rina01 SUPERIOR
Countries/State : Age : 43 location : melaka Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/ Tag ID: : [B][I][url Points : 15431 Reputation : 31 Number of posts : 1806
| Subject: Budak Melayu iras 'Mat Salleh' 9/7/2011, 1:27 pm | |
| MOHD. IZMEET (kanan) bersama isterinya, Siti Rubiah mesra dengan anak pertama mereka Puteri Sarah di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Tiada siapa sangka wajah comel seorang anak kecil, Puteri Sarah Mohd. Izmeet Iskandar, 3, yang mempunyai wajah mirip anak 'Mat Salleh' merupakan cahaya mata kepada pasangan Melayu Mohd. Izmeet Iskandar, 30, dan isterinya, Siti Rubiah Abdullah, 21. Sesiapa sahaja yang melihat telatah anak kecil itu pasti tidak percaya dia ialah anak pertama kepada pasangan tersebut yang kini menetap di Taman Melati, Gombak dekat sini. Mohd. Izmeet yang bekerja sebagai kontraktor Telekom Malaysia Berhad (TM) berkata, sejak anaknya lahir pada tahun 2008, anaknya itu menjadi tumpuan ramai ke mana sahaja dia pergi dan orang yang melihatnya tidak percaya Puteri Sarah ialah anaknya. Katanya, peristiwa yang paling tidak boleh dilupakan ialah ketika selamat dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), doktor menyangka dia tersilap mengambil bayi orang lain hinggakan terpaksa membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA). "Apabila ujian tersebut membuktikan Puteri Sarah ialah milik saya dan isteri, baru doktor tersebut akur," katanya ketika ditemui di sini semalam. Selepas kejadian itu, menurut Mohd. Izmeet, doktor menyangka Puteri Sarah menghidap sejenis penyakit kulit atau genetik yang dikenali sebagai Albino, namun setelah menjalani satu ujian khas, sememangnya anak comel tersebut didapati normal. |
|
rina01 SUPERIOR
Countries/State : Age : 43 location : melaka Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/ Tag ID: : [B][I][url Points : 15431 Reputation : 31 Number of posts : 1806
| Subject: Re: Budak Melayu iras 'Mat Salleh' 9/7/2011, 2:08 pm | |
| Ibubapa kulit hitam dapat anak kulit putih |
|
mad MODERATOR
Countries/State : Age : 46 location : Sandakan,Tawau Tag ID: : SFC 02182 Points : 13175 Reputation : 10 Number of posts : 2088
| Subject: Re: Budak Melayu iras 'Mat Salleh' 9/7/2011, 3:40 pm | |
| |
|
im MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : |||||TAWAU||||| Tag ID: : SFC 07691 Points : 16964 Reputation : 75 Number of posts : 5575
| Subject: Re: Budak Melayu iras 'Mat Salleh' 9/7/2011, 4:05 pm | |
| bukan la mad, normal bilang doktor...saya pun hampir tidak percaya...wakakaka... |
|
Kornurts SIFU
Countries/State : Age : 34 location : KK**TAWAU** Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew] Tag ID: : SFC 15951 Points : 18873 Reputation : 128 Number of posts : 8256
| Subject: Re: Budak Melayu iras 'Mat Salleh' 9/7/2011, 8:47 pm | |
| anak bgni mau jaga btul2.... |
|
im MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : |||||TAWAU||||| Tag ID: : SFC 07691 Points : 16964 Reputation : 75 Number of posts : 5575
| Subject: Re: Budak Melayu iras 'Mat Salleh' 9/7/2011, 9:25 pm | |
| - rina01 wrote:
- Ibubapa kulit hitam dapat anak kulit putih
yang ini biasa tengok... |
|
kent1189 CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 40 location : miri sarawak Website : http://www.lowisslow.com Tag ID: : SFC 18976 Points : 11101 Reputation : 19 Number of posts : 1183
| Subject: Re: Budak Melayu iras 'Mat Salleh' 12/8/2011, 3:15 pm | |
| mau mau anak matsalleh betul2 nih.. tidak curiga ka bapak budak tu ho.. |
|
Sponsored content
| Subject: Re: Budak Melayu iras 'Mat Salleh' | |
| |
|