SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Jimat bahan bakar Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Jimat bahan bakar Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Jimat bahan bakar

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
kent1189
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
kent1189

Male
Countries/State : Sarawak
Age : 40
location : miri sarawak
Website : http://www.lowisslow.com
Tag ID: : SFC 18976
Points : 11113
Reputation : 19
Number of posts : 1183

Jimat bahan bakar Empty
PostSubject: Jimat bahan bakar   Jimat bahan bakar Icon_minitime14/9/2011, 9:58 am

PENINGKATAN harga minyak global secara berterusan membebankan pengguna kerana terpaksa menanggung kos pengangkutan yang tinggi.

Bagaimanapun melalui penggunaan sejenis alat dinamakan E-Boosters hasil ciptaan seorang penyelidik dan bekas jurutera lulusan Universiti Arkansas Amerika Syarikat, Darul Hisham Abdullah, ia membantu mengurangkan beban pengguna sehingga 50 peratus kerana ia berkesan meminimumkan penggunaan bahan api.

Beliau yang juga Pengarah Urusan Azlya Enterprise Sdn Bhd, di Seremban, Negeri Sembilan, berkata, pihaknya membuat kajian lebih lima tahun termasuk melakukan ujian sebenar pada pelbagai jenis kenderaan.

“Saya mendapati antara faktor mempengaruhi penggunaan bahan api ialah kecekapan pembakaran bahan api rendah.


“E-Booster ialah sejenis alat untuk menghasilkan gas hidrogen berasaskan air yang disuntik ke kebuk pembakaran melalui pengambilan udara,” katanya.


Menurutnya, menerusi sistem itu, ia menghasilkan pembakaran sempurna sekali gus menjana kuasa maksimum tanpa pengubahsuaian enjin atau sistem elektronik kereta.

“Kebiasaannya apabila kecekapan enjin rendah, penggunaan bahan api adalah tinggi kerana kenderaan tidak dapat membawa beban dan pemandu akan menekan pedal minyak untuk lebih kuasa sekali gus akan membabitkan penggunaan petrol yang tinggi.

“Bagaimanapun menerusi penggunaan E-Booster, petrol RON95 yang berharga RM1.90 dapat memberi lebihan kuasa malah lebih dari RON97 serta lebih jimat dan mendapat lebih banyak petrol,” katanya.

Menurutnya, penjimatan sehingga 50 peratus apabila menggunakan E-Booster bersama RON95 pada kenderaan menggunakan sistem karburetor, suntikan dan pancitan bahan api elektronik untuk perjalanan jauh manakala dalam bandar menjimatkan antara 10 hingga 20 peratus.

Darul Hisham berkata, lazimnya antara 20 hingga 25 peratus bahan api digunakan untuk menjana kuasa manakala yang lainnya keluar ke ekzos sebagai karbon monoksida.

Beliau berkata, kenderaan yang dibawa pada kelajuan melebihi had laju, bukan saja membahayakan keselamatan, tetapi juga meningkatkan penggunaan petrol lebih 10 peratus bagi setiap 10 kilometer sejam (km/j).

Sehubungan itu, katanya, penggunaan alat berkenaan dapat menghasilkan sedikit gas yang mencukupi untuk berfungsi sebagai katalis dalam pembakaran dan tiada risiko letupan atau enjin berkarat.

“Pengguna kenderaan perlu mencuba E-Booster kerana ia bukan sekadar membantu meringankan beban penggunaan petrol malah penyelenggaraan sistem enjin kereta.

“Kos yang dikenakan hanya RM280 termasuk pemasangan dan pengguna tidak perlu risau kerana ia terbukti selamat malah penjagaannya tidak sukar kerana hanya memerlukan penambahan air dalam kotak E-Booster,” katanya.

Maklumat lanjut boleh didapati di http://ebooster-aen.blogsport.com.

sumber:
myMetro
Back to top Go down
 

Jimat bahan bakar

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: TIPS & INFOMATION AUTOMOBILE-
Jump to: