbagai dugaan kami tempuhi, melalui susah senang bersama namun hasrat murni kami tercapai. Kenapa saya mengambil masa lapan tahun, menurut saya semua ini adalah soal jodoh.

“Kalau ikutkan kami rancang berkahwin tahun lalu tetapi terpaksa menundanya kerana sibuk dengan karier masing-masing. Bagaimanapun, sejak tujuh bulan lalu kami secara serius merancang perkahwinan ini,” katanya.

Ayu, wanita manis berlesung pipit dan persis wajah pelakon sensasi, Rozita Che Wan, yang tidak lokek dengan senyuman juga merasai perasaan yang sama sebagaimana suaminya, Tomok.

“Seronok dan gembira. Sudah lama saya menantikan saat ini dan akhirnya kami disatukan,” katanya.

Bagi seorang wanita, menanti terlalu lama mungkin ada kalanya mudah membuatkan mereka berubah hati. Namun, Ayu sempat ditanya apakah keistimewaan Tomok sehing�ga dirinya rela dan sabar menung�gu Tomok.

“Satu perkataan mampu mentafsirkan hubungan kami adalah serasi bersama. Dia (Tomok) seorang yang penyabar dengan sikap saya, mengambil berat selain jujur pada cintanya,” ujar anak bongsu daripada dua beradik ini.

Bertemankan kekasih seorang artis menuntut kesabaran yang tinggi apabila menyedari Tomok mempunyai ramai peminat wanita. Namun, Ayu amat menghormati kerjaya Tomok dan memberi kelonggaran padanya asalkan tidak dipersia dan disalah guna.

Tomok yang terharu dengan kata-kata indah ungkapan isterinya itu berkata, mencari calon isteri bukan mudah apatah lagi bagi orang seni sepertinya.

“Sebagai selebriti waktu kerja kami sering saja tidak tentu masa. Jadi mencari isteri ini perlu yang benar-benar memahami cara kerja saya. Sama juga dia cukup sabar misalnya dengan gosip-gosip liar dikaitkan dengan saya.

“Walau ada kalanya perkara itu membuatkan kita berdua tertekan, namun masalah apa-apa pun yang kami hadapi akan diselesaikan dengan cara yang baik.

“Keistimewaan lain yang ada pada Ayu, selain dia seorang yang cantik, penyayang, dia pandai memasak dan buat kek. Itu lagi satu tarikan yang menambat hati saya.

“Saya berharap perkahwinan kami berkekalan, biarlah ia menjadi perkahwinan pertama dan terakhir saya. Dengan kehadiran seorang isteri, saya juga mengharapkan dapat menghasilkan karya muzik yang lebih baik selepas ini,” katanya.

Tomok juga sempat menjelaskan tindakannya sebelum ini merahsiakan percintaannya dengan Ayu atas alasan tidak gemar berkongsi kisah peribadi, sebaliknya lebih suka meuar-uarkan soal kerjaya.

Pada temu bual yang sama juga, dia memanjatkan rasa syukur dan gembira apabila melihat peminatnya serta peminat New Boyz sangat menyokong keputusan untuk berkahwin.

Menyingkap perkenalan Tomok dan Ayu, pasangan ini berkenalan pada 2003 dalam satu pertemuan tidak disengajakan. Ketika itu Tomok yang baru berusia 19 tahun terbabit dalam penggambaran telemovie bersama New Boyz di Cheras.

“Ayu yang melalui kawasan penggambaran itu dan saya memulakan langkah untuk berkenalan dengannya.

Kami bertukar-tukar nombor telefon. Namun, hubungan persahabatan dijalin bertukar menjadi cinta sehingga membawa ke jenjang pelamin,” kata Tomok lagi.

Pasangan merpati dua sejoli yang mengenakan persalinan rekaan Hatta Dolmat itu dinikahkan Pegawai Takbir Agama Pendaftar Kanan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Haji Daim Haji Jajuli, tepat jam 9.10 malam.

Tomok menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 kepada mempelai perempuan yang berwalikan bapa kandung, Haji Abas Mohd Saidon.

Termasuk wang hantaran RM12, 697.11 berserta sembilan dulang hantaran iaitu cincin, set barang kemas, sepersalinan baju, kek, pewangi dan alat solek, tas tangan, sirih junjung dan al-Quran.

Sebagai pelengkap adat, pengantin perempuan membalas 11 dulang berisikan al-Quran, sirih junjung, cincin, baju Melayu, kasut, kaca mata, jam tangan, beg duit, pewangi, kek dan sejadah.

Tomok, sempat berkongsi pemilihan jumlah wang hantaran yang memperkenankan angka cukup unik, RM12, 697.11.

“1a adalah simbolik kepada tarikh pernikahan kami iaitu 1 Julai, 2 atau 2 Julai persandingan sebelah isteri (Ayu), 6 (6 Julai) majlis persandingan tertutup di Saloma Bistro khas untuk rakan artis dan media.

“Manakala 9 (9 Julai) majlis resepsi keluarga saya akan dilangsungkan pada 9 Julai di rumah ibu bapa saya di Alam Damai, Cheras. 7 pula adalah simbolik kepada bulan Julai sementara 11 membawa maksud 2011,” katanya.

Sebelum mengakhiri perbualan, vokalis kumpulan New Boyz juga Juara One In A Million musim ke-3, sempat ditanya mengenai destinasi bulan madu serta perancangan mempunyai anak. Ter�nyata dia inginkan anak segera manakala lokasi bulan madu belum diputuskan.

“Nak sangat cepat-cepat sebab saya memang sukakan budak-budak. Kalau boleh saya mahu anak tiga atau empat, jika ada rezeki lebih tidak kisah.

“Mengenai bulan madu, kami berdua belum putuskan kerana selesai keempat-empat majlis resepsi, saya akan berangkat ke Jakarta untuk menjalani penggambaran telemovie, Diari Kapas Biru,” katanya.

Dapatkan Kuasa Memikat Dan Kesihatan Seksual Lelaki/Wanita
SILA KLIK
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 44
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16978
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Makna tersirat RM12, 697.11-Tomok New Boyz Empty
PostSubject: Re: Makna tersirat RM12, 697.11-Tomok New Boyz   Makna tersirat RM12, 697.11-Tomok New Boyz Icon_minitime4/7/2011, 3:48 pm

akhirnya, kumpulan kegilaan remaja dulu, Tomok selamat diijabkabulkan...tahniah...
Back to top Go down
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 34
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18887
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Makna tersirat RM12, 697.11-Tomok New Boyz Empty
PostSubject: Re: Makna tersirat RM12, 697.11-Tomok New Boyz   Makna tersirat RM12, 697.11-Tomok New Boyz Icon_minitime4/7/2011, 4:41 pm

jgn main2..Kaya ni cTomokni tau..hahahha
Back to top Go down
mad
MODERATOR
mad

Male
Countries/State : Sabah
Age : 46
location : Sandakan,Tawau
Tag ID: : SFC 02182
Points : 13189
Reputation : 10
Number of posts : 2088

Makna tersirat RM12, 697.11-Tomok New Boyz Empty
PostSubject: Re: Makna tersirat RM12, 697.11-Tomok New Boyz   Makna tersirat RM12, 697.11-Tomok New Boyz Icon_minitime15/8/2011, 11:11 pm

cam masi budak lgi muka c tomok ni....
lawa lgi wifenya....perggg
Back to top Go down
Sponsored content




Makna tersirat RM12, 697.11-Tomok New Boyz Empty
PostSubject: Re: Makna tersirat RM12, 697.11-Tomok New Boyz   Makna tersirat RM12, 697.11-Tomok New Boyz Icon_minitime

Back to top Go down
 

Makna tersirat RM12, 697.11-Tomok New Boyz

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: GOSIP HANGAT :: Local-
Jump to: