SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
'Kami dilayan macam banduan' Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
'Kami dilayan macam banduan' Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 'Kami dilayan macam banduan'

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15443
Reputation : 31
Number of posts : 1806

'Kami dilayan macam banduan' Empty
PostSubject: 'Kami dilayan macam banduan'   'Kami dilayan macam banduan' Icon_minitime2/8/2011, 12:25 pm

JOHOR BAHRU - Seramai 33 pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda (SMKBBU) di sini mendakwa mengalami penderaan fizikal dan dilayan seperti banduan semasa menjalani program motivasi di Penjara Kluang hujung minggu lalu.

Ketika program selama tiga hari dua malam bermula Jumaat lalu itu, mereka mendakwa diarah oleh warden penjara memakai pakaian banduan selain digari, ditampar, dipukul dan ditumbuk di perut hingga ada pelajar menangis.

Seorang peserta, Mohd. Rafsanjani Mohd. Rafi, 16, mendakwa, pihak sekolah memaklumkan bahawa program tersebut adalah untuk para pelajar yang mempunyai masalah disiplin.

"Apabila tiba di penjara, kami diminta menyerahkan barangan peribadi dan rambut kami dipotong sehingga pendek sebelum dibawa ke asrama.

"Keesokan harinya, ketika lawatan di penjara, saya terkejut apabila dimarahi dan dicekik oleh warden penjara," dakwanya di sini semalam.

Katanya, dia dipilih mengikuti program berkenaan kerana ponteng sekolah selama 10 hari tahun ini.

Rakannya, Syed Amirul Khair Syed Khaidir, 16, pula mendakwa, para pelajar didera melakukan pelbagai aktiviti memeritkan seperti tekan tubi, berguling atas jalan dan ketuk ketampi sebanyak 150 kali.

"Kami dilayan macam banduan dan saya sendiri ditumbuk di perut selain ditampar dua kali," dakwanya.

Dalam pada itu, ibu kepada Mohd. Rafsanjani, Wan Zuhidah Zainal, 41, berkata, pihak sekolah menghantar surat kepadanya tentang program itu tetapi tidak dinyatakan pengisiannya.

"Saya hanya mengetahui mereka dihantar ke penjara apabila bertanya guru di sekolah selepas curiga melihat pelajar dibawa menaiki bas Jabatan Penjara," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi Johor, Datuk Maulizan Bujang berkata, jika dakwaan itu benar, pihak sekolah perlu mengkaji semula pengisian program.

"Saya telah meminta Jabatan Pelajaran menyiasat dakwaan ini, begitu juga dengan pihak sekolah," katanya ketika dihubungi.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu, Datuk Samsol Bari Jamali mengakui pihaknya mengetahui pelajar terbabit perlu menjalani simulasi kehidupan di penjara malah sekolah itu adalah yang ketiga mengikuti program sama.

Beliau berkata, pihak pentadbiran sekolah akan bersemuka dengan pelajar terbabit apabila sekolah dibuka esok.

Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru, Khalid Mohamed yang menerima aduan terbabit berkata, satu memorandum yang ditandatangani ibu bapa peserta akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran.

sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=ne_06.htm
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
dzeta88
SUPERIOR
SUPERIOR
dzeta88

Female
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : lahad datu
Tag ID: : SFC 05696
Points : 14163
Reputation : 11
Number of posts : 2716

'Kami dilayan macam banduan' Empty
PostSubject: Re: 'Kami dilayan macam banduan'   'Kami dilayan macam banduan' Icon_minitime2/8/2011, 12:53 pm

nah.. bagus jugak tu untuk kesedaran dorg.. kahkahkah.. mmg padan la.. biar dorg rasakan awal2.. tu baru 3 ari 2 mlm.. cuba kalau lama2.. yg bagusnya pelajar tu d buat gtu supaya ada kesedaran awal d masa akan datang.. jadi masalah disiplin akan berkurangan sebab dorg dah tau apa hukum2 d dunia yg dorg akan dapat.. dahj namanya kemah khusus utk org nakal.. hehehe.. penjahatnya aku..
tp c cikgu pun tidak bley buat begitu.. diorg kena berbincang terhadap orang tua mereka dulu sebelum melakukan sesuatu.. biar lakonan tu nampak macam real
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 44
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16976
Reputation : 75
Number of posts : 5575

'Kami dilayan macam banduan' Empty
PostSubject: Re: 'Kami dilayan macam banduan'   'Kami dilayan macam banduan' Icon_minitime2/8/2011, 2:45 pm

ngam, saya setuju dengan kenyataan dzeta
Back to top Go down
Leader
MODERATOR
Leader

Male
Countries/State : Oregon
Age : 42
location : Astoria, Oregon
Website : http://leader-tm.blogspot.com
Tag ID: : SFC 04137
Points : 12934
Reputation : 19
Number of posts : 1531

'Kami dilayan macam banduan' Empty
PostSubject: Re: 'Kami dilayan macam banduan'   'Kami dilayan macam banduan' Icon_minitime5/8/2011, 3:45 pm

nda pernah pulak dengar kes macam ni...
Back to top Go down
http://leader-tm.blogspot.com
Sponsored content




'Kami dilayan macam banduan' Empty
PostSubject: Re: 'Kami dilayan macam banduan'   'Kami dilayan macam banduan' Icon_minitime

Back to top Go down
 

'Kami dilayan macam banduan'

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: