Perodua melancarkan kempen perkhidmatan terbaru iaitu Perodua Tweckbot; satu servis yang julung kali diadakan di Malaysia.
‘Anda Keutamaan Kami’ ialah slogan jenama Perodua, dan Perodua ingin membuktikan bahawa slogan itu bukanlah satu omongan kosong semata-mata.
Istimewa untuk pemilik kereta-kereta PERODUA, tak kira Myvi, Alza atau Viva asal saja kereta keluaran Perodua, anda layak mendapat servis pemeriksaan PERCUMA 15 poin kereta Perodua secara Percuma.
Pasukan bergerak tweckbot yang dinamakan semperna Twitter, check dan robot mampu membuat 40 pemeriksaan sehari di sekitar lembah Klang seperti Subang, Ampang, Sentul, Kg. Baharu, Cheras, Serdang, Puchong, Wangsa maju, Selayang, Shah Alam (section 1-14), Shah Alam (Section 15-24), Taman Tun Dr Ismail, Bangsar dan Petaling Jaya
Untuk menikmati servis percuma ini, anda hanya perlu follow @MYPerodua terlebih dahulu. Jikalau team Perodua Tweckbot berada di lokasi anda pada tarikh yang ditentukan, anda boleh tweet mereka & mekanik Perodua bertauliah akan datang ke rumah anda untuk memeriksa kondisi kereta anda secara percuma. Siapa cepat, dia dapat!
perkhidmatan ini eksklusif untuk pemilik Perodua sahaja.anda boleh follow disini >>> http://t.co/PkCjtY2
im MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : |||||TAWAU||||| Tag ID: : SFC 07691 Points : 16964 Reputation : 75 Number of posts : 5575